Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Monday, July 28, 2014

{Special Entry} Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Hye Readers,

Image



Kepada yang ada FB aku, mungkin korang akan mendapat similarity update status dan juga entry ini. Korang boleh anggap ini sebagai entry copy paste tapi masej yang aku sampaikan tetap sama. dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang mengenali diri diri seraca virtual ataupun online. 

Andaikata ada tersalah kata,terkasar bahasa, berbeza pandangan atau gurauan yang melebihi batas anda, dengan ini saya secara rendah diri ingin memohon maaf kepada semua. Harapan saya agar kita semua dapat bergembira di hari raya ini tanpa ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.Akhir kata Selamat Hari Raya dan jangan lupa "Selfie" di pagi raya...

Regards,
-Strider-

Sunday, July 27, 2014

#1458 - Merindui Ramadhan Dulu

Hye Readers,

Image


Ini mungkin entry terakhir ramadhan aku untuk kali ini sebelum aku membuat entry bagi hari raya yang akan aku auto published pada malam raya nanti. Aku tak tahu sama ada entry aku kali ini revelen tak bagi korang tapi hopefuly ada pengajaran yang akan diperolehi.

Ramadhan yang dahulu bukan merujuk kepada yang tahun lepas atau tahun sebelum itu tapi lebih kepada ramadhan ketika kedua ibu bapa aku masih ada. Aku tak tahu bagaimana nak cerita kat korang tapi aku cuba buat point bagi memudahkan korang untuk paham.

Aku merindui Ramadhan yang dahulu seperti ;

  • Berbuka puasa bersama seluruh ahli keluarga di ramadhan yang pertama. Actually sampai sekarang tradisi itu masih diteruskan cuma ia kurang meriah.
  • Dikejutkan oleh mak untuk sahur...Aku memang jenis liat sikit nak bangun, kesian kat mak aku kena kejutkan aku beberapa kali.
  • Setiap kali pulang dari tarawikh, ayah aku pastikan akan  bertanya adakah aku pergi sembahyang tarawikh dan dimana lokasi aku bersembahyang.
  • Ayah akan pastikan suasana rumah aku diterangi lampu kelip-kelip. Kalau lambat beli, nanti mula laa dia membebel.
  • Membantu (menyibuk sebenarnya) mak membuat kuih raya. Normally mak akan buat kuih kepit/kapit dan ia sekadar untuk makanan kami seisi keluarga.
  • Setiap kali mak aku balik dari tadarus, ia akan membawa lebihan kuih dari masjid untuk aku makan. 
  • Mak/ayah aku cukup particular dengan baju melayu. Kalau tahun itu aku plan tak nak beli , dia nak pastikan yang baju melayu aku kelihatan cantik. kalau tak, dia akan suruh beli jugak. selalu dik beradik aku laa yang kena belikan sebab aku masih belajar.
  • Memandangkan kebanyakkan adik beradik aku yang lain dah berkhawin dan duduk di luar sebagai anak bungsu, jadi aku yang selalu menemani mak/ayah untuk berbuka. Aku rindukan masakkan simple mak aku kerana ayah/mak tak suka makan lauk yang banyak-banyak.
Ada beberapa lagi sebenarnya aku nak tulis tapi aku stop setakat ini dulu. Aku tahu walaupun macam mana aku cuba untuk memeriahkan ramadhan selepas ini, ia tidak akan sama dengan yang dahulu. Tujuan aku menulis ini pun hanyalah sekadar reminder bagi diri sendiri.

So, aku belum nak ucapkan selamat hari raya lagi tapi aku nak ucap selamat jalan kepada mereka yang akan pulang ke kampung nanti. Silalah pandu berhati-hati dan jangan lupa untuk ke balai polis berdekatan, isi borang supaya rondaan dikawasan tempat tinggal anda dapat ditingkatkan.

Regards,
-Strider-

Tuesday, July 22, 2014

#1456 - Kad Hari Raya

Hye Readers,

Hari Raya Aidilfitri semakin tiba dan aku akan buat short entry mengenai Kad Hari Raya. Aku ada menerima beberapa keping kad Hari Raya dari a few blogger dan ucapan terima kasih aku ucapkan. Insyallah akan aku balas semula kad raya tersebut.

Image


Berbalik kepada cerita kad Hari Raya ini, di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk korang request kad Hari raya daripada aku. Kepada sesiapa yang berminat untuk menerima kad Hari Raya daripada aku, sila emailkan alamat dan nama penuh anda dengan tajuk "Kad Raya Striderbuzz" supaya aku tak terlepas pandang email korang semua ke [email protected]

Tidak perlu buat entry dan tiada limitation terhadap berapa ramai yang menerima Kad Raya aku ini. Jadi kepada mereka yang ingin mengumpul kad raya, jangan lepaskan peluang ini untuk menerima kad raya dari Azlan Strider. 

