jangan biar hati derita menahan bicara yang tidak mampu untuk dilafazkan...
© Hakcipta adalah terpelihara.
Showing posts with label feeling. Show all posts
Showing posts with label feeling. Show all posts
Friday, June 12, 2015
Thursday, June 11, 2015
Lagu Tanpa Irama
"Hidup tanpa cinta?"
Bagai air tanpa gula
Bak rembulan tanpa kejora
Ibarat pohon tanpa bunga
Umpama dunia tanpa warna
Laksana mentari tanpa cahaya
Seperti aku tanpa Sonata
"Tawar rasanya."
~Nurfatimahz Puteri~
#AkuDiaDanSonata #SonataItuCinta
#11.06.2015
Saturday, November 01, 2014
tukar mood blog
Hehe! Ingat orang je ke ada mood?
Blog pun ada mood.
Mood kuning ni sejak 2011 kot
Sekarang dah 2014..
Huu! Memang lama
Terkial-kial jugak nak tukar tadi
(Punyalah lama xgodek2 blog)
Tadaa!!
Sekarang mood dalam hati ada taman
Kikikiki
Kbai.
Blog pun ada mood.
Mood kuning ni sejak 2011 kot
Sekarang dah 2014..
Huu! Memang lama
Terkial-kial jugak nak tukar tadi
(Punyalah lama xgodek2 blog)
Tadaa!!
Sekarang mood dalam hati ada taman
Kikikiki
Kbai.
Saturday, June 01, 2013
cintakah ini
Cintakah ini
Yang membuat aku rasa derita
Cintakah ini
Yang membuat ku tertanta-tanya
Cintakah ini
Yang buatku mengalirkan air mata
Cintakah ini?
Yang membuat aku rasa derita
Cintakah ini
Yang membuat ku tertanta-tanya
Cintakah ini
Yang buatku mengalirkan air mata
Cintakah ini?
Thursday, February 02, 2012
i'm back!
Hehehe..
Penat! Tadi majlis perasmian penutup Minggu Pengurusan Pelajar Baru IPSAH habis lebih kurang pukul 2.00 petang.. Pukul 3.00 sampai umah, then tido.. kekekeke.. Kul 6.00 baru tersedar! Huahaha
Adeh.. sekali masih 'gelak jahat'. Cemane nak jadi che'gu neyh?
Huuu..
Minggu depan sambung lagi.. Minggu seterusnya posting ke sekolah, sekolah mana belum diberitahu. Macam kelakar pula. Tak belajar banyak, kemudian ke sekolah untuk mengajar. Haisyyh! Patutnya 'diorang' buatla kelas dulu, at least dua bulan, ajar kami apa yang perlu/bagaimana untuk mengajar dsb. Ni nanti bulan lima baru kami ada kelas. Hurmmm... .

Nota kaki:
Me masih tak minat jadi che'gu. Walaupun me ada pengalaman menjadi che'gu, namun chenta terhadap profesyen perguruan masih belum berputik dihati ini.
Me masih tak minat jadi che'gu. Walaupun me ada pengalaman menjadi che'gu, namun chenta terhadap profesyen perguruan masih belum berputik dihati ini.
Out of topic:
Seperti ada sesuatu yang aku kehilangan.. .
Sunday, July 17, 2011
klia oh klia
Khamis lepas, saya bersama teman Nik Syafawati ke sekolah lama kami, Maktab Mahmud Kuala Muda. Ada program Tamrin Maahadi di sana, lebih kurang motivasi.. kami jadi fasilitator... Tiga hari dua malam....
Internet di rumah pula suda kena potong... huuu... sekarang kat CC... Kebetulan.. sekejap lagi kerja.
Kerja..?
Eh...???
Hehe.. sekarang saya kerja sambilan, masih di kawasan Sungai Petani.. guru qiraati.. Huu... sebelum ni pernah mengajar anak lecturer.. Sekarang.. uhh.... ni je kot bakat yang ada? hu.hu....
Jmaat lepas saya dapat panggilan dari USIM. Sebelum ini saya ada beri nama saya dan kawan-kawan untuk jawatan ambassador di KLIA. Alhamdulillah.. yang menelefon tu cakap, saya dan kawan-kawan dapat ke sana..
Wiiiii... bestnya!! Dapat jumpa kawan-kawan. Dan dapat kerja yang macam best.. Lek praktik Arab dan Inggeris (sebab kene cakap dengan pelancong.. ala-ala duta kecil gitu..).
Tapi sayang...
Mak tak bagi pergi..
Walaupun pada mulanya dia mengizinkan..
Ini semua kerana hasutan dari seseorang........................
Yang menabu fitnah, kononnya pekerjaan ini bercampur lelaki dan perempuan.. Tempat rehat bercampur antara lelaki dan peremnpuan...
Bila saya tanya abang ipar saya yang pernah bekerja di sana.. Katanya semua tu tak betul. Malah dia menggalakkan saya pergi. Katanya KLIA tu besar.. surau lelaki dan perempuan asing.. KLIA bukannya macam stor nak campur, atau kecil tempatnya.
Tapi sayang,..
Emak sudah termakan kata-kata fitnah itu..
Dan saya...
sangat-sangat sedih,.
Oh aku mahu menangis. Siapa sudi mendengar luahan hati ini...???

