Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Oct 11, 2011

#2: motivational stories from steve jobs

i didn't like apple.
although my mom keeps quoting that an apple a day keeps the doctor away.
i prefer banana or oranges or durians or... anything else other than apple. but i love apple pie. hehe, that is one of my favorite foods.

and i didn't have any gadgets branded Apple.
i wish to have one but i cannot afford to. they are to pricy. so sad ha?
but i always admires the innovations. how can they invented a thing that do not exist but people will need it in future?


therefore,
let's hear a successful story of the founder of apple.
he was not a college graduate. he was once fail in his life. but he was so determined in his life. he shared 3 stories of his life, on how he become who he was now.


may his stories inspires us. trust yourself... do what you love.



RIP Steve Jobs.

Aug 3, 2011

hati yang tenang

Setiap hari kita ketawa.
Setiap hari kita jumpa kawan.
Setiap hari kita dapat apa yang kita inginkan.
Tetapi... kenapa hati kita tak gembira?
Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tetapi... kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman, "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan..."

Apa masalah kita?
Hati kita tidak gembira sebab kita tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada.
Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat di sekeliling kita.

Kita berdoa, tetapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?
Sebab kita asyik meminta pada Allah, tetapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita.

Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tetapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tidak bersyukur pada Allah. Apabila datang kesusahan, baru ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih... mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la...
Pernah kita bangun malam, solat sunat? Solat tahajud? Solat taubat? Pernah?
Ada, mungkin ada, tapi dulu... waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kena ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu... ada? Ada, time dah nak exam... waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm... entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tetapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan itu? Hati kita tetap juga tak tenang. Kenapa ye?

Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang?

Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan itu dekat kita.

Alangkah tidak malunya kita... sedangkan Allah menciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni.
Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehingga semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah.
Betapa Allah muliakan kejadian manusia.
Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada.

Nabi Muhammad S.A.W, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita...? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas Baginda. Macam mana hati kita nak tenang?

Lembutkanlah hati kita. Tundukkanlah diri kita pada Allah.
Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu.
Ikhlaskanlah hati dalam setiap perkara yang kita buat.
Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya-Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul Iman itu sendiri. Tenanglah dikau, wahai hati...

artikel iluvislam.com

Mar 30, 2011

motivasi diri

hari ini adalah episod menangis. sudah bengkak mataku menangis. kenapa? kerana ujian Allah yang ku anggap paling besar setakat ini dalam hidupku (anggapanku...), PhD.

aku sangat susah hati. aku terasa putus asa. aku terasa ingin kembali ke masa lampau dan mengubah keputusan yang aku lakukan ini. astaghfirullahalazim, aku seperti tidak redha.

aku tau, aku sedang diuji.
aku diuji dengan PhD.
aku diuji dengan tajuk PhD kerana sampai sekrang aku masih tak dapat defense proposal aku kerana tajuk aku tak strong. method aku tak justify and mcm2 lagi sedangkan aku sudah di semester 3. ak sedih kerana aku ketinggalan sedangkan aku tak pernah rasa begini sebelum ini.

aku mengeluh. aku merintih. aku putus asa. aku rasa aku tak mampu. ditambah dengan penyakit aku, aku ragu2 samada aku dapat menghabiskan perjalanan ini atau tidak. aku seakan berputus asa dengan ujian ini. ak seakan membiarkan diriku kalah tanpa berjuang. aku seakan lupa semua ini adalah ujian dari NYA.

kenapa ujian ini sangat sukar?
… dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…
(albaqarah:286)

… sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan…
… (ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan…
(alinsyirah:5&6)

“Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, ‘When will come the Help of Allah?’ "Yes, certainly the Help of Allah is near!”
[Quran 2:214]
 aku sedih!

janganlah kamu bersedih atau berduka cita, sesungguhnya kamu lebih tinggi jika kamu beriman
(alimran:139)
 
adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata ‘kami telah beriman’ tanpa mereka diuji. Dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta
(alankabut:2&3)
 
apa harus aku buat?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
(Surah Al-Imran ayat 200)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
(Surah Al-Baqarah ayat 45)

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”
(Ar-Ra’d: 28)



kenapa aku diuji begini?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ..
(Surah At-Taubah ayat 111)
 
apa harus aku lakukan?
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
(Surah Yusuf ayat 12)

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta. 
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

“Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?”
(Quran 23:115)

Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.?
- Surah az-Zariyat: ayat 56.
 
pada siapa harus aku berharap?
“Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
(Surah At-Taubah ayat 129)
 
aku harus sabar... dan yakin dengan Allah

Feb 8, 2011

jangan malas

hari ni xsihat lagi... terpaksa postponed meeting ngan dr Zuriah. 

