Pergi ke kandungan

Smile 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Smile 2
Fail:Smile 2 (2024) poster.jpg
PengarahParker Finn
PenulisParker Finn
Dihasilkan oleh
  • Marty Bowen
  • Wyck Godfrey
  • Isaac Klausner
  • Parker Finn
  • Robert Salerno
Dibintangi
SinematografiCharlie Sarroff
Disunting olehElliot Greenberg
Muzik olehCristobal Tapia de Veer
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehParamount Pictures
Tarikh tayangan
  • 18 Oktober 2024 (2024-10-18)
Masa tayangan
127 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$28 juta
Pecah panggung$138.1 juta

Smile 2 ialah sebuah filem seram psikologi supernatural 2024 dengan arahan dan tulisan daripada Parker Finn. Sebagai filem lanjutan Smile (2022), filem ini dibintangi Naomi Scott sebagai Skye Riley, seorang bintang pop yang mengalami pelbagai pengalaman misteri tatkala ingin mula menjelajah. Selain itu, filem ini juga dibintangi barisan pelakon seperti Rosemarie DeWitt, Lukas Gage, Miles Gutierrez-Riley, Peter Jacobson, Ray Nicholson, Dylan Gelula, and Raúl Castillo, dengan Kyle Gallner mengulangi peranannya daripada filem sebelumnya.

Pada Mac 2023, berikutan kejayaan komersial Smile, Finn menandatangani perjanjian pandangan pertama dengan Paramount Pictures untuk projek seram masa hadapan. Pada April berikutnya, sekuel Smile telah memasuki pra-pengeluaran, dengan Finn kembali sebagai penulis dan pengarah. Fotografi utama berlaku pada awal 2024 di New York.

Smile 2 telah dikeluarkan secara teater di Amerika Syarikat pada 18 Oktober 2024. Seperti pendahulunya, filem ini menerima ulasan yang secara umumnya positif daripada pengkritik, dengan Scott menerima pujian untuk persembahannya, dan memperoleh kutipan $138.1 juta di seluruh dunia. Sekuel sedang dalam pembangunan.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]