Setakat dulu entry aku buat kali ini, Maaf kepada mereka yang aku tak sempat BW sepanjang Ramadhan ini. Insyallah aku akan kembali aktif BW selepas raya nanti. Selamat Berpuasa semua...

Regards,
-Strider-

AUTOPUBLISHED ENTRY

Thursday, July 17, 2014

#1454 - Playlist Lagu Raya

Hye Readers,

Semakin dekat untuk kita berhari raya, schedule aku makin tak menentu. Memang menjadi trend setiap bulan Ramadhan, kadar aku blogging tidak menentu. Mungkin sebab kekenyangan selepas berbuka membuatkan aku menjadi malas untuk blogging. Sekarang pun aku BW ikut yang mana sempat jer. Insyallah selepas raya aku akan kembali seperti biasa insyallah.

Semakin nak dekat raya ini juga semakin kerap kita mendengar lagu raya. Tetapi bagi aku, lagu raya yang terbaik adalah lagu raya yang klasik. Aku tak tahu kenapa aku sukar untuk suka kepada lagu raya yang baru. Mungkin jugak kerana setiap lagu raya mempunyai kenangan tersendiri kot.

Image


Apa yang korang lihat nie merupakan playlist lagu raya yang aku pasang kat opis. Sebenarnya aku baru saja pasang lagu ini hari ini sebab nak memberi mood raya walaupun budak KL macam aku nie, every year raya sama sahaja.

Korang pulak suka yang macam mana??Adakah lagu raya klasik menjadi pilihan atau pun lagu baru?Mungkin ada diantara korang yang suka dua-dua atau pun tak suka lagu raya langsung. Kepada sesiapa yang tak ada idea lagu apa nak download raya nie, mungkin boleh jadikan playlist ini sebagai rujukan. Dijamin 100% sedap untuk didengar..hahahaa

Regards,
-Strider-\

Monday, June 9, 2014

#1426 - Isnin Datang Lagi

Hye Readers,

Image

Selamat berhari isnin kepada semua orang yang membaca entry ini. Rindu plak aku nak update entry memandangkan aku pun dah 3-4 hari tak update sebarang entry. Bukan aku malas nak update entry tapi last week merupakan minggu yang agak busy bagi aku.

Aku dah lama tak buat entry untuk slot Blogger Buzz jadi malam nanti aku akan update 2 entry Blogger Buzz (back 2 back) bersempena harijadi untuk 2 orang blogger last week. Kalau ikut plan aku nak update on friday tapi memandangkan aku ade kerja lain jadi terpaksa tunda skit nak tulis entry tu.

Weekend yang lepas jugak aku ade join aktiviti ATV ride bersama Eshamz Halim dan Cheq Em bertempat di Kemensah dan yang itu nanti aku akan cerita kat entry lain. Lepas aktiviti tu juga aku pergi hantar phone aku yang masih under warrantry untuk repair, dan hasilnya aku kena tunggu selama 2 minggu untuk phone tu siap repair dan sementara itu aku diberikan sementara untuk diguna.

Jadi selamat berhari Isnin kepada semua dan hopefully minggu ini akan menjadi minggu yang lebih hebat dari minggu-minggu yang sebelumnya. So macam mana korang punya last week??ada yang menarik untuk dikongsi?

Regards,
-Strider-

Saturday, May 24, 2014

#1419 - Kenapa Tak Kawan?

Hye Readers,


Image

Gambar budak kecik ini merupakan salah seorang daripada anak buah aku. Nama dia Adam, baru berumur 6 tahun dan merupakan anak buah yang paling kecil. Jangan terpengaruh dengan badan dia yang kecil tu sebab dia nie kadang-kadang cakap dah serupa macam orang besar dah.

