SKALK, 28 Feb – Setiap hari rabu pukul 2.30 hingga 4.30 petang semua murid tahap 2 terlibat dengan aktiviti kokurikulum di sekolah. Antara aktiviti wajib dilaksanakan di sekolah ini ialah aktiviti kelab dan persatuan, sukan permainan dan paling gempak ialah unit beruniform. Apa lagi kalau bukan Pengakap.
Sepertimana pekeliling menggariskan peruntukan masa selama 60 minit seminggu bagi murid tahun 3 dan 4. Sementara itu murid tahun 5 dan 6 pula jumlah masanya ialah 120 minit seminggu.
Bagi menyempurnakan minit-minit yang wajib diikuti oleh murid-murid ini, mereka dibahagikan kepada 2 unit beruniform iaitu Unit Pengakap di bawah pengawasan En Zulkifli Talib dan Unit Puteri Islam yang di kelolakan oleh Ustazah Zaiton. Bagi unit beruniform, perjumpaan wajib mereka diadakan pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan.
Seterusnya kelab dan persatuan berasaskan akademik ditubuhkan iaitu Kelab Bahasa Melayu kelolaan En Yusof Wan Ahmad, Kelab Bahasa Inggeris diselia oleh Pn Arina Samsudin, dan Kelab Seni dan Komputer oleh En Mohd Yasin Ismail. Semua kelab ini diperuntukan masa 60 minit sahaja dan dijalankan pada minggu kedua dan keempat setiap bulan.
Bagi sukan permainan pula Kelab Bola Sepak dan Olahraga dikelolakan oleh En Rizalman, Kelab Bola Baling oleh En Rusneyrizzal dan Kelab Badminton dan Ping Pong dikelolakan oleh En Zamani dengan peruntukan masa masing-masing selama 60 minit setiap sesi yang dijalankan pada minggu kedua dan keempat setiap bulan.

Recent Comments