pas tido berstokin, bersweater dan berselimut dgn 2 selimut, alhamdulillah.. im getting better. bangun, minum milo panas dan mengadap laptop semula. laptop cam dah ade aura masuk virus. mudah hang dan sgt lembab. ya Allah, jangan lah pape terjadi pada laptop ni. malas nak hantar cek sbb i need to use my laptop everyday.

malas?
yup, memang setiap manusia tidak pernah lari dari sifat malas. setiap kali terasa malas, tasha akan merayau di blog2. lps tu, bila kerja tak dpat disiapkan, terasa la sedeyh n stress. typical me. hehe. td kat facebook, terbaca 'Motivasi Rajin' dari Fuad Latip. mengenali Fuad Latip menurusi laman webnya. so, tasha add beliau sbg friend di fb.
Image
gambar amik kat mnirashid.com
bagaimana mahu menjadi rajin?
tidak dinafikan, tasha selalu berfikir.. indahnya jika hidup hanya untuk berehat2, melancong, bergembira dan yg enak2 saje. bila kesempitan duit, terasa alangkah bestnya menjadi orang kaya, duit menimbun untuk shopping n melancong n mcm2 ag. tp sedarkah risiko mereka, lagi besar. hutang mereka, lagi besar. masalah mereka, lagi besar.. apetah lagi melibatkan individu dikenali ramai ini. owh, xsesenang yg disangka. menjadi org kaya bukan la best sangat pun.

apabila berhadapan dengan masalah dalam pelajaran, terasa alangkah bestnya menjadi pekerja. xpelu susah2 belajar, kerja aje 8 to 5 dan tiap2 bulan kutip gaji. tp, tasha dah melalui zaman pekerjaan, ianya tidak semudah itu. kerja, expectation... susah untuk dipenuhi. maka, terasa bestnya kalau kerja yg simple2 cam jadi tukang cuci ke, kerja, just cuci je... xyah nk fikir documentation etc. tp kerja tukang cuci pun byk masalahnya. selain gaji yg tak mencukupi, kerja sepenat2nya.. mungkin juga akan ditindas org atasan...

owh, manusia mmg selalu tidak bersyukur. so bagaimana nak hadapinya?

tidak Allah jadikan manusia ini sia2, tanpa tujuan. sbb kita khalifahnya... kita wakilnya... maka setiap kita ada tugas2 kita, amanah dan tanggungjawab. amanah itu wajib dilaksanakan dan disempurnakan atau kita akan ditanya kelak. laluan hidup kita tak akan selamany susah, tak akan selamanya senang. kerana itu adalah didikan terhadap diri kita.

maka, segala kerja kita, susah mahupun senang adalah ibadah kepada Allah. kerana Allah dah tugaskan iulah tugas kita di muka bumi ini. kita harus lakukannya kerana Allah, bukan kerana Nafsu sendiri. so, perbetulkan niat, kite bekerja, belajar kerana Allah, bukan kerana duit, gaji, membangga diri etc. kita lakukan kerana ianya tugas yg Allah amanahkan untuk kita. jika kita lakukan kerana Allah, insyaAllah kita akan bersemangat n rajin.
Image
jangan malas baca buku...
dalam konteks tasha.. tugas tasha sekarang adalah belajar kerana ianya telah diamanahkan oleh Allah. insyaAllah ianya akan menyumbang sst kepada masyarakat dan dunia... siapa tahu.

in a nutshell, 
jika terasa malas, ingatlah bahawa ini adalah tugas kita yg diamanahkan oleh Allah. ianya akan dipersoal kelak.
Image

Jan 25, 2011

30 luahan suami

hari ni spend masa ngan efectivenya di uitm.. hehhe.. terasa cam undergrad balik...

take 5 jap, nak share something interesting yg kak linda, bought  from kedai buku UiTM, 30 LUAHAN PERASAAN SUAMI by Dr Hasan Hj Mohd Ali. menurut kak linda, buku ni mmg best. but she lost the previous one, so she buy another one. 

as persediaan menjadi wifey, insyaAllah isteri solehah.. jom sharing.

Image
cover buku ni cam scary kan..hehe
 30 luahan perasaan suami adalah seperti berikut.. hmm~