Ceritanya bermula macam ini, smalam aku singgah kerumah kakak aku, memandangkan aku penat, jadi aku baring kejap sambil bermain belek-belek telefon aku. Tak lama kemudian adam datang dekat aku dan request nak baring sebelah aku..Rindu katanya dan aku pun bagi laa dia baring sebelah aku. Ketika aku sedang like aktiviti kawan-kawan aku kat foursquare tiba-tiba adam membuka mulut dan berkata:-

Adam: ohhh...paksu ada gf ehh..
Aku: Mana ade gf laa adam
Adam: tu paksu i love u..i love u..(merujuk kepada simbol like yg berbentuk love kat foursquare)
Aku : hishhh..mengarut laa, mana ada i love u...i love u...
Adam: Girlfriend paksu mana??
Aku: Mana paksu ade girlfriend adam..
Adam: Adam tau girlfriend paksu sape..
Aku: siapa girlfriend paksu?
Adam: ada..Aunty Annne kan??(sambil tersengih-sengih manja)
* Anne tu merupakan nama Ex-Girlfriend aku.
Aku: Hishhh...mana ada laa..paksu dah tak kawan ngan dia...
Adam: kenapa paksu tak kawan ngan dia??
Aku:  &*^%$

Haiyyoo...Pandai pulak budak kecik nie nak buat kaji selidik pasal love life aku. Hang sekejap aku nak explain macam mana ngan dia..End up aku tukar topic dan tinggalkan dia tanpa memberi sebarang jawapan. Adam oh Adam...

Regards,
-Strider-

Tuesday, April 22, 2014

#1399 - Oh Malindo Air

Hye Readers,

Hujung minggu depan iaitu pada  3 May 2014 aku dan beberapa orang kawan-kawan aku akan berada di Sabah untuk menyertai Borneo Marathon yang dirancang sejak hari November 2013. Sebenarnya aku saje mengikut ke sabah walaupun aku tak lari pada hari tersebut.

Tapi aku bukan nak cerita pasal sabah tapi nak cerita pengalaman kali pertama "membeli" tiket daripada Malindo Airways, Itu baru beli, belum pengalaman naik lagi. Untuk makluman korang untuk ke sabah, kami akan menaiki penerbangan MAS dan untuk balik ke KL baru kami naik Malindo.

Image

Memandangkan Malindo Air ada promo time tu, so we all decide balik guna Malindo Air laa memandangkan non of us yang pernah fly dengan Malindo Air. Walaupun pada beberapa bulan sebelum itu kami dapat tau yang there's some incident with Malindo (Klik Sini) but we keep calm and just think positive about this airline.

Now we let go to the story, Aku book flight tiket balik pada 6 May and i choose night flight iaitu pada pukul 2020hrs. Aku saje book flight malam supaya aku boleh spend my last day kat sabah lama sikit dan supaya aku tak perlu rushing nak pergi airport sebab aku sedar aku nie jenis susah sikit nak bangun pagi.

Memandangkan aku plan nie sejak dari tahun lepas jadi ada a few arrangement aku dah buat untuk last day tu dan juga several appointment memandangkan flight aku malam. Pada 16 March yang lepas, aku dapat satu email (rujuk pic bawah) yang mengatakan flight aku dah reschedule pada pukul 1955hrs dan ia lebih kurang 30 minit awal dari original booking time. 

Image

Bagi aku takde masalah pun sebab 30 minit jer kan??what could happen??Tak akan aku nak berkira 30 minit punya pasal, so aku terpaksa plan laa balik schedule aku kat Sabah on last day tu. Actually tak banyak pun berubah and semakin dekat tarikh, aku semakin excited untuk ke sabah.

Tetapi 2 hari lepas, aku mendapat satu email yang agak mengejutkan jugak laa apabila Malindo Air sekali lagi reschedule flight aku (rujuk pic bawah), Tapi kali ini dia bukan reschedule main-main punya sebab dari original flight plan aku which is pukul 2020hrs, mereka ubah kepada morning flight iaitu pada pukul 1105hrs.

Image

Secara kasarnya flight aku dicepatkan sebanyak 9 jam daripada original booking flight aku dan aku hanya tahu pasal ini lebih kurang seminggu daripada tarikh departure.Kalau korang berada di tempat aku, apa yang korang rasa? All the arrangement, booking dalam masa 9 jam itu aku nampaknya terpaksa cancel sebab flight aku dah reschedule.

And the best thing is, ini jer laa info yang aku dapat. Aku tak tahu kenapa flight aku dicepatkan smpai 9 jam. Aku tahu yang setiap airlines berhak mengubah sebarang jadual penerbangan dan itu semua apply di setiap Airlines.Aku pulak sebagai pemegang tiket promo apa yang aku nak demand sangat??Beli tiket pun harga murah kan??

Tapi aku rasa macam dipermainkan plak bila Malindo Air mempercepatkan flight aku sampai 9 jam lebih awal. Bagaimana dengan semua booking dan arrangement yang aku dah buat? Sudah pasti ia semua terpaksa aku burn hanya kerana penukaran masa yang sangat jauh.

Aku sebenarnya tak tahu nak response macam mana? Kalau korang perasan aku ada meluahkan perasaan aku kat twitter terhadap Malindo Air dan ada sikit sinar harapan melalui feedback yang diberikan oleh Malindo Air. 