Friday, June 17, 2011
ketika..
Ketika harapan ingin berbunga
Ketika ada sinar yang ingin menjengah
Ketika jendela ingin terbuka
Ketika itu racun dibaja
Ketika itu kabus menghalang
Ketika itu ada angin membuat ia terkatup.. sendiri
Ketika ada sinar yang ingin menjengah
Ketika jendela ingin terbuka
Ketika itu racun dibaja
Ketika itu kabus menghalang
Ketika itu ada angin membuat ia terkatup.. sendiri
..............................
......................
HEP.
Kalau ada yang masih ingat Halal Executive Program..
Saya tak dapat sertai, permohonan saya tertolak.
Hampir dua minggu, ada kawan (lelaki) yang join benda ni msg saya.
Dia meminta saya untuk cuba apply HEP lagi sekali.
Dia beri saya contact person. Bukan dari USIM, tapi HDC
sebab HDC yang handle.
Kontek punya kontek..
Pihak HDC cakap diorang tak terima.
(seperti yang diduga)
Sebenarnya tak sedih sangat ditolak sebab sebelum ni pun kan diorang tolak. Tapi rasa sedih sebab kawan2 (perempuan) takde pun nak tanya khabar ke, ape ke, suruh mintak rayuan nak masuk ke..
Walhal kite yang tolong registerkan nama diorang untuk join benda ni.
Tiba-tiba ter-EMO.
Friday, May 27, 2011
sudah menjadi adat
Bukan nak bercerita tentang adat resam, atau adat budaya.. Akan tetapi adat dalam kehidupan kita.
Adat pertandingan = kalah, menang
Adat persahabatan = bertemu, berpisah
dan ...
Adat interview = diterima, ditolak
Apakah maksud yang tersirat?
Tak lain tak bukan bercakap mengenai Interview baru-baru ini...
Nampak gayanya..
Tak dapat la berangan-angan nak jadi Halal Executive (he.he.he)
Sebab tak berjaya masuk program untuk menjadi seorang H.E..
..............
............
Tidak diterima, namun sekiranya yang diterima menolak tawaran, pihak penganjur akan memilih untuk menggantikan tempat yang kosong..
Harapan tipis.. Ramai yang tertolak sebab permohonan terlalu banyak. Ui.. pesaing3...
Jadi da set perkara lain...
Tak mo keroje lagi..
Sambung belajar.. mek master.. ok tak?
hi.hi.hi
(frust ngan interview konon2)