1.isteriku, iktiraflah kelakianku
2.isteriku, jagalah rumahku
3.isteriku, janganlah leteri aku
4.isteriku, fahamilah perasaanku
5.isteriku, berbincanglah denganku
6.isteriku, hiasilah dirimu
7.isteriku, berlemah lembutlah terhadapku
8.isteriku, hargailah pemberianku
9.isteriku, janganlah pilih kasih terhadap anak-anak
10.isteriku, jagalah makan minumku
11.isteriku, jagalah pakaianku
12.isteriku, didiklah anak-anakku
13.isteriku, raikan keluargaku
14.isteriku, sembunyikanlah kepintaran dan kelebihanmu
15.isteriku, janganlah membuang masamu
16.isteriku, janganlah banyak kerenah
17.isteriku, patuhlah kepadaku
18.isteriku, janganlah cemburu buta
19.isteriku, tunjukkanlah sifat sabarmu
20.isteriku, iktiraflah kepimpinanku
21.isteriku, bantulah kejayaan kerjayaku
22.isteriku, jadikanlah anak-anakku insan berakhlak mulia
23.isteriku, permudahlan penglibatan sosialku
24.isteriku, janganlah boros
25.isteriku, hargailah kejayaanku
26.isteriku, galakkanlah hobiku
27.isteriku, suburkanlah pembangunan intelekku
28.isteriku, berjimat-cermatlah
29.isteriku, berterus-teranglah dan berkomunikasilah denganku
30.isteriku, janganlah terlalu mengawalku

emm, ade gak buku 30 luahan isteri. tu, bakal suami/suami lah yang kena baca.. hehe. bukan mudah untuk melayari alam rumah tangga. tanggungjawabnya juga besar. bak kata kak linda, sbb susahlah, pahala nye besar.

sabda Rasullullah SAW:
"Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa pada bulannya, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya niscaya dia akan masuk surga dari pintu mana saja yang dia inginkan."
 HR Ahamd dan Ibn Hibban

Jan 23, 2011

18 ciri-ciri suami yang soleh

Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya

Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin

Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.

Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.

Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.

Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya

Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.

Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.

Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.

Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.

Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.

Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.

Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.

Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.

Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.

Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.

Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.

Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.
    source: facebook.
    attention to: abg janggut.. hehe~

    Jan 10, 2011

    apabila...

    situasi satu....
    'kok, ce tolong ame letak choki-choki atas roti ni jap...'


    'kok bz r, kok nak angkat baju ni.. dah petang...'


    'kok xmo tolong ame... ame xmo tolong kok masa perkahwinan kok nanti...'

    ...cess, ugutan!

    situasi dua....
    'ok, ingat ye abg mie... sekali naik tangga, satu kotak..., ok?'

    maka, inilah hasilnya...
    Image
    jeng3..apekah dalam kotak2 ini...
    situasi tiga...
    'kitorang nak buat sendiri je... nak try buat. excited...'


    'buat sendiri ke? xpayah la.. tempah aje.. kesian kat kakme... nanti xcantik lak hantaran dia...'


    'xpe la.. leh jimat... leh cungkil bakat... huuuu~'
    Image
    ngah try2... 
    Image
    macam2 ade..

     ... cess, demotivatedkan tasha untuk guna air tangan sendrik je.

    situasi empat
    '5 jun eh, hari ahad... xde orang lagi abg zol rasa.. so, nak kerusi mawi ke?'


    'yup abg zol, saya nak kerusi mawi gop gane2 pun.. ni kerusi idaman saya..'


    'ok... nanti abg zol tulis.. eh3, ade la sorang 5 jun., kat permint jaya chendering...'


    'ha, dekat r ngan saya tu abg zol...'


    '...dan dia pakai kerusi mawi....'


    'ape??????'


    'gini r, abg zol beli kerusi laen r ke awok.... awok nak kerusi cane..'
    Image
    ini la namanya kerusi mawi..hehe
    ...speechless..... saya nak kerusi mawi!!!!!


    ini la yang saya buat hampir seminggu ini... setiap hari... siang dan malam

    tiba2..

    situasi lima
    'unisza nak buat international conference on management, tasha hantar paper eh?'
    'owh..ok...'
    'tasha kena present tau...'
    'insyaAllah ok..'
    'tasha jumpa kak nor esok...'
    'esok? ' gulp..... xprepare pape nih.... dah seminggu tinggal.. hoho~
    'ok.... hhehe.....'

    mak ai, bukak proposal balik... emm, nak buat paper ape ni.. haih~

    Dec 9, 2010

    ikhtiar mengembalikan barang hilang

    salam.. emm, dah 7 hari tak mencoret =)

    i've been a bit bz last few days... busying with many things actually.. many new things to be experienced in life i guess.. hehe~

    i wanna share something!

    dijadikan cerita cincin pemberian kak long sempena birthday tasha yang lepas ilang. tasha ade buat entry tu kat blog tasha last few months. so, a friend suggested me to ikhtiar seperti yang diperkenalkn oleh Ustaz di DarusSyifa'. tasha save pdf file dia kat laptop tapi xle lah nak attach sini. and, after buat apa yang diajar, alhamdulillah, Allah mudahkan penemuan cincin itu. got the cincin back!!!

    pas baca yassin ni, alhamdulillah tasha jumpa jam tangan yang tasha guna dari form 4 sampai kat uitm! jam tu pemberian mak. suka2.. jam tangan tu kak long jumpa dalam handbag dia, handbag yang dah lama x guna la.. huhu. and seminggu pas tu tasha jumpa cincin kak long bagi tu plak! cincin tu jumpa pas tasha kuar toilet pas amik wudhuk. tasha terpijak cincin tu... bdw, cincin tu dah hilang about 2 months. alhamdulillah masih berpeluang menjumpainya.