Image

Setakat ini aku masih berfikiran positif, Aku tak nak blame Malindo air 100% kerana aku tahu yang mereka pasti akan melakukan yang terbaik untuk menjaga reputasi mereka. Aku sebenarnya terbayang-bayang melakukan review yang menarik tentang Airlines mereka tapi aku masih tak tahu macam mana aku nak buat kalau mood aku hilang sebab kehilangan 9 jam daripada plan asal aku kat sabah.

So let see how Malindo air akan respond terhadap isu ini melalui twitter yang mereka hantar, adakah twitter itu hanya standard answer ataupun mereka betul-betul akan cuba assist aku sebagai 1st customer yang akan fly dengan mereka. Aku tahu selaku pemegang promo tiket i'm not in a position to bargain unless aku beli business class punya tiket. 

Regards,
-Strider-



Saturday, April 19, 2014

#1396 - [HOT NEWS] Identiti Azlan Strider Dibongkar

Hye Readers,

Image


Siapakah mamat poyo diatas ini?Mamat di atas ini laa sebenarnya Azlan Strider yang juga merupakan owner kepada blog ini. Memandangkan hari ini merupakan hari jadi dia yang ke 30thn jadi aku mengambil keputusan untuk membongkar sedikit mengenai identitinya.

Dia yang juga sebagai Azlan Hasan merupakan seorang lelaki yang lahir dan dibesarkan di Kampung Baru Kuala Lumpur. Mengikut sumber yang dipercayai, dia mula berjinak-jinak dengan blogger semenjak habis sekolah dahulu cuma tak pernah serius dalam apa yang dilakukanya. 

Menurut keterangan dari ahli keluarganya Azlan Strider ini merupakan seorang yang agak manja memandangkan dia merupakan anak bungsu dari 6 adik beradik. Dia mula berblogging untuk suka suka dan kemudian menjadi habit sejak dari tahun 2011 lagi.

Image


Beliau yang masih lagi solo dan belum disunting oleh mana mana bunga khabarnya pernah digosipkan dengan Elizabeth Tan  seorang youtube sensation namun tiada pengakuan yang direkodkan daripada mereka berdua.Tak banyak yang aku dapat korek mengenai kisah cinta mamat ini..

Azlan Strider juga merupakan seorang penyokong kuat Liverpool FC dan juga Selangor FC. Menurut sumber yang dipercayai, bukan hanya sekadar menyokong tetapi Azlan Strider merupakan seorang pemain bola sepak yang berbakat. Dia pernah dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan sebelum ini namun akhirnya dia menolak pelawaan tersebut kerana dia dikatakan sedang hangat bercinta.

Image

Jadi aku harap tiada diantara korang yang mengikut jejak langkahnya. Menolak masa depan yang cerah semata-mata kerana cinta yang belum tentu kemana..hahahaha.. Jadi itu lah serba sedikit identiti tentang Azlan Strider yang sempat aku bongkar dan share dengan korang. Nak cerita lebih, nanti aku takut kena saman pulak dengan dia.

Regards,
-Strider-

Wednesday, April 16, 2014

1390 - Bloglist Wanted

Hye Readers,

Image


Few days ago aku ada beritahu korang yang aku akan bertukar domain dari blogspot kepada [dot].[com].So, setelah membaca beberapa review kat blog, buruk baik tukar domain and after few days consideration akhirnya semalam aku tukar jugak domain aku tu.

But one things yang aku mungkin tak perasan ialah problem dekat bloglist aku. Selepas aku tukar domain, semua widget di side bar nampak berfungsi dengan baik kecuali Bloglist aku. Memandangkan bloglist aku dah outdated, akhirnya aku mengambil keputusan untuk buang dua-dua bloglist itu dan gantikan dengan dua bloglist baru.

So aku wujudkan 2 bloglist baru iaitu untuk lelaki dan wanita. Disebabkan semalam masa dah suntuk jadi aku hanya sempat letak blog yang berada dalam top commentators aku jer dulu. Dan hari ini aku nk mintak jasa baik korang siapa yang dah letak aku dalam bloglist korang untuk update domian aku nie (jika perlu) and if you want me to return the favor, please tinggalkan url korang di ruang komen so that malam nanti aku boleh edit lagi bloglist aku.