Monday, March 28, 2011
gift: a trip to langkawi
Pertandingan Sua Kasih.. Hadiahnya separuh sahaja sudah tiba. Hadiah berikutnya adalah percutian ke Langkawi. Dulu dia suruh saya pilih tarikh dalam bulan dua. Bila dah pilih, dia cakap free bulan tiga sahaja.
Lepas tu sekarang, dia cakap lagi (itu pun selepas saya bertanya, yelah..bila nak boleh gi Langkawi ni...) tarikh yang free hujung bulan empat, sabtu-ahad-dan isnin. Isq.,.haru sunggoh.
Lepas tu jugak, memikirkan bahawa hadiah percutian tu hanyalah penginapan semata-mata, tidak termasuk pengangkutan, apa lagi makan-makan dan sebagainya.. Akhirnya saya memutuskan untuk menolak hadiah tersebut; tidak ke Langkawi.
Saya tukarkan hadiah saya dengan hamper keluaran Ana Edar -->> biasanya produk HPA.
Keputusan ni akan membawa penyesalankah?
Harap-harap tidaklah.
=)
Yang ni pulak bila nak dapat yer agak-agak pihak penganjur?

Tuesday, January 18, 2011
aku hairan
Aku hairan
ada institusi yang inginkan
warganya menjaga nama baik mereka
tapi kebajikan dan nama baik warga
ada institusi menjaganya?
Aku hairan
ada institusi yang adakan aktiviti
untuk membantu orang luar, anak yatim
tapi warga sendiri, bukan sahaja di-anak-tirik-an
malah di-anak-yatim-piatu-kan
Aku hairan
institusi ingin membuktikan kuasa
namun warga tersiksa
apa yang mereka inginkan?
dihormati? disanjungi?
atau ditakuti warga sendiri?
-Nurfatimahz AKA Puteri-
18/01/2011 @ 09.49 am

Tuesday, December 21, 2010
terkunci di dalam hati
aku tidak bersuara
bukan bermakna aku tidak sakit
aku tidak bersuara
bukan bermakna aku tidak susah
aku tidak bersuara
bukan bermakna aku bersalah
aku tidak bersuara
bukan bermakna aku tiada hujjah
aku tidak bersuara
bukan bermakna aku tiada suara
aku tidak bersuara
bukan bermakna aku tak pandai bercakap
aku tidak bersuara
bukan bermakna aku bisu
aku tidak bersuara
aku memendam semua rasa
aku menanggung seorang diri
aku merahsia segala-galanya
ku kunci di dalam hati
tak ku tagih simpati
tak ku pinta belas ihsan
hanya merakam luahan hati
yang tak mampu didengari
cukuplah ianya di sini..
~nurfatimahz AKA puteri~
bukan bermakna aku tidak sakit
aku tidak bersuara
bukan bermakna aku tidak susah
aku tidak bersuara
bukan bermakna aku bersalah
aku tidak bersuara
bukan bermakna aku tiada hujjah
aku tidak bersuara
bukan bermakna aku tiada suara
aku tidak bersuara
bukan bermakna aku tak pandai bercakap
aku tidak bersuara
bukan bermakna aku bisu
aku tidak bersuara
aku memendam semua rasa
aku menanggung seorang diri
aku merahsia segala-galanya
ku kunci di dalam hati
tak ku tagih simpati
tak ku pinta belas ihsan
hanya merakam luahan hati
yang tak mampu didengari
cukuplah ianya di sini..
~nurfatimahz AKA puteri~
Wednesday, December 15, 2010
ku berserah pada-Mu
Tuhan..
Telah lama aku menderita
Ku lakonkan pada manusia
Aku gembira, aku bahagia
Tetapi di dalam hati
Aku merasa amat sakit
Penat sudah ku menanggung semua ini
Tuhan..
Aku sesungguhnya
Tiada sesiapa untuk mengadu selain-Mu
Dan juga teman-temanku
Sungguh tidakku terdaya lagi Tuhanku
Apakah deritaku ini kan berpanjangan
Hingga ke akhir hayatku?
Tuhan..
Air mataku bercucuran lagi
Di kala ini, di saat ini
Hatiku turut sama menangis
Bukanku meratap ketentuan-Mu
Namun melahirkan rasa terkilanku
Kerana dunia menyisihkanku
Tuhan..
Apakah boleh jika ku pinta
Engkau cabut nyawaku
Agar aku tidak merasa sengsara
Dalam dunia fana ciptaan-Mu
Bukan tidakku redha dan percaya janji-Mu
Kebahagiaan di Sana sentiasa menanti
Tuhan..
Aku lemah
Aku lelah
Aku goyah
Aku pasrah
Aku berserah
Pada-Mu

Thursday, December 09, 2010
halatuju
Ke mana?
Bila?
Mengapa?
Karya Benrauf, untuk puteri.
Thanks and credit for him.