    pas jumpa cincin tu, tasha tak pakai cincin dah. takut! takut hilang lagi. honestly, tasha taktau camne cincin tu leh hilang dari jari tasha. so, dah jumpa balik ni, tasha simpan elok2 lam bekas cincin. huhu..

    ok ini file nya... sila klik!

    tak rugi untuk berusaha bukan? so, kepada sesiapa yang kehilangan barang2 itu, mohonlah kepada Allah.. insyaAllah Dia Maha Mengasihi =)

    satu lagi barang yang tasha sayang hilang.. semoga barang itu dapat dijumpai secepat mungkin.. sangat sayaangkan barang itu =(



    Nov 12, 2010

    how to improve your life

    Personality:
    1. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
    2. Don't have negative thoughts of things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.
    3. Don't over do; keep your limits.
    4. Don't take yourself so seriously; no one else does.
    5. Don't waste your precious energy on gossip.
    6. Dream more while you are awake.
    7. Envy is a waste of time. You already have all you need.
    8. Forget issues of the past. Don't remind your partner of his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
    9. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
    10. Make peace with your past so it won't spoil the present.
    11. No one is in charge of your happiness except you.
    12. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
    13. Smile and laugh more.
    14. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

    Community:
    1. Call your family often.
    2. Each day give something good to others.
    3. Forgive everyone for everything.
    4. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
    5. Try to make at least three people smile each day.
    6. What other people think of you is none of your business.
    7. Your job will not take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.

    Life:
    1. Put GOD first in anything and everything that you think, say and do.
    2. GOD heals everything.
    3. Do the right things.
    4. However good or bad a situation is, it will change.
    5. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
    6. The best is yet to come.
    7. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.
    8. When you awake alive in the morning, thank GOD for it.
    9. If you know GOD you will always be happy. So, be happy.

    reblog from polariswriter

    Nov 4, 2010

    Katy Perry: Firework

    aya yang suh tasha serach lagu ni. aya kan die hard fan katy perry. honestly katy perry mmg lawa pon. haha, tapi her future husband cam... ntah, xberkenan plak tasha. haha (sape la tasha ni nak berkenan, x berkenan calon suami orang..ngee).

    its a motivational song. biasalah, tasha memang suka lagu2 motivasi nih. cause i am firework!

    Do you ever feel like a plastic bag

    Drifting throught the wind
    Wanting to start again

    Do you ever feel, feel so paper thin
    Like a house of cards
    One blow from caving in

    Do you ever feel already buried deep
    Six feet under scream
    But no one seems to hear a thing

    Do you know that tehre's still a chance for you
    Cause there's a spark in you

    You just gotta ignite the light
    And let it shine
    Just own the night
    Like the Fourth of July

    Cause baby you're a firework
    Come on show 'em what your worth
    Make 'em go "Oh, oh, oh!"
    As you shoot across the sky-y-y

    Baby you're a firework
    Come on let your colors burst
    Make 'em go "Oh, oh, oh!"
    You're gunna leave 'em fallin' down-own-own

    You don't have to feel like a waste of space
    You're original, cannot be replaced
    If you only knew what the future holds
    After a hurricane comes a rainbow

    Maybe you're reason why all the doors are closed
    So you can open one that leads you to the perfect road
    Like a lightning bolt, your heart will blow
    And when it's time, you'll know

    You just gotta ignite the light
    And let it shine
    Just own the night
    Like the Fourth of July

    Cause baby you're a firework
    Come on show 'em what your worth
    Make 'em go "Oh, oh, oh!"
    As you shoot across the sky-y-y

    Baby you're a firework
    Come on slet your colors burst
    Make 'em go "Oh, oh, oh!"
    You're gunna leave 'em fallin' down-own-own

    Boom, boom, boom
    Even brighter than the moon, moon, moon
    It's always been inside of you, you, you
    And now it's time to let it through

    Cause baby you're a firework
    Come on show 'em what your worth
    Make 'em go "Oh, oh, oh!"
    As you shoot across the sky-y-y

    Baby you're a firework
    Come on slet your colors burst
    Make 'em go "Oh, oh, oh!"
    You're gunna leave 'em goin "Oh, oh, oh!"

    Boom, boom, boom
    Even brighter than the moon, moon, moon
    Boom, boom, boom
    Even brighter than the moon, moon, moon

    Nov 2, 2010

    Banana Diet

    nak share diet pisang!

    alkisahnya, tasha memang suka pisang. kalau balik terengganu or mak nak dtg cni, tasha misti request pisang. biasanya untuk digoreng la.

    tapi semenjak 2 menjak ni, lepas makan pil jerawat dr Chin bagi, makin menjadi2 plak sukakan pisang. setiap hari tasha kan breakfast ngan pisang, lunch ngan pisang n dinner ngan pisang, disamping makanan lain la. tp stok pisang dah abes kat uma. so, eringat2 kat pisang...

    maka, tasha pon search internet and terjumpa diet pisang! honestly i never found this. lets share!