Regards,
-Strider-

Thursday, April 10, 2014

#1385 - Memiliki Domain Sendiri

Hye Readers,

Image

Beberapa lepas aku ada update entry pasal Motivasi Baru dalam blogging ini. Sebenarnya motivasi aku nie dah kira cukup dah, takde laa pulak demotivated giler-giler aku ini. Tapi sepanjang 3 tahun lebih berblogging nie memang aku ada pasang angan-angan nak guna domain sendiri.

Aku rasa macam masa dah sampai untuk aku pasang domain sendiri utk blog aku sendiri. Aku sendiri tak ada idea apa akan jadi kalau aku pasang domain sendiri nanti.. Adakah lepas pasang domain nanti interface blogger ini akan lari??adakah aku akan login blogger.com macam biasa?

So kepada meraka yang ada domain sendiri bleh advice tak domain mana yang terbaik dan user friendly untuk blogspot ini? Dan kalau ada yang pernah pakai domain sendiri dulu ada apa-apa yang aku kena sediakan dahulu sebelum aku pakai domain sendiri??

Kalau ada pape cadangan atau pandangan sila tinggalkan diruang komen yaa..thanks!!!

Regards,
-Strider-

Tuesday, April 8, 2014

#1382 - Motivasi Yang Baru

Hye Readers,

Setiap orang pasti memerlukan sesuatu bagi memberi motivasi kepada mereka untuk melakukan sesuatu..Begitu juga dengan aku. Semenjak 3 tahun lebih aku berblog aku tak nafikan ada beberapa perkara berlaku yang membuatkan aku "demotivated" dalam berblogging.

Tahun ini sekali lagi perkara yang sama berlaku. cuma pada tahun kali ini ia agak dasyat kerana perasan itu tiba ketika PC aku sedang bermasalah.Walaupun aku mempunyai option untuk berblog dengan phone, tetapi feeling dia tak sama dengan menggunakan computer.

Image


Tadi kita sedang teman member aku repair beli barang kat lowyat, akhirnya aku telah membeli beberapa barangan seperti di atas dengan harapan ia mampu memberi sedikit motivation di hadapan komputer. Antara barang yang aku beli ialah set Keyboard dengan Mouse, External Hard Disk, dan juga Controller USB bagi memudahkan aku bermain game nanti. 

Sebenarnya keyboard dan mouse aku masih berfungsi dengan baik tapi aku beli jugak baru dengan harapan supaya aku akan lebih lama duduk depan PC nanti..hahaha..Dengan jadual seharian yang masih lagi padat aku harap ia akan sikit sebanyak membantu.

Korang pulak macam mana??pernah alami di satu masa korang tetiba kehilangan mood untuk blogging? Kalau ada bagai mana korang atasinya??boleh share ngan aku dan kawan-kawan yang lain?

Sunday, April 6, 2014

#1380 - Dah Siap Repair

Hye Reader,

Sebenarnya sejak dari Dec tahun lepas PC aku asyik meragam jer (klik sini) dan ia sudah mencapai kemuncaknya sebulan dua yang lepas. Jadi hari ini aku mengambil keputusan untuk hantar repair setelah berfikir panjang.

Sebenarnya aku suspek hask disk aku rosak ataupun windows aku yang nak kena format, jadi aku dalam dillema sikit sebab banyak file terutamanya gambar yang aku tak back up dalam external hard disk lagi. Instead pergi Low Yat aku pergi ke Plaza Idaman Gombak sebab kat situ ada satu kedai cina yang repair dengan harga berpatutan.

Malangnya kedai kat situ dah tutup jadi aku terpaksa cari kedai yang lain kat area situ gak. Tak jauh dari kedai tu ada sebuah kedai repair computer, time aku tanya tu pembantu kedai tu berkata "sila tunggu sekejap abg, orang yang repair tu tengah solat".

So lepas orang tu solat, aku pun terangkan laa apa masalah PC aku tu dan orang tu kata dia akan cuba format dulu sambil cuba backup file yang aku nak. Sementara tunggu dia buat aku pun as usual pergi la makan kat Mcd jap bersama kakak dan anak buah aku.

Image

Wallaaahhh...Kurang dari sejam, orang kedai tu telefon balik  dan bagitahu PC aku dah siap. Rupanya salah satu daripada port kat CPU aku rosak dan masih ada satu slot yang masih boleh digunakan. Aku nak cerita pun panjang tapi sebenarnya dia tak usik pun PC aku and  end up dia hanya charge aku RM10 untuk perkhidmatan yang diberikan.

Aku merasa lega sebab sekarang aku PC aku dah boleh run macam biasa dengan hanya bermodalkan RM10..Sebenarnya boleh jer kalau dia nak format terus PC aku dan charge aku lebih sikit tapi mengambil keputusan untuk bersikap jujur dan terus memberitahu aku apa masalah dengan PC aku tu.