Cinta?
Bila?
Mengapa?
Karya Benrauf, untuk puteri.Thanks and credit for him.

Macam tahu-tahu je
Memang saya masih tertanya-tanya
Hala tuju selepas ini
Selepas praktikal
Januari hingga Mei depan..
Apa matlamat?
Cita-cita?
Kerjaya?
Memang saya masih tertanya-tanya
Hala tuju selepas ini
Selepas praktikal
Januari hingga Mei depan..
Apa matlamat?
Cita-cita?
Kerjaya?
Monday, November 29, 2010
sakit
Sakit?
Sakit apa?
Petanda sakit?
Berapa lama sakit?
Penyakit?
Penyakit apa?
Boleh sembuh...?
Boleh mati...?
Sakit apa?
Petanda sakit?
Berapa lama sakit?
Penyakit?
Penyakit apa?
Boleh sembuh...?
Boleh mati...?
Tuesday, November 16, 2010
hatimu...

Hati seseorang..
Hati seorang lelaki..
Bagaimana mahu mengikat?
Kalaulah ia boleh diikat
Pasti aku tak bisa mengikatnya
Hati itu pasti meronta hingga terputus ikatan
Lalu pergi meninggalkanku
Kerana aku tiada di hati itu..
Kalaulah ia perlu diikat
Aku tidak akan melakukannya
Kerana aku tak mahu hati itu terluka
Hati, tak boleh dipaksa
Dan aku ingin ia hadir secara rela..

