Archive for August, 2007
Ceramah akan datang
Posted in Uncategorized on August 29, 2007| 2 Comments »
Gambar-gambar Konvokesyen
Posted in Uncategorized on August 25, 2007| 2 Comments »
Raptai Konvokesyen
Posted in Uncategorized on August 22, 2007| Leave a Comment »
ninggalkan kita, iaitu pada 2 Sept 2006. Aku sangat-sangat terasa pemergian arwah, lebih-lebih lagi apabila aku akan berkonvokesyen. Arwahlah yang banyak membantuku dalam menjalankan kajian di sekolah, memungut data, dan membuat rakaman semasa pengajianku berlangsung. Sayangnya, arwah tidak sempat melihat kejayaanku dan aku tidak sempat mengucapkan penghargaan kepada beliau. Alfatihah, aku berdoa agar roh arwah dicucurkan rahmat dan ditempatkan bersama-sama roh mukmin yang soleh. Amin. (Gambar kenangan dengan arwah semasa bermesyuarat di Trengganu dalam tahun 2002).Tentang Batu dan Air
Posted in Uncategorized on August 18, 2007| Leave a Comment »
Tentang Bunga
Posted in Uncategorized on August 16, 2007| Leave a Comment »
Dalam urna menguja,
bunga ada kalanya melukakan,
kerana jemari yang memetik,
terlupa akan duri,
terlupa akan diri.
Tentang bunga,
kita sebenar terlalu terpesona,
dengan warna,
dengan nama,
dan sering juga terkesima,
dengan aroma,
dengan jenama,
lantas kita membuang fikir,
untuk menafsir,
janji yang mungkir,
cinta yang tersingkir.
Skrip Dokumentari Kemerdekaan Ciplak Sajak
Posted in Uncategorized on August 13, 2007| Leave a Comment »
(Al-Fatihah Untuk Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra)
Oleh Ghazali Lateh
Dialah yang memugar rimba sejarah
dan meletakkan batu tanda bertatah indah
dialah yang membina sempadan gagah
antara musim terjajah
dan gerbang waktu melepas gundah.
Dialah yang bergelar bapa
mewariskan sebidang tanah menganjur,
dengan bukit-bukau hijau mengimbau
disuburi jernih air sungai masyhur
bumi subur warisan leluhur.
Dalam lembut bicara semanis kata-kata,
dia menolak cengkam tajam
dari kuku-kuku hitam yang kejam
mengikis karat musibat
dengan minda yang padat berkat
lalu dia kembali melepaskan merpati
melayah di mega pelangi.
Dia yang meletakkan makna merdeka
dalam kamus peradaban bangsa
lalu kita meluaskan aksara
mencanai istilah bertuah
sehingga anak-anak warisanmu
berdiri di persada mercu restu
menjamah madu syahdu
dari embun di rumput baldu
31 Ogos tanggal keramat
dia meletak tapak kebebasan di bumi warisan
tahun demi tahun kita kenang dalam insaf
betapa hidup terjajah berbaur seribu masalah.
Dialah bapa !
yang telah mewariskan pada kita
sebuah kemerdekaan
yang perlu dipertahankan.
Banting, 11 Jun 2000
Memulakan projek penulisan baharu
Posted in Uncategorized on August 11, 2007| Leave a Comment »
Hari ini aku perlu memulakan satu projek penulisan yang agak besar. Projek ini amat penting bagiku. Sementara ini biarlah projek ini tidak dihebahkan. Yang penting, aku tidak kekeringan projek penulisan yang menjanjikan pendapatan sampingan yang agak lumayan.
Dalam hati, ada kemahuan untuk menulis novel kerana idea sudah lama bertapak dalam fikiran. Namun kesuntukan masa sering membuatkan aku menangguhkan hasrat tersebut. Novel Dari Lembah ke Puncak merupakan novel terakhir yang dihasilkan. Novel ini mengisahkan perjuangan seorang anak muda menuntut kembali hak milik yang telah dijual oleh ibunya semata-mata mahu melaksanakan wasiat arwah
bapanya. Perjuangan tersebut sangat mencabar kerana terpaksa menggadaikan usia mudanya demi mengumpul sumber selama berbelas-belas tahun sebelum berjaya menebus kembali maruah dan hak milik yang tergadai. Novel ini hanya bacaan ringan. Tidak banyak ilmu bantu yang diterapkan kerana aku menulis secara terburu-buru.
Sempena menyambut kemerdekaan, aku turunkan sebuah sajak patriotik yang telah kutulis dalam tahun 2000. Sajak ini pernah memenangi sayembara Puisi Puteri Pos, dan termuat dalam antologi Jamung Merdeka kelolaan Gapena.
