JSON
| Tatatanda Objek JavaScript | |
|---|---|
Logo JSON dalam bentuk gegelung Möbius. | |
| Sambungan fail: | .json |
| Jenis media Internet: | application/json |
| Jenis format: | Saling tukar data |
| Piawai: | STD 90 (RFC 8259), ECMA-404, ISO/IEC 21778:2017 |
JSON (Tatatanda Objek JavaScript, bahasa Inggeris: JavaScript Object Notation, sebutan Sebutan bahasa Melayu: [ˈdʒe.son]) merupakan sebuah format fail berstandard terbuka dan format saling tukar data yang menggunakan teks boleh dibaca manusia untuk menyimpan dan menghantar objek data yang terdiri daripada pasangan nama-nilai dan tatasusunan (atau nilai bersiri lain). Ia merupakan format data yang lazim digunakan dengan kegunaan yang pelbagai dalam pertukaran data elektronik, termasuklah dalam aplikasi web melalui komputer pelayan.
JSON ialah sebuah format data bebas bahasa pengaturcaraan. Ia diterbitkan daripada JavaScript, tetapi banyak bahasa pengaturcaraan moden menyertakan kod untuk menjana dan menghurai data format JSON. Nama fail JSON menggunakan akhiran sambungan .json.
Douglas Crockford pada asalnya menetapkan format JSON pada awal 2000-an.[1] Dia dan Chip Morningstar menghantar mesej JSON pertama pada April 2001.
Contoh
[sunting | sunting sumber]Berikut ialah contoh bagi objek Orang dalam JSON.
{
"Orang" :
{
"Nama" : "Abu",
"Umur" : 30,
"Jantina" : "Lelaki",
"Kerja" : "Buruh"
}
}
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Crockford, Douglas (2011-08-28). The JSON Saga (video) (dalam bahasa Inggeris). YUI Library. Dicapai pada 2022-02-21 – melalui YouTube.
- Transkrip (diarkibkan 2019-10-30) daripada Transcript Vids