**************************************************
NOTE:
Entry sejak dua menjak ini quite feeling,..
I'm so sorry..
Tuesday, October 12, 2010
give and take
Beberapa hari lepas, ada seorang kawan meluahkan perasaannya kepada saya. Ops.. bukan meluahkan rasa jatuh hatinya kepada saya atau kepada sesiapa, cuma berkongsi sedikit ketidakpuasan hatinya kepada teman yang lain.
Ya. Tak dinafikan, ada juga kawan yang sekadar mengambil kesempatan. Tapi layak ke orang sedemikian dipanggil 'kawan'?
Apa yang menarik, petikan kata-kata teman saya ini yang ingin saya kongsikan ialah "kawan = gives and takes". Ya, saya beri, awak terima. Awak beri, saya terima. Barulah best berkawan, kan?
Ni tak.. Seorang tu je yang memberi. Dah memberi tu, dia tak menerima. Tapi yang menerima tu pula, tak pernah memberi. Seperti ayat popular ini: hartamu hartaku, hartaku hartaku jua. Tak bagus kan orang macam ni?
Bila kita dicari.... semuanya bersebab. "Awak, nak tanya ni...", "Awak tahu tak macam mana.....", "Betul ke buat benda ni macam ni.....?", "Tolong bla bla bla......".
Asal sms atau call.. mesti ada benda. Sampai bila nampak je nama orang tu naik dekat telefon, dah boleh terdetik "apa benda yang budak ni nak pula kali ni??". Bila kita minta tolong dia, boleh pula dia buat tak tahu, buat tak reti, buat tak peduli.
Bukan bermakna apa yang kita beri ini tak ikhlas. Ikhlas. Tapi, yelah kita ni manusia. Imannya bertambah dan berkurang. Bukan malaikat, yang iman bertambah tak berkurang-kurang.
Saya cuma boleh katakan kepada teman yang mengadu tu, sabar dan buat tak tahu je lah. Buang masa je layan orang macam tu. Banyak lagi kerja yang berfaedah boleh dibuat selain melayan rasa makan hati dengan orang macam tu.
Macam pengalaman je? A'ah. Memang. Dah banyak kes macam ni pernah saya hadapi. Pedas ke? Minum la air ye.. jangan makan cili banyak2 lepas ni..
Bersabarlah kawan!
Ya. Tak dinafikan, ada juga kawan yang sekadar mengambil kesempatan. Tapi layak ke orang sedemikian dipanggil 'kawan'?
Apa yang menarik, petikan kata-kata teman saya ini yang ingin saya kongsikan ialah "kawan = gives and takes". Ya, saya beri, awak terima. Awak beri, saya terima. Barulah best berkawan, kan?
Ni tak.. Seorang tu je yang memberi. Dah memberi tu, dia tak menerima. Tapi yang menerima tu pula, tak pernah memberi. Seperti ayat popular ini: hartamu hartaku, hartaku hartaku jua. Tak bagus kan orang macam ni?
Bila kita dicari.... semuanya bersebab. "Awak, nak tanya ni...", "Awak tahu tak macam mana.....", "Betul ke buat benda ni macam ni.....?", "Tolong bla bla bla......".
Asal sms atau call.. mesti ada benda. Sampai bila nampak je nama orang tu naik dekat telefon, dah boleh terdetik "apa benda yang budak ni nak pula kali ni??". Bila kita minta tolong dia, boleh pula dia buat tak tahu, buat tak reti, buat tak peduli.
Bukan bermakna apa yang kita beri ini tak ikhlas. Ikhlas. Tapi, yelah kita ni manusia. Imannya bertambah dan berkurang. Bukan malaikat, yang iman bertambah tak berkurang-kurang.
Saya cuma boleh katakan kepada teman yang mengadu tu, sabar dan buat tak tahu je lah. Buang masa je layan orang macam tu. Banyak lagi kerja yang berfaedah boleh dibuat selain melayan rasa makan hati dengan orang macam tu.
Bersabarlah kawan!
Sunday, September 19, 2010
yang tak terungkap
Hari ni pergi openhouse. Tapi taknak cerita tentang tu lagi. Nanti baru cerita dan upload gambar yang berkenaan. Juga tentang openhouse dan beraya di rumah kawan-kawan lama di kampung bandar Sg. Petani. Sebab, saya tak nak menulis hari ni.
Tapi tiba-tiba rasa nak menulis. Sebenarnya tak nak, tapi.. tulis jugak lah sikit. Sebab tiba-tiba sesuatu terlintas dalam pemikiran. Mungkin terkena 'renjatan elektrik' dari entry Cik KhaiZarien tentang 'rasa-rasa' yang pelbagai tuh.. He.he. Ohya, penulisan ini akan meminjam tafsiran dalam entry Cinta.Sayang.Suka.Minat. Boleh merujuk untuk penambahan maklumat.
Kenapa tiba-tiba nak menulis? Mungkin juga sebab ada ber-sms dengan kawan-kawan. Kawan sekolah menengah. Juga kawan di kampus sekarang. Dan dua-duasecara jujurnya adalah lelaki.