    Morning Banana Diet (ni source yg tasha jumpa)

    Eat a banana for breakfast

    • You can eat more than one bananas in the morning
    • Eat only raw, uncooked, unfrozen bananas.
    • If you are still hungry 15 or 30 minutes after your banana, you can eat other food

    Eat normally for lunch and dinner

    • Dinner must be eaten by 8 p.m. at the latest (6 p.m. is better).
    • There are no explicit limits on the types of food you can eat for lunch and dinner, or the amount. But in practice dieters report on Mixi that they try to cut the amount of rice they eat and find substitutions for fried foods. As with many diets, the mere fact you have decided to go on a diet tends to make you more aware of what and how much you are are eating and how healthy it is. The diet avoids strict food rules to prevent a sense of deprivation.
    • However, you should not eat a dessert with dinner or any of your meals
    • At all meals you should eat only until you’re satisfied but not full or stuffed. The Japanese have a proverb, Hara hachibu ni isha irazu, “A stomach eight-tenths full needs no doctor.” American dietitians define this level of fullness or satiety as a 7 on a 1-to-10 “hunger scale,” and they teach their clients to recognize this feeling.

    Drink only water

    • The only beverage allowed at most meals is water, preferably mineral or filtered.
    • The water must be at room temperature, not chilled or hot.
    • The water should be drunk in small sips and not used to wash down food.
    • There is no quota of water to drink, and you should not drink it in excess.

    Eat your food mindfully

    • Chew your banana and other food thorouoghly and be mindful of its taste.

    You may eat an afternoon snack

    • A sweet snack of chocolate, cookies, or the like is allowed at about 3 p.m.
    • Ice cream, a donut, or potato chips are not recommended.
    • Some substitute fresh fruit for their snack, but if you want sweets you should not deny yourself.
    • Some Japanese who like salty snacks eat salted konbu (seaweed) snacks and some Japanese who are very hungry in the afternoon substitute a filling, fist-sized rice ball for sweets.
    • A good alternative if a salty or more filling snack is needed is popcorn according to Morning Banana forum members, but watch out for excessive fat content.
    • If you are hungry after dinner, you may have a second snack of fresh fruit, but this should not be a habit.

    Early to bed

    • Go to bed by midnight. If you can manage to go to bed earlier, all the better.
    • Try to aim for a four-hour period between your last meal or snack and bedtime (which is why 8:00 p.m. is the latest you should eat dinner).

    Exercise only if you want to

    • Put no pressure on yourself to exercise.
    • If you want to exercise, go ahead: the test is to do what puts the least stress on you.
    • But try to get some walking in every day if possible (but again, don’t force yourself if it stresses you out).
    hmm, menarik bukan? no wonder la, tasha rasa berat tasha makin menurun lately..haha. menurut penulis ni, berat dia berkurang 3kg dlm 1 bulan! wow. and sebenarnya tasha percaya sebab i can see the difference in my weight too. tp after all, consistency is important. kalau xjaga makan, mmg susah nk diet. alhamdulillah. finally i found something that i like and most important is it can helps me reduce my weight. hopefully!

    nk g pasar malam nanti,
    beli pisang and popia basah ss ali

    Oct 27, 2010

    i can make it thru the rain

    saya tau saya manja.

    tapi, kalau saya taktau sesuatu, boleh tak tolong ajar? jangan la kutuk2, w/o any suggestions.ok, saya hargai kutukan itu. but at the same time, boleh tak bagi cadangan untuk keluar dari masalah itu. susah betul!

    ok, comments are very important in doing research. sebab kita nak tau pandangan dari banyak pihak. mungkin dia fikir saya tak tetap pendirian. bukan. saya masih belajar. saya mahukan pandangan semua orang. saya masih tidak tahu yang mana terbaik untuk saya sebab itu i seek advices from various people. she cannot simply assumed, saya hanya bergantung padanya... and im useless! come on la, although im young, its not a problem.

    now, im a step further to let myself being heard, stand on my feet, arguing n not to let others manipulate me. keras tasha, keras!!!

    ok, itu menunjukkan tasha dah besar. tak nangis2 dah bila kena marah. tetapi, anggap itu cabaran for me to defense myself. PhD is a maturing journey. bersedialah abg janggut, maybe after this i'll be more matured than u.. hehe, ye ke? tp pas abg janggut wat PhD, abg janggut jadi more matured than me balik la kot... hehe.

    its about liaising with people, its about dealing with different types of person. bukan semua orang suka kita buat sesuatu... typical malays, iri hati tetap ada. so do i. haha. so, beware. bukan nak cakap semua malay camtu, tapi tak dinafikan masih ade % yang begitu. nampak cam menyokong tapi dlm hati 'arap2 la dak ni tak abes phd dia... dia ingat phd senang ke... give up la tasha.. u cannot make it... etc3x'

    so, prove to the world that u can make it thru the rain (cam lagu mariah carey la plak..emm).

    there're tons of people outthere that can help me, if u dont. insyaAllah, i will make it. doa ramai2....
    Image
    tasha will get her PhD in less than 4 years
    amin

    Jul 23, 2010

    semoga...

