Bayangkan pendapatan RM2k anak lima naik Saga buruk minta zakat tak dilayan sebab "melebihi had kifayah", tapi ada orang gaji RM10k anak tiga naik Vellfire kata masih tak cukup duit.
Di India, Hindu merobohkan masjid kerana kononnya didirikan di atas tapak kuil.
Tetapi di Malaysia, mereka merayu agar kuil yang dibina secara haram di atas tanah Muslim dikekalkan.
Syukur, nenek moyang kita secara sukarela meninggalkan agama Hindu-Buddha dan memilih Islam.
Jangankan di tempat umum, di tempat tertutup pun haram tampar isteri.
Malah, bukan isteri sahaja, orang lain pun haram ditampar.
Bahkan lagi, bukan setakat tampar, cium isteri di khalayak umum pun dianggap menjatuhkan maruah.
Ini fiqh. Ini Islam.
Selagi ada muzik, selagi ada persembahan artis perempuan, selagi ada percampuran lelaki-perempuan, selagi itu konsert itu haram.
Ada azan sekalipun, walau solat berjemaah sekalipun, dan artis pakai tudung pun; konsert tetap haram, konsert tetap haram.
Semoga mengerti.
Tak apa berbikini dan berseluar dalam sahaja sebab sukan.
Pemikiran tak bertamadun sebegini menjadi pegangan ramai.
Penonton Muslim, penerjun juga Muslim, kedua-duanya celaka.
Kononnya untuk sukan, demi mengharumkan nama negeri, negara.
Tiada yang harum kalau hukumnya haram.
Akar masalah umat adalah meninggalkan solat. Daripada solat yang terabai itulah bermulanya pergaulan bebas, zina, rogol, pelacuran, kecurangan, pengabaian anak-anak, pecah amanah, rompakan bersenjata, dan malah pembunuhan.
Gejala seks bebas, curang, rogol, bunuh, rasuah, pecah amanah, dan semua kemungkaran lain punca utamanya adalah tidak solat.
Solat adalah dosa terbesar selepas syirik. Orang yang melakukan dosa sebesar dosa meninggalkan solat pasti cenderung untuk melakukan dosa-dosa lain.
Kata 'Umar RA: "Urusan kalian yang paling saya bimbangkan adalah solat.
Orang yang mengambil berat dan menjaga solat akan mengambil berat tentang agamanya.
Dan orang yang cuai tentang solat akan lebih cuai tentang perkara-perkara lain."