Showing posts with label Hobby. Show all posts
Showing posts with label Hobby. Show all posts

Friday, June 28, 2013

seminggu satu e-book

sekarang tengah belajar somthine new. apa? tunggu dulu lah. macam malas nak citer lagi. sebab belum tentu berjaya lagi. insyaAllah kalau berjaya saya akan kongsi di sini. nak mulakan langkah macam takut2. jadi decide untuk baca2 dulu apa yang patut. insyaAllah probability untuk tersilap langkah akan kurang. hopefully.

pss!... bersiaran dari libUM, hajat di hati nak study tapi sampai sekarang belum sentuh pape pun lagi...acaner tu =P

Monday, April 23, 2012

koleksi saya

saya ni masak tak pandai. tapi sejak kaweeeeeeeeen saya sudah berjinak dalam dunia yang entah pape ni. Iaitu berimpian mengumpul cookware berjenama. huahuahuahua! ia macam hobi tapi hobi banyak guna duit. lama2 boleh sengkek. walaubagaimanapun sebab saya da minat & sukeeee saya akan berusaha untuk dapat kannya jugak. 

Image

Ini adalah koleksi saya tahun lepas hasil bermain kutu. kalau ikutkan memang sayang nak guna. tapi sebab dah ada guna je lah kan. tak nak simpan jew. 

plus tahun ni saya da mempunyai keahlian vantage. kalau korang berminat nak jadi ahli boleh terus ke cawangan nya kat PJ. Gigih saya pergi showroomnya dan sangat teruja. Kalau nak pergi kena bawak duit banyak2 sebab rambang mata =) saya tak beli pun sebab bajet takde. tapi saya dapat mug birthday PERCUMA sebab daftar keahlian pada bulan birthday saya. kalau ada masa saya tempek kat sini pulak gambar mug. Masih kat dalam almari. Sayang nak guna. 

Tapi banding ngan vantage ramai orang suka corelle. mungkin sebab vantage buatan Malaysia. Manakala corelle pulak from overseas. adakah buatan Malaysia is not that good? =P

Yeah! tahun ni saya buat kutu corelle pulak sebab mengidam set pinggan ini. (gambar dari google).

Image

Sape berminat masih ada peluang lagi sehingga 30hb April ni. rm100 x 5 bulan termasuk postage dan penghantaran. 

Image

Monday, February 6, 2012

Jahit baju sampai lebam

Saya suka jugak lah menjahit tapi takde lah expert setakat jahit bunga boleh lah. Nak jahit baju tak pandai. Alkisahnya hantar kat tukang jahit kat kelate sebab murah + da biasa jahit kat situ. Da lama hantar tapi tak siap2,. Ni pun lepas da pergi banyak kali nak amik baru siap. Sebab lambat sangat siap so tak sempat nak jahit bunga. Baju ni plain je so macam tak meriah sangat kalau takde bunga. Saya ni hantu bunga. Pergi sungai besi nak cari bunga tampal kat baju. boleh ke kat satu kedai tu siap cakap lagi "saya tak pernah dengar lagi tak ade orang tampal bunga kat baju" waht the... Nama je ko jual kat kedai bunga tapi bunga tampal kat baju pun ko tak tahu. Last2 g satu kedai tu, minah indon yang entertain, tahu pulak minah tu mana satu bunga yang lekat kat baju yang mana. Macam nak g tunjuk je kat kedai satu lagi apa yang aku maksudkan tapi malas lah pulak nak pergi. So, balik2 terus memulakan sesi jahit menjahit ni.

Baju before tampal bunga, plain je kan?

Image
Ni after da tampal bunga

Image
close up sket

Image
close up lagi dekat =P
Ini lah bunga yang dimaksudkan.
Okelah kan daripada takde.

Image
Ini baju dhiya amani, yang ni lupa plak nak
amik gambar before bubuh bunga.

Image
close up sket

Image
Ini pulak breakfast dhiya pagi semalam.
Ini adalah bahan2 nye

Image
Taraaa, da siap. Sedia untuk dimakan.
Dhiya makan agak banyak.

Image
Petang semalam ke kenduri Ain my classmate masa kat UTP kat presint 3 putrajaya. Rupa2nya kat situ presint 3 ingatkan presint 2 lagi, The exact place is in front of mahkamah kehakiman putrajaya tu.

Gambar2 di bawah adalah gambar dhiya masa on da way pergi. Papa benti kat kedai kejap.

Image
Image
Image
Image
Dah sampai, papa makan dengan sangat selera.
Makanan dia boleh tahan sedap.

Image
Mama and dhiya. Mama tengah tunggu turn nak makan.

Image
Gambar pelamin dari jauh, gambar ngan pengantin tak sempat nak snap sebab camera tertinggal dalam kete masa duk snap2 gambar dhiya. Last2 terpaksa amik gamba guna phone aje.

Image
Reaksi dhiya yang macam2.

Image
Image
Image
Kitorang pergi sekejap je. Pas makan2 terus balik.

Thursday, December 29, 2011

day 19 - hobi anda

hobi tegar sekarang adalah online, kalau tak online macam tak best je rase. walaupun online tak semestinya update blog sebab kadang2 takde idea. Fb jugak selalu bukak, tapi kalau tak de mood bukak je tak komen pape. Kalau ade mood komen tak berhenti2. Huhuhu!!