Sikap jujurnya itu yang membuatkan aku akan datang lagi sekiranya mempunyai masalah dengan PC dan juga rekemen pada kawan kawan aku yang mempunyai masalah dengan PC. 

Tuesday, February 4, 2014

#1350 - Striderbuzz Q&A

Hye Readers,

Image

Sebelum aku bercuti haritu, aku ade buat satu entry pasal anniversary blog aku dan akan menjawab apa juga soalan pasal diri supaya korang lebih mengenali penulis ini dengan lebih dekat (macam poyo jer ayat). Oleh yang demikian ini antara beberapa soalan yang korang tanya kat aku.

Mana datangnya Stridebuzz tu?
- Nama Strider tu datang datang dari sebuah watak dalam cerita Lord of The Ring (Fellowship of The Ring) dimana watak Aragorn menggunakan nama Strider sebagai nama samaran. Buzz tu pulak datang ilham dari rancangan E Buzz, dimana ia membawa berita berita sensasi dari dunia hiburan.

Boleh kupaskan sikit apa dia Striderbuzz ini?
- Idea awal striderbuzz ini adalah untuk membawa berita-berita yang terdapat di dalam dan luar negara. Tapi berkat pandangan dan nasihat dari blogger-blogger yang lebih senior saya jadikan Striderbuzz sebagai satu platform untuk saya meluahkan pendapat peribadi saya mengenai sesuatu berita yang dilaporkan bagi mengelakkan wujudnya entry plagiat. Tapi sekali sekala saya selit juga beberapa entry yang bersifat motivasi dan tips-tips remaja berdasarkan apa yang saya baca atau pengalaman orang di sekeliling saya.

Soalan: Berapa umur Strider
- Saya dilahirkan pada 1984 dan sekarang umur saya dah mencecah 30 tahun.

Adakah Strider sudah berkhawin.
- Saya masih lagi pemegang status bachelor (bujang)

Strider ada berapa orang anak?
- Disebabkan saya masih belum berkhawin saya masih belum mempunyai anak tetapi mempunyai ramai anak buah.

Bila Strider nak upload gambar pemilik blog ini?
- Untuk entry ini saya upload sekeping gambar saya yang tak berapa nak kacak ni.

Bila nak start buat entry bersifat peribadi?
- Sebenarnya bukan tak nak buat tapi tak ada benda yang menarik dalam hidup ini yang boleh dikongsikan bersama..hehe.. Tapi Insyallah, lepas ni kalau tergerak hati nak tulis, mungkin aku akan tulis terus.

Bulan berapa start blog?
- Saya start blogging pada January 2011

So itu laa, serba sedikit mengenai diri aku yang biasa-biasa ini. Walaupun aku dah hampir 3 tahun blog tapi aku rasa masih banyak benda yang aku boleh belajar dalam dunia blogging ni. Aku tak nafikan yang aku pernah terpikir nak stop blogging lepas setahun  (lepas target aku) tapi bila pikir balik rasa macam sayang pulak nak tinggalkan.

Regards,
-Strider-

Thursday, January 30, 2014

#1349 - Striderbuzz 3rd Anniversary

Hye Readers

Image
Niat nak upload 1st header dulu tapi pc pulak rosak so tak dapat laa aku nak upload.

Untuk makluman 28 January yang lepas sebenarnya merupakan anniversary Striderbuzz yang ketiga. Ini bermakna aku telah blogging dalam satu account selama 3 tahun. Sebenarnya aku sendiri tak percaya blog ini bertahan sebegitu lama. Bila baca balik entry aku The Beginning tadi aku senyum sorang-sorang jer.

Masih segar lagi ingatan aku ketika dalam bilik sambil menggodek-godek blog. Aku bermula blogging adalah melalui "try and error" sebelum aku tahu kewujudan tentang tutorial dan etika-etika ketika berblogging. Aku rasa tahun pertama merupakan tahun yang agak mencabar kerana pada mulanya target aku hanyalah untuk running blog ini selama setahun.

Sepanjang aku berbloging aku jarang update entry yang bersifat personal, jadi di kesempatan ini aku bagi korang peluang untuk tanya apa-apa soalan pasal aku (jika ada) nanti aku akan compiled dan jawab dalam entry yang lain.

p/s: Selamat bercuti dan kepada mereka yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalanraya.

Regards,
-Strider-

Monday, January 27, 2014

#1346 - Weekend is Over

Hye Readers,

Image

Lama dah since aku bersiaran dekat sini. Kalau ikutkan hati macam-macam benda aku nak update kat sini tapi komitmen aku di tempat lain sedikit membataskan aku. So how weekend korang? Hopefully semua berjalan dengan lancar.