    ...sambil menikmati ice-cream dan menyiapkan write up chapter 2, saya terbaca ini dan ingin berkongsi~

    Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Tirmizi, Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Ali r.a.,
    'Wahai Ali, jangan dilengahkan tiga perkara! Solat apabila telah sampai waktunya, jenazah apabila hadirnya, wanita bujang apabila telah ditemui kufunya.'
    • Solat ialah tiang agama. Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Kepala segala urusan adalah Islam, tiangnya solat dan puncaknya adalah jihad.” Imam Tirmizi, daripada Ummu Farwah bahawa beliau telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., “Apakah amal yang paling utama.?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Solat pada awal waktunya.
    • Begitu juga di dalam hal menguruskan jenazah. Di dalam sebuah hadith riwayat Abu Hurairah, Rasullullah s.a.w. telah bersabda “Bersegerakanlah menguburkan janazah. Apabila jenazah itu baik, kamu lekas mendekatkannya dengan kebaikkan. Sedang jikalau ia jahat kamu sedang meletakkan sesuatu yang jahat di atas belakangmu.
    • Di dalam hal perkahwinan, Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan kepada golongan lelaki,
    Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah ia berkahwin, Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan pandangannya, menjaga kemaluannya (kehormatannya). Dan sesiapa yang tidak mampu hendaklah ia berpuasa, kerana puasa itu ibarat pengembiri baginya (dapat menundukkan nafsu).”
    • Bagi golongan wanita, Rasullullah s.a.w. pernah menyatakan kepada para sahabat,
    Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.

    Lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Walaupun jika ada padanya?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali. Walaupun jika ada padanya, bermaksud jika ada sesuatu yang tidak disukai pada diri lelaki tersebut, seperti kemiskinan, tidak masyhur dan sebagainya.
    jodoh itu sesuatu yang misteri. kita tak akan tahu bagaimana Allah akan temukan kita dengan jodoh kita. kita hanya mampu berdoa, agar Allah kurniakan yang terbaik buat kita, yang akan mendekatkan kita kepada-NYA. tiada siapa inginkan kesengsaraan, kemusnahan. semuanya inginkan kebahagiaan. tapi siapa kita untuk menentukan apa yang bakal terjadi pada masa hadapan. kita hanya mampu berhati-hati. hanya DIA yang menentukan mana yang terbaik buat kita.

    maka, selepas keputusan dibuat, berdoalah agar ini adalah keputusan terbaik. yakinlah dengan diri, bertawakkallah kepada Allah kerana hanya DIA yang tahu apa bakal terjadi di masa depan dan redhalah dengan ketentuanNya. kerana kita hamba dan kita pasti akan diuji, dengan nikmat kesenangan mahupun nikmat kesusahan. Moga kita tak tergolong dalam golongan yang rugi.

    mohonlah redhaNYA, tetapkanlah keyakinan diri, pohonlah restu. semoga yang terbaik untuk duniaku serta akhiratku... kerana dunia ini sementara....

    Jul 21, 2010

    doa


    oh Allah
    grant us your love
    and love of the one who loves you
    and the love of good deeds
    that make us closer to your love

    amen

    Jul 20, 2010

    DOA - semasa duduk antara dua sujud

    Dalam tidak sedar, kita berdoa setiap hari di dalam solat kita.

    tapi ia sekadar di bibir, bukan di hati. marilah kita hayati bait2 doa duduk antara 2 sujud ini.

    Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
    Warhamni (sayangi aku)
    Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
    Warfa'nii (angkatlah darjatku)
    Warzuqnii (berilah aku rezeki)
    Wahdinii (berilah aku petunjuk)
    Wa'Aafinii (sihatkan aku)
    Wa'fuannii (maafkan aku)

    Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

    Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu.

    moga Allah makbulkan doa2 ini dan menerima solat kita. amin~

    Jun 29, 2010

    lukisan alam

    hidup tidak selalunya indah
    langit tak selalu cerah


    usah mengharap kesenangan
    dalam perjuangan penuh pengorbanan
    setitis derita melanda
    segunung kurniaanya

    suburkanlah sifat sabar
    di dalam jiwamu itu....