Ini Tanah Air, Tempat Bermula Dan Berakhir
Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,
Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!
Kita telusuri batas sejarah ke musim suram terjajah,
Menguak hitam belenggu dalam murup durja yang gundah,
Saat melangkah runduk di bawah serakah telunjuk,
Suara pun hilang terpanar di tengah sorak petualang.
Di denai waktu membiak tunas insaf seluruh warga,
Musibah lalu jangan lagi meragut sejahtera wangsa,
Bumi ini tanah air pesaka warisan pejuang,
Dari darah, dari keringat dan semangat menjulang.
Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,
Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!
Malaysiaku, bumi mewangi seribu restu,
Melimpah sejuta anugerah dari rahmat teguh bersatu,
Menjulang wawasan gemilang ke puncak persada mercu biru,
Membias bayu kecundang jelmaan cemburu sejuta seteru.
Anak-anak bumiku tercinta,
Hulurkan tangan memalu genta kelangsungan merdeka,
Rapatkan barisan keramat berbekal azimat muafakat,
Segera cantaskan pucuk angkuh rusuh dengan minda yang ampuh.
Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,
Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!
Alaf ini tempoh memacu asmara cinta berahi bumi pertiwi,
Membilas noda hitam dari kemelut sengketa selisih semalam,
Muhibah rimbun, mesra anggun, menghijau santun,
Ini negeri terbaik, bumi tercantik, rakyat terdidik,
Mengorak langkah, berkongsi arah menancap monumen terindah.
Sahutlah gemersik suara nafiri seruan perjuangan,
Cokmar kebebasan biar lestari kukuh dalam genggaman,
Tanah ini milik hakiki zaman berzaman,
Jangan sampai berulang lagi diulet kehinaan.
Ini tanah kita, padang permainan seluruh anak bangsa,
Ini darah kita, nafas kita, roh dan jiwa generasi merdeka,
Nusa ini maruah kita, citra kita, martabat daulat perkasa,
Wilayah ini wadah wacana hitam putih pemangkin wibawa.
Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,
Biar luluh jiwa raga, darah setiaku tetap mengalir,
Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir,
Biar nyawa luluh tercicir, janji ini tiada mungkir.
Banting,
September 2000
Sejak akhir-akhir ini aku berasa kurang senang dengan kemelut yang berlaku dalam kehidupan bangsaku. Setelah melawat beberapa negara luar, aku mula menyedari dalam masyarakat yang kelihatan indah di negara ini, terselindung sejuta kebusukan yang sukar untuk dihilangkan pengaruh. Sebagai marhaen aku hanya menyesali tanpa ada kudrat yang cukup untuk mengubah segala yang busuk-busuk itu.
Peristiwa Sepanjang Minggu
Posted in Uncategorized on August 11, 2007| Leave a Comment »
Aku sebenar kurang sihat semasa ke Seremban. Akan tetapi atas kehendak tugas dan tanggungjawab, aku berkorban juga. Gambar di sebelah adalah pada hari pertama sampai ke Royal Adelphi. Berehat sambil memandang ke dalam diri, bermuhasabah, dan mencari kelemahan sendiri.
Dulu dan sekarang
Posted in Uncategorized on August 4, 2007| Leave a Comment »
Beberapa Penantian
Posted in Uncategorized on August 4, 2007| Leave a Comment »
(i)
Minggu depan aku akan berada di Royal Adelphi, Seremban. Projek buku penceritaan semula Hikayat Pasai perlu diteruskan. Kini 70% siap, dan akan dimurnikan di sana nanti. Harap Shamsudin Othman, Lutfi, Aminhad, dan rakan-rakan yang lain tidak menguzurkan diri untuk datang.
10 Ogos aku menerima jemputan Kolej Mara Banting untuk menyampaikan sedikit syarahan tentang dunia sastera secara umum. Kalau sejak akhir-akhir ini aku lebih banyak menyampaikan ceramah tentang bahasa, kini aku beralih angin. Masalahnya, aku terpaksa membuat persediaan, rujukan, dan retrospeksi diri dalam bidang sastera yang semakin kurang bisanya.
Aku teringat tulisan Puan Salbiah Ani dalam kolum sastera Berita Minggu yang lalu. Ada orang mempertikaikan karya yang dihantar tetapi tidak mendapat tempat. Bagiku memang ada kebenarannya, kerana sastera sekarang sudah ada KASTA. Mereka yang berkasta tinggi sahaja akan menjadi sanjungan dan pilihan editor. Yang lain, silalah cari gelanggang lain untuk berpencak. Kini aku sudah mula berpindah gelanggang kerana dalam sastera aku dari kasta yang tidak ada dalam senarai.
(ii)