For sports this weekend is a beat mix up sebab theres a  good news for me macam kemenangan Liverpool untuk FA Cup dan ada juga yang tak berapa best seperti kekalahan Selangor kepada Lions XII.Tapi nasib masih menyebelahi selangor kerana walupun kalah mereka masih di tangga kedua liga.

Minggu ini juga menyaksikan berlangsungnya Anugerah Juara Lagu 28. Seperti yang dijangkakan Hafiz telah memenangi AJL28 dengan lagu Bahagiamu Deritaku. Pasal AJL 28 nanti insyallah aku akan update dalam entry lain sebab ada beberapa benda yang aku tak berapa nak berkenan.

So thats all entry aku setakat ini. Aku nak BW kat blog kengkawan lain sebelum aku update entry baru. Have a good monday everyone...

Regards,
-Strider-

Thursday, January 2, 2014

#1324 - Selamat Tahun Baru

Hye Readers,

Image

Selamat Tahun Baru kepada korang semua yang sedang membaca entry ini. Kali terakhir aku update entry adalah pada tahun lepas, kira dekat setahun jugak laa tu. Untuk makluman korang hujung-hujung tahun ini aku agak busy ngan komitmen selain lain pergi bercuti ke Penang untuk sambutan Tahun Baru.

Kepada mereka yang mempunyai laman social seperti facebook atau twitter, mesti korang akan nampak macam-macam post seperti ade yang menghantar anak ke sekolah, azam tahun baru dan tak lupa juga ada yang update status/tweet yang berbentuk motivasi untuk membantu mereka menumpun tahun 2014 dengan cemerlang.

Secara ringkasnya tahun 2013 ada meninggalkan suka dan duka sendiri bagi aku.Walaupun nothing special happen, tapi seperti korang, aku juga ade memori suka dan duka but overall it's was a good year for me. Tahniah kepada kita semua yang berjaya mengharungi tahun 2013 dan kini berada di tahun 2014.

Ucapan tahniah juga diucapkan kepada Blog Dila Ella kerana Top Referral RM30 daripada Simple Giveaway by Licha. Kepada mereka yang tidak berjaya jangan risau, sebab Licha kata insyallah tahun ini ada lagi..hehe

So secara keseluruhannya apa perasaan korang sepanjang kunjungan korang ke Striderbuzz sepanjang 2013 nie? Aku sekadar bertanya supaya aku dapat memperbaiki performance aku untuk 2014 nanti. Kalau ada apa-apa pandangan anda sila drop di ruang comment yer.

Akhir sekali aku minta maaf andai sepanjang 2013 aku ada membuat posting yang korang tak suka atau menyinggung perasaan korang. Kalau ade yang tak bersependapat dengan posting aku jangan laa wujudkan jurang antara kita sebab walaupun berbeza pendapat tak semestinya kita tak boleh berkawan kan??

Regards,
-Strider-

Saturday, December 21, 2013

#1319 - Kehilangan

Hye Readers,


Image


Ini sebenarnya yang telah berlaku dekat PC aku untuk beberapa hari ini. Windows nampaknya dah tak nak load and windows start up repair pun macam tak membantu jer.

Esok aku akan bertolak ke JB selama 2 hari untuk berjalan-jalan. Mungkin aku akan kehilangan beberapa hari ini tak dapat BW macam biasa.

Insyallah kalau aku dapat pegang computer with an internet connection,aku akan BW. Kalau tak aku kena tunggu sampai aku balik dari JB dan repair balik PC aku ini sebelum aku dapat teruskan aktiviti kat blog nie.

In a meantime kalau korang rajin,korang boleh share entry korang melalui FB aku sekaligus memudahkan aku untuk BW melalui phone.hehe

Okay laa, itu sahaja pesanan penaja dari aku buat minggu ini. Selamat berhujung minggu dan selamat bercuti.....

Regards
-Strider-

posted from Bloggeroid

Sunday, December 15, 2013

#1304 - Entry Yang Bosan

Hye Readers,

Image
Macam nie laa rupa kalau aku bosan...cuma aku hensem skit dari pakcik ini.
Macam mana weekend para-para blogger semua? Hopefully semua berada dalam keadaan yang terbaik. Kepada blogger yang berada di Lembah Kelang ade pergi tak event Blogrrr hari itu atau pergi ke Big Bad Wolf?? 2 event yang berlangsung di tempat yang sama.