Yang kawan sekolah menengah tu.. Erm.. Kenal semasa tingkatan satu dan dua. Kemudian masing-masing berpindah sekolah. Tapi masih contact. Pernah juga sesekali bertemu apabila ada program atau lawatan. Ohya, dia tinggal di KL.
Suka? Mungkin suka. Tapi bukan minat. Sayang?Rasanya.. tak.
Kalau dia terbaca entry ni, mungkin dia akan terasa. Tapi yelah.. Pernah juga sewaktu dahulu dia ada 'berbasa-basi' tentang 'itu', tapi saya anggap dia bergurau. Sebab saya tak ada rasa yang 'itu'. Kalau tersilap gaya, mungkin dia berkecil hati. Tapi sekarang ok je, dah lama takde 'berbasa-basi' tentang 'itu'. Saya pun senang berkawan macam ni.
Yang kawan sekampus tu pulak.. Kawan sekelas sejak tahun satu, sem satu dulu. Masa mula-mula masuk USIM. Kemudian sesekali berlainan kelas dan sekarang sama balik. Dulu-dulu selalu juga sms.Tetang apa tak perlu cerita kot..he.he.
Lepas tu dah jarang. Dia banyak berubah. Bukan berubah tak baik. Berubah jadi lebih baik. Saya sangat respek. Tapi dia tidak melupakan saya. Masih bertegur sapa. Sesekali ada juga ber-sms walaupun tidak kerap. Kalau orang tanya siapa lelaki yang baik (akhlaknya), maka saya tak akan teragak-agak untuk menamakan dia.
Dia juga sama seperti saya. Ada juga sesekali 'khabar angin' yang tak enak tentang kami. Dia dengan kisahnya. Saya dengan kisah saya. Tapi kami tak pernah 'dimasukkan' di dalam satu kisah yang sama. Saya tahu tentang kisahnya, dan dia tahu tentang kisah saya. Tapi tak ramai yang tahu tentang apa yang kami tahu.Ada sesiapa kisah? Tentu tak ada, kan. Hu.hu..
Dia baik. Kawan yang baik. Terlalu baik. Pernah ada orang yang membuka cerita atau bertanya kepada saya tentang 'khabar angin' tentang dia. Pantas saya melarang dia meneruskan persepsi yang 'ditanam' oleh pembawa 'khabar angin'. Bahawa kawan saya itu bukan sedemikian dan saya tidak sesekali akan rela jika ada sesiapa yang mengatakan dia adalah begitu dan begitu. Mengapa? Sebab dia kawan saya dan saya kenal dia.
Suka? Ya. Minat? Minat juga. Sebab dia baik. Bagus. Sopan. Sayang?
Tapi kenapa saya rasa saya tak ada perasaan istimewa terhadap dia ya? Saya suka(istilah sebenar ialah sayang) orang lain. Tapi orang tu tak adalah saya minat pun. Confirm saya tak minat dia. Tapi suka, dan 'sikit-sikit' sayang. Tapi orang lain tu tak adalah suka (sekali lagi, perkataan yang nak disampaikan ialah sayang) dekat saya pun.
Pelik kan. Tapi begitulah hidup. Kita suka orang yang tak suka kita. Kita tak suka orang yang suka kita.Kalau saya pulak; saya suka orang, orang tak suka saya. Saya tak suka orang, orang pun tak suka saya. Ha.ha.. :))
Kita mungkin mudah membezakan antara suka dan minat. Minat dan sayang. Tapi kadang-kadang kita mungkin tersalah mentafsir sayang sebagai cinta. Walhal sayang itu bukan cinta. Namun ia tak mustahil bisa berubah menjadi cinta.
Oh? Saya benar-benar bercakap tentang 'rasa-rasa' yang ada lah! Ha.ha.
Adios.
Tapi tiba-tiba rasa nak menulis. Sebenarnya tak nak, tapi.. tulis jugak lah sikit. Sebab tiba-tiba sesuatu terlintas dalam pemikiran. Mungkin terkena 'renjatan elektrik' dari entry Cik KhaiZarien tentang 'rasa-rasa' yang pelbagai tuh.. He.he. Ohya, penulisan ini akan meminjam tafsiran dalam entry Cinta.Sayang.Suka.Minat. Boleh merujuk untuk penambahan maklumat.
Kenapa tiba-tiba nak menulis? Mungkin juga sebab ada ber-sms dengan kawan-kawan. Kawan sekolah menengah. Juga kawan di kampus sekarang. Dan dua-dua

