Kuala Lumpur, Oktober 2 - Beberapa hari lepas, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) membuat bantahan terhadap video Youtube "Nah!" Namewee yang juga merupakan bantahan Namewee terhadap kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh seorang pengetua sekolah menengah di Kulai, Johor 12 Ogos lepas. Walaupun kebanyakan rakyat Malaysia mungkin melihat "pesta cinta" antara Namewee dan PERKASA ini sebagai sesuatu yang merepek dan mengganggu (seperti seekor lalat yang hinggap atas mee goreng mamak anda; sebanyak mana anda cuba, serangga itu mesti akan datang balik), namun kejadian terbaru "couple" ini telah memberi inspirasi kepada persatuan-persatuan lain untuk mengangkat sepanduk protes mereka.
Turut hadir di tempat kejadian i.e. Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH) adalah Pertubuhan Muhibah Gagah Malaysia (GAGAH), salah satu pertubuhan yang membuka keanggotannya kepada semua kaum dan menjadikan keadilan sosial sebagai tunggak pertubuhan mereka. Menurut presiden GAGAH, Harvinder Singh, tujuan mereka turun padang adalah untuk membantah tindakan PERKASA: "Kami sedar bahawa niat Namewee itu ikhlas iaitu ingin menentang sikap perkauman tetapi mungkin cara penyampaiannya itu kurang sopan & ini dieksploitasi oleh PERKASA untuk mendapat keuntungan politik mereka. Maka, kami datang ke sini untuk menyedarkan orang ramai, terutamanya orang Melayu, bahawa PERKASA ini bukan sebenarnya hendak menjaga hak-hak orang Melayu tetapi hanya ingin menimbulkan kekacauan." Muhammad Irfan Tajuddin, seorang ahli GAGAH yang jelas tampak hadir untuk menyorak dan membuat bising menjerit, "Kalau Arman Azha Abu Hanifah (Ketua Wira PERKASA) kata mereka nak buat 'konsert' di luar bila Namewee buat 'konsert' di dalam, GAGAH pula akan buat 'konsert' di seberang jalan!"
Lebih kurang 100 meter dari tapak bantahan GAGAH di seberang Jalan Maharajalela, satu pertubuhan yang memegang kepada konsep kebebasan bersuara, BADANG (Badan Gabungan Pemuda-Pemudi Malaysia) pula membuat bantahan mereka sendiri. Mereka marah dengan tindakan GAGAH yang dikatakan cuba menyekat kebebasan bersuara rakyat Malaysia yang lain. "Kami bersikap berkecuali dengan Namewee & PERKASA kerana itu merupakan hak mereka untuk memberi pendapat masing-masing tetapi kami tidak berpuas hati dengan GAGAH yang cuba mempengaruhi pandangan awam," ulas Siti Shahirah Haji Sulaiman, Ketua Aktiviti & Rekreasi, sambil memegang panji "GAGAH Bukan Perkasa." Ng Kor Chee dengan penuh perasaan pula menambah, "Mereka cakap sahaja pasal keadilan sosial tetapi minggu lepas saya nampak mereka mentertawakan seorang pengemis buta; malah, salah seorang daripada mereka cuba mencuri duit pengemis itu. Kalau nak gelak kat pengemis pun, carilah yang pekak sekali, dia dengar kot kalau kena bahan."
Tidak jauh daripada KLSCAH, polis terpaksa menahan maraan kira-kira 200 (!) ahli Kelab Penyokong Felda United yang bersedia untuk menyerang keempat-empat pihak dengan parang, kapak, batang kayu dan juga obor. "Ye lah, kami tengah sibuk nak pelan untuk perlawanan Piala Malaysia menentang Perlis pada 3 Oktober, Si BADANG GAGAH PERKASA boleh pula memekak malam buta ini, manalah kita tak mengamuk," keluh Hazril Hafizi Hazwan, seorang ahli yang penuh semangat walaupun dia tidak sedar bahawa protes yang dijalankan itu berlaku pada pukul 9:30 malam, tidaklah lewat sangat. Wan Junaidi Wan Jasin, seorang peneroka FELDA Jengka yang berpakaian lengkap Felda United termasuk stokin bangga kerana membawa obornya, "Nasib baik saya bawa obor saya ke setiap perjumpaan; saya tahu satu hari nanti benda ini berguna tetapi saya kecewa kerana tak dapat membakar baju jahanam-jahanam yang membuat hiruk-pikuk itu. Lain kali sahaja lah." Dengan ini jelaslah menunjuk Malaysia terdiri daripada negara yang memberi rakyatnya kebebasan untuk berhimpun, bersuara dan membawa obor.