Hobi kedua adalah berjalan2. Macam masa berjalan2 je sebenarnya masa beinteraksi ngan suami. Kalau kat umah sorang tengok TV, sorang main komputer. Pelik? Entah, macam terbiasa pulak. Walhalnya TV dan komputer berada di tempat yang sama,. Kalau dalam kereta of cos duk sebelah2...then, di situlah kot komunikasi berkesan berlaku =P

Hobi ketiga berlaku selepas kawen. Kumpul pinggan mangkuk. Sekarang baru ada satu dua jenis je. Yang mahal slow2 beli, yang murah2 boleh terus beli, entahlah lepas kawen rasa suka beli barang2 dapur ni. Paling obvious tupperware. Sebab tak mahal sangat. Kat tempat keje lama boleh katakan setiap bulan beli tupperware. Sekarang macam takde geng pulak nak terliur2 beli. Hahaha!!

Itu saja hobi yang mampu difikir untuk masa sekarang. That's all for today =)

Tuesday, February 3, 2009

Stairway to heaven

Tak tahu lah aku ketinggalan ke tak tengok citer ni. Yang pastinya hari ni sehari suntuk aku tengok citer ni tapi sampai sekarang tak abes2 lagi.

Lesson learn, "you have to love the person that loved you, not the person you loved". I know it hurt to forget someone that we loved. But, can you live with the person that do not love you. Because you cannot force someone to love you. If you still force them to love you, they may only give her/his attention to you but deeply inside they are thinking of someone else.

Instead you can learn how to give your love to someone that love you =)

Wish u all happy alwayzz

Thursday, November 20, 2008

Ayat-ayat cinta

Image

Ayat-ayat cinta. Best sangat cerita ni!!

Sunday, September 7, 2008

Biskut raya...

Hari ni baru 6 Ramadhan, tapi dekat k5 dah ramai orang jual biskut and kek raya. Aku mungkin tahun ni buat sendiri kot biskut raya. Yuhuuu!! BUkan nya sebab pandai ke apa, tapi satu kepuasan kalau buat sendiri. Biasa nya aku tak ikut sangat resepi. Main letak je. Cuma kena ada bacis untuk buat. Biasanya biskut raya yang aku buat lebih kurang sama setiap tahun.

Biskut kacang sebab ummi aku suka
Biskut arab sebab bak aku suka
Akulak suka biskut coklat
Lagi aku suka buat biskut semperit sebab senang, tekan je. Yang lain susah sket.

Tu yang wajib, yang lain aku men hemtam je. Waaa,, tapi memang best la dapat buat sendiri. Tahun lepas aku tak buat sebabnya cuti da dekat nak raya. So, ummi aku decide nak beli jer. Unfortunately, biskut yang ummi aku beli tu tak bape sedap. Harga leh tahan la. 50biji dalam rm20. Kalau buat sendiri ni, tak sedap sikit pun takpekan sebab kita yang buat sendiri. Lagipun untuk dapatkan 6 atau 7 jenis kuih hanya dengan rm50 je. Hehehe, economy gler aku. Tapi tular hakikat dia. Mungkin biskut ni mahal sebab amik masa kot nak buat satu2. Kalau home made la. Kalau kat kilang aku tak tahu.

Tapi aku ada aim satu kek coklat kat k5 tu, sebiji rm15. Ok lar, sebabnya aku tak suka buat kek. Pengalaman lepas2 aku buat kek asyik tak menjadi jerk. Last2, aku da surrender tak nak buat da. Bahagian kek aku serah kat ummi aku.

ImageNi gambar kek kat k5 tu. Aku da temppah dah. ErM,,, bestnye

Waaa..tak sabanya nak tunggu 25 @ 26 hb =P

Wednesday, September 3, 2008

My collection 2


Gambar yang ni tak lawa sangat
Tak brape pandai nak amik

Image
Arctictis binturong
Cynogale bennettii

Image
Yang ni nama dia tak brape nampak =)

Image
Pelayaran Mengelilingi Dunia Secara Solo

Image
Ekspedisi Gunung Everest
Ekspedisi Berpayung Terjun di Artik

Image
Piala Thomas-Uber KL 2000

Image
Permainan Tradisional Kanak-kanak
  1. Tarik Upih
  2. Ting-ting
  3. ___ Basikal
  4. Guli
  5. Layang-layang

Image
Bunga2

Image
Buah-buahan tempatan
  1. Binjai
  2. Salak
  3. Cerapu
  4. Jambu

My collection



Image
Sejarah
  1. Vas Tembikar (New stone age)
  2. Tapak Penghentak Pintu (800AD)
  3. Genting Penutup Cucur Atap (100BC)

Image
Seniman Agung P. Ramlee

Image
Petronas Twin Towers

Image
Buah-buahan tempatan
  1. Belimbing Besi
  2. Manggis
  3. Rambutan
  4. Nanas
Image
Buah-buahan tempatan
  1. Asam Gelugor
  2. Pulasan

Image
Sukom '98

ImageYes to life, no to drugs

Image
World Cup Golf

Image
Malaysian Grand Prix 1999 Sepang

Image
The Silver Jubilee of KYDMM Sultan Pahang

Image
Burung
  1. Burung _____ Telinga Perak
  2. Burung Sepah Puteri Hitam
  3. Kuang Raya
  4. Lang Merah
  5. Ayam Pakiak
  6. Lang Berjambul

Image
Binatang
  1. Panthera Pardus
  2. Dicerorhinus sumatrensis

Image
Mawar (Rosa hybrida)

Monday, August 25, 2008

Photoshop

ImageNi gambar time pergi Cherating masa intern hari tu. Tapi ni bukan nak citer pasal Cherating tapi nak citer pasal edit mengedit. Gambar ni telah berjaya saya edit guna photoshop. Sukenya. Ni basic je. Yang len, lenkali baru nak belajar.

Image
Ni pulak gambar time pergi Cameron. Kalau tak silap 01/05/07 =)