Yang kawan sekolah menengah tu.. Erm.. Kenal semasa tingkatan satu dan dua. Kemudian masing-masing berpindah sekolah. Tapi masih contact. Pernah juga sesekali bertemu apabila ada program atau lawatan. Ohya, dia tinggal di KL.
Suka? Mungkin suka. Tapi bukan minat. Sayang?
Kalau dia terbaca entry ni, mungkin dia akan terasa. Tapi yelah.. Pernah juga sewaktu dahulu dia ada 'berbasa-basi' tentang 'itu', tapi saya anggap dia bergurau. Sebab saya tak ada rasa yang 'itu'. Kalau tersilap gaya, mungkin dia berkecil hati. Tapi sekarang ok je, dah lama takde 'berbasa-basi' tentang 'itu'. Saya pun senang berkawan macam ni.
Yang kawan sekampus tu pulak.. Kawan sekelas sejak tahun satu, sem satu dulu. Masa mula-mula masuk USIM. Kemudian sesekali berlainan kelas dan sekarang sama balik. Dulu-dulu selalu juga sms.
Lepas tu dah jarang. Dia banyak berubah. Bukan berubah tak baik. Berubah jadi lebih baik. Saya sangat respek. Tapi dia tidak melupakan saya. Masih bertegur sapa. Sesekali ada juga ber-sms walaupun tidak kerap. Kalau orang tanya siapa lelaki yang baik (akhlaknya), maka saya tak akan teragak-agak untuk menamakan dia.
Dia juga sama seperti saya. Ada juga sesekali 'khabar angin' yang tak enak tentang kami. Dia dengan kisahnya. Saya dengan kisah saya. Tapi kami tak pernah 'dimasukkan' di dalam satu kisah yang sama. Saya tahu tentang kisahnya, dan dia tahu tentang kisah saya. Tapi tak ramai yang tahu tentang apa yang kami tahu.
Dia baik. Kawan yang baik. Terlalu baik. Pernah ada orang yang membuka cerita atau bertanya kepada saya tentang 'khabar angin' tentang dia. Pantas saya melarang dia meneruskan persepsi yang 'ditanam' oleh pembawa 'khabar angin'. Bahawa kawan saya itu bukan sedemikian dan saya tidak sesekali akan rela jika ada sesiapa yang mengatakan dia adalah begitu dan begitu. Mengapa? Sebab dia kawan saya dan saya kenal dia.
Suka? Ya. Minat? Minat juga. Sebab dia baik. Bagus. Sopan. Sayang?
Tapi kenapa saya rasa saya tak ada perasaan istimewa terhadap dia ya? Saya suka
Pelik kan. Tapi begitulah hidup. Kita suka orang yang tak suka kita. Kita tak suka orang yang suka kita.
Kita mungkin mudah membezakan antara suka dan minat. Minat dan sayang. Tapi kadang-kadang kita mungkin tersalah mentafsir sayang sebagai cinta. Walhal sayang itu bukan cinta. Namun ia tak mustahil bisa berubah menjadi cinta.
Oh? Saya benar-benar bercakap tentang 'rasa-rasa' yang ada lah! Ha.ha.
Adios.
Saturday, September 11, 2010
dihari raya..
~ dihari raya terkenang daku kepada ......... ~
Raya, merangkap cuti kali ini kurang terasa meriah, kerana anak-anak saudara saya tidak pulang ke kampung di sini, Sungai Petani, Kedah... Yang di Sabah, beraya di sana. Yang satu lagi, beraya kampung sebelah Terengganu.. Ohh..
Di Sabah.. Aisyah (6 tahun) dan Amirah (3 tahun).
Tak ada Amirah.. tak adalah yang selalu nak suruh saya dukung, bawak jalan-jalan, 'lari' (dia didukung, kita yang bawak dia lari!), men masak-masak, kira duit (walaupun kiraannya satu-dua-empat dan sepuluh sahaja :P).. Yang nak duduk diribaan saya seperti kakaknya Aisyah. Hu..
Tak ada Aisyah.. tak ada lah yang selalu masuk bilik saya cari saya, main hp saya, tengok cerita karton dekat laptop saya, yang bercerita macam-macam (termasuk yang tak berapa nak paham), yang nak main 'sam mekanik' dengan saya...
Di Terengganu.. Hafeez (9 tahun) dan Haikal (5 tahun).
Tak ada Hafeez.. tak ada lah yang nak tarik tangan saya pergi sana sini, masuk bilik saya, men hp saya, tengok cerita dalam laptop (macam Aisyah).. Paling ketara, tak ada lah yang nak suruh saya buat ais kerim milo, bancuh air, bla3...
Tak ada Haikal.. tak ada lah yang nak jeles kalau saya buat origami, atau layan abangnya, Hafeez lebih...

