Sunday, November 01, 2009

:: Berkongsi Kasih...

ImageImageKesayangan ummi

Macam adik-beradik tak? Haha... serius, tak tergambar perasaan nih setiap kali melihat Alisya dan Aleesa bersama. Aku sememangnya teramat-amat menyayangi dua insan kecil ini. Sejak dari dalam perut, mereka berdua banyak menghabiskan masa bersama. Malah, bentuk kelahiran juga hampir sama. Daripada segi kesakitan yang mak-mak budak ini alami ketika hendak melahirkan mereka; yakni kembar darah, sampailah keluarnya dua budak cenot nih; kaedah vakum. (cuma nasib mereka berlainan...) Mungkin kerana itulah yang membuatkan dua 'beradik' ini umpama belangkas, tak boleh lekang andai ada masa yang terluang. (aku dan abang juga tak ketinggalan nak melepak dengan mama dan papa Dania...hehe!). Ummi sayang Alisya dan Aleesa. Ida, terima kasih sebab membenarkan aku dan Sengih 'berkongsi kasih' dengan anak kamu. Hanya Allah yang maha memahami akan hati ini tatkala melihat reaksi Sarra apabila bertemu Dania. Walaupun pada zahirnya Sarra tidak menunjukkan apa-apa tanda, namun ummi mengerti akan perasaan Sarra tiap kali bersama Dania. Untuk Dania, terima kasih sayang sebab memberi ummi dan abi serta Sarra ruang untuk bermanja. Ummi hargainya!

Image
ImageAnak-anak kecil yang menggoncangkan
hati ummi, mama, abi dan papa...luv u!

** Sebenarnya, hati kecil aku... hati nurani aku sebagai seorang ibu sedang membuak-buak untuk 'memberikan' Sarra adik. Ini kerana aku banyak terbaca akan keberkesanan kepada anak istimewa andainya mereka ini diberikan adik secepat mungkin. Akan tetapi, aku juga risau... risau andai aku tidak mampu memberikan layanan, tumpuan yang sama pada anak-anak nanti. Aku juga mula tertanya, mampukah aku menguruskan rumahtangga yang semakin mencabar apabila diserikan dengan anak-anak yang ramai dan anak seperti Sarra yang memerlukan perhatian yang lebih? Aku risau andai Sarra akan berkecil hati nanti. Huhhh... mencabarkan? Persoalan yang tak terjawab selagi tak mencuba, tetapi untuk mencuba... banyak pula persoalannya.......