Showing posts with label Debik. Show all posts
Showing posts with label Debik. Show all posts

Thursday, July 12, 2012

TAGGED UNDER: ,

Petualangan Mak Temah, Setan & Drakonian

Image


Ibarat Mak Temah sibomoh handalan yang tinggal dihujung kampung, tak diperhatikan dan sering dihindari. Mak Temah sangat popular pada mereka mereka yang sangat akrab dengan dunia paranormal tapi sebaliknya orang orang kampung langsung tak mahu menunjukkan kemesraan. 

Pada orang kampung dan kawasan kejiranan, Mak Temah adalah lambang pada dunia hitam yang penuh dengan mistik. Biarpun hidup serba kekurangan tapi memenuhi permintaan orang orang yang taksub pada dunia kelam merupakan kesenangan yang tidak dapat tidak, akan cuba dipenuhi biarpun nanti hasilnya beliau akan makin dibenci oleh orang ramai.

Pada fikiran Mak Temah, beliau dijauhi oleh orang kampung kerana wajahnya yang hodoh dengan tempelan bedak sejuk yang merata dimukanya yang sekali pandang tak ubah macam kera kena penyakit sompek. 

"Mentang mentanglah aku tak pasang badan. Nanti bila aku dah beli mekap kat pekan, aku hiaskan diri aku cantik cantik, barulah orang kampung buka mata. Baru mereka tahu betapa Mak Temah ini juga boleh kelihatan menarik. Masa tu akan banyak lah orang kampung yang akan memuji muji dan memperkatakan keadaan diri aku.. "

Tapi apa yang terjadi kemudiannya ternyata jauh dari sangkaan. Dari pujian yang diharapkan rupa rupanya tawa orang kampung sambil menggeleng gelengkan kepala yang diterima. Malah lebih dari itu, Mak Temah mula dianggap hilang kewarasan akibat terlalu kerap berdamping dengan dunia hitam.

"Kalaupun muka jadi cantik, tapi tetap dengan perangai setan, rentikanlah .. takde baiknya kalau hidup sentiasa menyusahkan orang". Gitu lah patah perkataan yang sempat hinggap kat telinga Mak Temah. 

Namun, apakan daya, kerana hidup Mak Temah memang dah sebati dengan setan, malah setan itulah yang memegang tali kemudi profesionnya.

=======//======

Sekali lagi kita didendangkan dengan pemansuhan akta drakonian tetapi kemudiannya digantikan dengan akta yang diiklankan sebagai lebih mesra dan lebih prihatin sedangkan hakikatnya terkadang lebih teruk dari akta yang sedia ada.

Image


Selagi Mak Temah masih dalam alam perbomohan dunia hitam, selagi itulah Mak Temah akan terus dibenci. Melainkan jika satu hari nanti Mak Temah dapat membebaskan setan yang membelenggu dan menukar kerjaya menjadi bidan kampung, mungkin ketika itu beliau akan dipertimbangkan untuk diterima semula oleh komuniti kampung. Wallahua'lam

- Karmic Wheel

Sunday, July 1, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Catatan Karmic: Antara Retorik Dan Harapan

Image

Satu hari bila wa pegi stesen Petronas, sempat wa bersapa dengan mamat bangla yang kerja kat situ, kebetulan wa ada beli kuih karipap dari sebuah gerai tepi jalan yang memang nampak menarik, besar tapi malangnya berisikan 2 ulas kentang yang hanya sebesar terung belimbang. Selebihnya penuh angin untuk membuatkan bentuknya kelihatan kembung (mungkin wa kena belajar teknik ni kalo satu hari nanti wa terfikir nak berniaga karipap). Rasanya ? uhh .. out .. serupa macam kunyah tepung goreng, kesat dan tawar. Wa beli 5 biji sebab dah memang itu pakej yang ditawarkan, 5 biji = RM2. So, bila dah berborak dengan mamat bangla ni, wa teringatkan karipap tu dan terus terasa macam nak offer kat dia memandangkan wa tak dah hilang minat untuk melantaknya.

"Bhaiyya nak karipap tak ? saya ada beli lebih tapi tak berapa sedap, kalau bhaiya nak, saya bagi bhaiyya." (wa memang train lidah wa untuk terus berbahasa seharian bila berborak dengan komuniti lain, sebab dengan cara tu wa rasa diowang akan lebih cepat ikut irama bahasa kita berbanding dengan bahasa ajukan.. bhaiyaa karipap mau kaa? saya sudah bili baanyakk tapi tarak sedapp, kalau you mau, saya bolih kasi).. hantam laa labu, gitu le lebih kurang bila wa dengar ..

Tapi apa yang lebih mengagumkan jawapan dari mamat bangla tu lebih dari apa yang wa jangkakan

Image
"Abang, saya datang Malaysia untuk cari makan, saya doa Allah bagi saya rezeki halal. Sedap ka tak sedap ka, akal saja, perut tak fikir itu semua, suruh isi bila lapar" balas mamat bangla tu yang juga cuba untuk berbahasa melayu seharian tapi dengan lidah yang lebih tebal sambil amik sebiji karipap dan mula mengunyah.

"walaeweyh, bhaiya dah berapa lama datang sini?, bukan apa bhaiya, saya rasa karipap tu memang tak berapa kena dengan selera, dari terbiar tak makan, baik saya bagi bhaiya". kata wa kontrol ensem padahal muka rasa naik sebal dan tebal seiras dengan tar yang wa pijak.

"sudah 1 tahun 8 bulan abang, lagi 1 tahun lebih sikit baru boleh balik kampung, 3 tahun kontrak. Alhamdulillah, sedap jugaa, abang blom rasa duduk sana Bangladesh, mau makan ini sedap pon susah, sana kampung very poor la abang, sini banyak makan".