Tuesday, August 31, 2010
susah ke nak memaafkan?
Mudah memohon maaf, juga mudah melafazkan kata-kata maaf. Tapi apakah benar-benar tulus dari hati? Memaafkan apakah bererti melupakan?

Semalam saya ada berbual dengan seorang teman..
Hurm.. Memang tak mustahil untuk memaafkan seseorang. Malah jika orang itu meminta maaf, pastinya diberi. Namun tiada ucapan maaf diterima, apa perlu memaafkan? Opss.. bertenang. Sabar.
Sama ada orang itu meminta maaf atau tidak, tetap perlu memaafkan. Biarlah tempoh yang diambil lama.. 3 tahun, 5 tahun, 7 tahun, 10 tahun?
Saya masih ingat budak2 perempuan masa zaman sekolah saya dulu,.. apa yang mereka katakan kepada saya, apa yang mereka lakukan kepada saya.. 2002? 2003? Semuanya masih segar dalam ingatan.
Setiap kali nak buat re-union, saya selalu mengelak untuk turut serta. Kenapa? Kerana hati masih terluka. Itu zaman kecil, zaman anak-anak yang ditindas, dilakukan sesuka hati. Saya juga punya perasaan. Apa saya tak layak mempunyai perasaan?
Cuma yang tidak ada kaitan dengan 'mereka' itu sahaja saya masih berhubung, berbicara, bertemu dan bermesra...
Sehinggalah awal tahun ini, saya bertemu dengan beberapa orang dari 'mereka' di dalam majlis seorang teman. Lalu saya melayan mereka seperti biasa. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tidak berpura-pura.
Kemudiannya saya sedar, mungkin saya sudah memafkan 'mereka'. Ya. Mungkin.
Tak mustahil untuk memaafkan. Dan tak semestinya jika tidak melupakan kesalahan orang itu bererti kita tak memaafkan.

Semalam saya ada berbual dengan seorang teman..
Saya: Berdosa tak kalau tak nak maafkan orang?
Teman: Jangan. Tak baik. Nabi pun maafkan umat.
Saya: Betul ke orang kata kalau memafkan maksudnya melupakan?
Teman: Tak semestinya kita ingat maknanya kita tak memaafkan.
Saya: Sebenarnya bukan tak boleh nak memaafkan.
Cuma kadang-kadang mengambil masa yang lama.
Teman: Betul. Perlukan satu tempoh untuk memaafkan seseorang.
Hurm.. Memang tak mustahil untuk memaafkan seseorang. Malah jika orang itu meminta maaf, pastinya diberi. Namun tiada ucapan maaf diterima, apa perlu memaafkan? Opss.. bertenang. Sabar.
Sama ada orang itu meminta maaf atau tidak, tetap perlu memaafkan. Biarlah tempoh yang diambil lama.. 3 tahun, 5 tahun, 7 tahun, 10 tahun?
Saya masih ingat budak2 perempuan masa zaman sekolah saya dulu,.. apa yang mereka katakan kepada saya, apa yang mereka lakukan kepada saya.. 2002? 2003? Semuanya masih segar dalam ingatan.
Setiap kali nak buat re-union, saya selalu mengelak untuk turut serta. Kenapa? Kerana hati masih terluka. Itu zaman kecil, zaman anak-anak yang ditindas, dilakukan sesuka hati. Saya juga punya perasaan. Apa saya tak layak mempunyai perasaan?
Cuma yang tidak ada kaitan dengan 'mereka' itu sahaja saya masih berhubung, berbicara, bertemu dan bermesra...
Sehinggalah awal tahun ini, saya bertemu dengan beberapa orang dari 'mereka' di dalam majlis seorang teman. Lalu saya melayan mereka seperti biasa. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tidak berpura-pura.
Kemudiannya saya sedar, mungkin saya sudah memafkan 'mereka'. Ya. Mungkin.
Tak mustahil untuk memaafkan. Dan tak semestinya jika tidak melupakan kesalahan orang itu bererti kita tak memaafkan.
Wednesday, August 18, 2010
dikehendaki
I feel down.
To make me strong,,
To fly me up high again,,..
I need
Please..
Subscribe to:
Posts (Atom)