    May 22, 2010

    Ku Ada Kamu

    Di kala ku kehilangan
    Di dalam kegelapan
    Kau suluhkan sinar petunjuk
    Di kala ku kesedihan
    Kau ukirkan senyuman

    Dengan penuh sabar memujuk
    Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
    Seandainya hari esok runtuhnya langit dijunjung
    Tabahlah menjunjung bersamaku
    Seandainya hari esok dunia dilanda gelora
    Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

    Di kala aku tak pasti
    Kau tampil dengan berani
    Membimbing agar lebih yakin
    Dan bila hidup penuh soalan
    Kau berikan jawapan
    Melengkap semua kekurangan

    Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
    Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu



    tersenyumlah kerana ada seseorang menyayangi mu

    Apr 4, 2010

    jadilah katak yang pekak


    cerita ni tasha dapat dari kawan tasha, cerita yag sangat memotivasikan tasha. sebab tasha memang seperti katak2 kecil di bwah, yg tak cacat pendengarannya. tp kawan tasha bg lam bentuk power point. since ni dah jumpa lm bentuk karangan dari mieys, tasha copy, edit n paste lam blog tasha... siesly, this story motivates me a lot!

    Imagesource: www.liapela.com/images/Frog_Bank.jpg

    jadilah katak yang pekak
    sekumpulan katak kecil membuat persiapan untuk suatu pertandingan mendaki. Matlamat mereka, sampai ke puncak satu bukit yang tinggi dan curam.
    pendakian pun bermula … tiada seekor haiwan hutan pun yang percaya mana-mana katak kecil itu akan berjaya. Sepanjang pertandingan, kedengaran suara-suara seperti:
    "Oh, Ianya terlalu sukar!"
    "Tak ada faedah pun sebab tak ada yang akan berjaya!"
    "Tak ada seekor pun yang akan berjaya. Bukit itu terlalu curam dan tinggi!"
    satu persatu katak kecil yang bertanding jatuh ke bawah. semakin tinggi mereka daki, semakin kuat laungan hadirin
    "Kamu tak akan berjaya. Henti sahajalah. Bukit terlalu tinggi dan curam!"
    Semakin kuat laungan hadirin, semakin banyak katak kecil yang berhenti dan jatuh.
    Sehinggalah akhirnya, hanya tinggal seekor sahaja yang terus mendaki dan sampai juga ke puncak bukit itu. dan sebenarnya, pemenang itu seekor katak yang cacat pendengarannya.

    kesimpulan:
    • Jangan sesekali mendengar rentetan dan teguran negatif orang pada rancangan kita kerana ianya bertujuan melunturkan semangat dan juga impian kita.
    • Apa sahaja yang kita dengar dan baca boleh mempengaruhi tindakan kita nanti!
    • Selalu berfikiran positif, dan, pekakkan telinga bila orang kata kita tak boleh mencapai impian kita!
    • Seberpengalaman mana pun seseorang itu, bukan dia menentukan kejayaan atau kegagalan kita.
    • Hanya Allah yang tau, kita mampu atau tidak. Bak kata2 di bawah,
    bukan hanya satu jalan menuju ke puncak
    - Prof Emeritus Tan Sri Dr Awang Had Salleh

    Feb 2, 2010

    handling critics

    i am not very good in handling critics. here i post something that can be used as a guide for me to handle critics, as nowadays, i always face critics!

    from jutawan internet yg muda, Mr Irfan Khairi:

    Sememangnya semua yang ingin kejayaan dan mengejar kejayaan tidak akan lari daripada dikritik- SEMUANYA! Termasuk diri saya sendiri - mr irfan

    tips menghadapi kritikan, jgn melenting, membalas atau menjatuhkan motivasi dan semangat kita!   

    Adakah yang mengritik berpengalaman?

    Contoh, sekiranya keluarga anda mengkritik anda memulakan perniagaan, tanya pada diri sendiri.   Adakah keluarga anda berpengalaman untuk mengkritik dalam bidang ini? Adakah mereka menjalankan perniagaan yang berjaya? Sering kali keluarga yang mengkritik sekiranya anda ingin memulakan perniagaan adalah mereka tidak pernah memulakan perniagaan.
    Oleh itu, kritikan mereka tidak harus menjatuhkan semangat anda. Dalam erti kata lain, mereka tidak berpengalaman memberi kritikan dalam bidang ini.  
     
    Apakah niat kritikan tersebut
     
    Sekiranya anda sedang sibuk mengejar kejayaan, dan seseorang (yang anda tidak kenali) menghantar email mengkritik anda, tanya pada diri sendiri adakah mereka berpengalaman dan berkelulusan memberi kritikan dan apakah niat mereka?   Selalunya, yang menghantar email, anda tidak akan mengetahui qualification mereka, oleh itu, di situ sahaja anda boleh ambil keputusan untuk mengabaikan kritikan tersebut. Sekiranya kritikan adalah melulu dan negatif, mungkin niat mereka hendak menjatuhkan semangat anda supaya anda berhenti daripada berusaha- sering terjadi apabila sesetengah pihak iri hati dengan kejayaan anda. Jadi, usah di layan.
     