Sebenarnya hari ini aku malas nak tulis entry, mungkin sebab malam semalam aku balik lewat jadi hari ahad nie dia jadi slow sikit. Walaupun aku dah draft satu entry tapi aku rasa besok pagi laa aku published sebab esok aku ade seminar sepanjang hari.

Sorry laa kalau ini jadi entry aku yang paling bosan korang pernah baca..Okay laa, aku ingat malam ini aku BW jer laa..

Regards,
-Strider-


Wednesday, December 4, 2013

#1280 - Kehilangan 4 Hari

Hye Readers,

Image


Rindu aku kat korang semua nih...Kehilangan aku pada 4 hari yang lepas sebenarnya bukan satu benda yang dirancang. Tapi masalah kesihatan yang melanda diri ini sehinggakan tiada kekuatan untuk menaip di hadapan pc.

Pada ketika itu juga aku menerima satu musibah apabila telefon bimbit aku hilang.Sehingga hari ini aku masih belum retrieve balik no lama aku dan mungkin aku akan lakukan di waktu petang nanti.

Walaupun banyak cerita menarik berlaku sepanjang aku tak online tapi aku tak nak bercerita banyak untuk kali ini kerana banyak kunjungan balas yang harus aku lakukan.

Terima kasih kepada mereka yang sudi menjenguk sini ketika ketiadaan aku...

Regards,
-Strider-

Wednesday, November 20, 2013

#1254 - Aktiviti Di Bukit Fraser

Hye Readers,

Pemandangan indah di tengah-tengah hutan hujan Pahang adalah salah satu pemandangan di Bukit Fraser ini. Bukit Fraser sebenarnya agak menarik bergantung kepada apa yang anda cari.Hasil tinjauan aku beberapa hari di sana, kebanyakkan tempat tinggal merupakan kawasan Bunglow dan ia merupakan tempat yang paling sesuai jika anda mempunyai keluarga yang ramai.

Untuk kunjungan kali ini, Aku bersama lagi 5 adik beradik yang sudah bekeluarga (kecuali aku) menginap di sebuah bunglow yang diberi nama Sri Damai. Ia terletak tidak jauh daripada  "Clock Tower" Bukit Fraser. Sepanjang 4 hari kami di sana, kebanyakkan masa diisi dengan program sendiri yang telah dirancang.

Sebenarnya sepanjang 4 hari kami disana, kebanyakkan aktiviti yang kami lakukan adalah benda yang dirancang dari KL lagi, Ia merangkumi sukaneka, lucky draw, jungle trekking, BBQ, board games and few others  activities.

Aku share ngan korang beberapa aktiviti aku di sepanjang aku disana dan after this aku beritahu korang apa aktiviti lain yang boleh dilakukan di bukit Fraser.

Image

Day 1: Budak-budak kalau dapat tinggal satu rumah dengan cousin dorang memang seronok.

Image

Day 1: Inter frame jap..Berangan nak jadi model untuk kakak aku.


Image

Day 2: Group A untuk Sukaneka. Yang paling kecik tu paling seronok sebab dia duduk atas guni sambil orang lain tarik.

Image

Day 2: Untuk Sesi malam kami memilih untuk BBQ daripada makan di luar. Niat nak buat kat openspace tapi sebab takut hujan jadi kena buat under garaj.


Image

Day 3: Siapa nak asah bakat dalam putting buleh datang ke taman permainan Bukit Fraser. Mereka ada sewakan bola golf and putter..murah jer, kalau tak silap aku dalam RM6 for 1/2 Hours

Image

Day 3: Jungle Trekking at Rompin Trail. Ini antara laluan yang paling senang


Image

Day 4 : Sebahagian daripada yang tinggal. Ade 2 Family terpaksa pulang awal kerana ade komitmen lain.

Itulah sebahagian daripada aktiviti yang kami lakukan sepanjang 4 hari kami berkampung di sana. Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti selain daripada apa yang kami buat ini. Terdapat banyak lagi aktiviti  menarik kat Bukit Fraser ini.

Bukit Fraser sebenarnya sangat popular bagi mereka yang berminat dalam kegiatan berasaskan alam semula jadi seperti 'trekking', memerhati burung, menunggang kuda, memancing, dan juga perkhemahan. Kalau nak trekking pun terdapat beberapa route yang boleh dipilih. sama ada korang nak trekking 15 minit ataupun sejam setengah.

Jadi kepada mereka yang tak pernah pergi atau dah lama tak pegi aku rekemenkan korang untuk datang ke sini. Cuma jangan compare Genting Highland atau Cameron Highland kerana suasana di sini amat berbeza. Kalau sama pun mungkin dari segi kesejukkan jer..

Regards,
-Strider-