    Cari permata di dalam kritikan 
      Dalam apa sahaja kritikan, terdapat permata yang boleh memotivasikan anda. Sekiranya kritikan adalah seperti contoh (1) di atas, maka, gunakan kritikan tersebut untuk anda pelajari lebih mendalam tentang perniagaan supaya anda dapat menjadi hebat dalam perniagaan dan buktikan pada keluarga bahawa memulakan perniagaan adalah pilihan anda yang tepat!   Sekiranya seperti contoh (2) di atas, gunakannya sebagai satu pembakar semangat anda atau “survival instict” di mana ia akan memotivasikan anda lebih  banyak lagi. Ingat, sekiranya anda di kritik, menunjukkan anda sedang keluar dari kepompong kesederhanaan! 

      after all, kritikan manusia memang tak boleh dikawal. maka, maafkan lah saja siapa yg mengkritik itu. maaf akan menghilangkan rasa marah. seterusnya, tingkatkan usaha untuk mencapai cita2 kite.  

      take note tasha. be positive, cari permata dalam kritikan and maafkan mereka.

      Jan 24, 2010

      plan ur money

      it's 12.08am now.
      amazing eh i didnt sleep yet. hehe... i was well known among my close friends as Cinderella because i have to sleep before 12, by hook or by crook. or else... i will look like a zombie yg dipaksa2.. hehe.

      tapi tak tau la kenapa terasa terpanggil-panggil plak nak jot down something on my blog. maybe selepas peristiwa hari ni.. hehe.

      alkisahnya, yesterday, i only have rm50 not in my purse. syiling2 tu ignore la kan? then pas beli breakfast etc.. tinggalla dalam rm40 something. pastu hari ni, before ke seminar di uitm dihatiku, tasha beli breakfast. sampai kat lecture hall, tasha beli buku drpd Dr Parmjit. it cost rm34. then i went tu seksyen 2 to fotokopi notes which cost me around rm5. balik je, sebab dah lapar sangat tasha pun singgah kedai tuk beli lunch. i check my purse ade rm6 je? so, tasha pun beli rojak mamak that is rm3.50. pastu teringat nak beli roti la plak.... so tasha pun beli la roti gardenia, rm3. end up, no money left in my purse! haha~

      so, based on the introduction that ive written above... leh teka x pe yg tasha nk ngomel2 kat sini?

      ye..ye.. tepat sekali kepada yg tepat. yang tak tepat leh cuba ag lenx..hehe (ni sindrom tak tdo ag di tgh2 mlm...maaf)

      tasha nk cite sal 2 tabung yang perlu kita ade. tasha dengar sal tabung ni pun dalam " Wanita Hari Ini ". tabung2 itu adalah
      • Tabung Impian
      • Tabung Masa Depan
      memang la bila dah besar2 ni leh kira ngan jari la sape ade tabung kat uma. tabung kat sini analogi je. tak semestinya tabung piggy bank tu. ia berkait rapat ngan financial planning. yang ni memang mak tasha dah tekankan kat tasha dari kecik2 dolu2 ag. simpan duit! bukak akaun ASB. duit dalam tabung haji tak leh kuarkan. strictly allocate % of ur monthly income 4 savings. beli umah dari sekarang, as property investment... n mcm2 ag la pesanan mak.

      Tabung Impian?
      so, apakah impian anda? please allocate some of ur savings into this. setiap orang ade impian kan? cam nk wat backpacking around Europe ke(cam title lagu Yuna je..hehe), nak gi wat Haji ke, nak kawen grand2 kat hotel 5stars ke, nak beli kereta idaman ke... nak bina uma yg super cantik cam dalam Full House tu ke.. wah2... impian, boleh la nak letak ape2 pon. but make sure it is realistic and can be achieveable k?

      Tabung Masa Depan?
      sebab tu ade nye skim insurans. ceewah, ni dah masuk area tasha ni. buying insurance provides u financial protection for ur future, it can be for u and also for ur loves one kan? kite kne pandang jauh ke depan tentang hidup kita nanti. how good our lives would be? how bad our lives can be? hidup ni kan seperti roda.

      so, ni je la nak share. make sure u plan ur financial properly. bukan ape, tasha rasa sedeyh sket sbb tasha kuarkan duet dr atm td. kalau boleh xmo la asyik kuarkan duet... dah kuar duet mula la beli macam2. dasar shopaholic. gtu la...


      Image
      akhir kata:
      FINANCIAL PLANNING IS VERY IMPORTANT!

      nite all~ zzz...