Toiinggg.. sebijik lagi kena tepat atas jambul wa. Tapi perbualan tu tak terhenti setakat tu, banyak yang wa pertanyakan dan banyak lagi kekaguman yang mengisi fikiran wa. Beliau nak menghabiskan kontrak pekerjaan dengan Petronas dan tak bercita cita untuk kembali ke Malaysia sebab dah target untuk ke Britain selepas tamat kursus berbahasa Inggeris. Dia memang mempunyai ramai rakan serta saudara di England namun kekurangan bahasa yang menjadi penghalangnya dan untuk mengambil kursus tersebutlah beliau datang ke Malaysia untuk yuran dan InsyaAllah lebih dari mencukupi kerana yuran yang perlu dibayar di Bangladesh memang jauh lebih murah.

Nota : Semasa gi England dulu, wa pernah terjumpa dengan seorang Pakistan yang fasih berbahasa melayu, dan bila ditanya, beliau memang pernah bekerja di sebuah restoran makanan di Malaysia selama beberapa tahun, so cerita mamat Bangladesh bukan lah sesuatu yang asing.

Suatu masa yang lain, wa singgah untuk membeli durian kat tepi jalan. Penjualnya kebetulan kaum tiong hwa yang agak berusia padahal kebanyakan penjual durian kat tempat wa ni adalah merupakan orang minang. Sebaik je wa sampai, peniaga tu terus menyapa wa dengan bahasa yang masyaAllah, tunggang langgang.

"apa lulian mau calik? lulian kampong ala, d24, udang melah, itu sana molah - ampat soploh, ini tipi punya mahan skit juan kasi timpang tapi lasa ala magut, manyak liao". Lu sendli kasi pilih laa taukey, mana mau? itu halga blakang boleh kasi kulang". (Nak cari durian apa? durian kampung ada, d24, udang merah. Yang sana tu murah - 4biji 10 ringgit, yang tepi ni mahal sikit, jual cara timbang tapi rasa dia bagus, sedap. Kamu pilih sendiri hendak yang mana satu, harga boleh kurang nanti)

Walaupun mata wa memandang pada longgokan durian, tapi otak wa dah melangkau jauh dari banjaran titiwangsa, sebab apa yang datang kat fikiran wa dah sampai ke kebun durian tu sendiri. Secara otomatik, wa teringatkan kampung wa kat Masjid Tanah yang kebanyakan kaum tiong hwa dia bila bercakap dalam telefon, dah takleh nak beza antara melayu dengan bukan melayu.. silap silap luorang akan bagi salam .. kah kah kah

"uncle, tanya sikit boleh? kampung uncle kat mana? uncle meniaga durian dah berapa lama? Durian kampung ni uncle punya ke?"  tanya wa sekadar untuk berbasa basi.

Image
"Apsat? u tau ka itu sungai luan laub? (Sg Ruan, Raub). Lulian sana la manyak magut, lu tak tau ka? itu lulian memang laub latang tapi mukan wa punya pokok. Ini tawun lulian wa tak belapa jadi".. perghhh susah payah dia nak layan soalan wa.

Dipendekkan cerita, bila nak diperbandingkan antara mamat bangla kat permulaan cerita dengan apek jual durian ni, wa buat kesimpulan betapa malangnya sistem yang ada kat negara kita. Bangla tu baru duduk dan tinggal kat sini setahun lebih tapi mempunyai keupayaan untuk berbahasa Malaysia jauh mengatasi apek jual durian yang wa rasa memang dah bermastautin di negara ini sejak keluar dari perut emaknya.

Bila wa sorot pandangan pada negara jiran kita Indonesia, kita sepatutnya berasa malu kerana mereka tanpa mengira ras dan kaum sangat fasih berbahasa Indonesia malah bangga dengan kerakyatan mereka. Sedangkan kita masih dengan dialek sendiri sendiri, tapi masih dengan tanpa bersalah melaung laungkan slogan 1Malaysia. Dimanakah pengisiannya??

Sebenarnya, mengikut pandangan wa, apa yang kita perlukan amat mudah, sebuah intergrasi tanpa prejudis. Intergrasilah yang membuatkan kita dapat menghilangkan tembok pemisah antara kaum melayu dan etnik etnik yang lain tanpa perlu mengorbankan identiti khusus masing masing. Sebagaimana Indonesia yang entiti tiong hwa nya begitu bangga dengan keIndonesiaannya sehinggakan sukar untuk kita meneka samada mereka datang dari kaum itu dan ini.

Image
Dalam konteks negara kita, melayu terus dibiarkan dengan melayu, cina dikalangan cina dan india terus terbiar dengan indianya biar pun cuba dinafikan oleh pihak parti pemerintahan, namun itu realitinya. Senarionya, kita ada UMNO (united malay), MCA (malaysian chinese) & MIC (malaysian indian) yang menerajui kerajaan. Ditambah pula ada persatuan persatuan mutlak perkauman seperti Perkasa, DongZhao & Makkal Sakti (sebagai contoh). Selagi semua pihak mewakili kepentingan entiti masing masing maka penyatuan 1Malaysia yang dilaung laungkan akan kekal sebagai retorik semata mata.

Sebab tu, amatlah penting usaha untuk mendaulatkan bahasa dijalankan secara serius. Bahasa boleh memecahkan tembok pemisah dan rakyat boleh berbicara tanpa prejudis. Sudah tiba masanya untuk Malaysia mengagungkan bahasanya sendiri, bukannya English yang tidak langsung mencerminkan bangsa Malaysia. (dengan nota: English boleh dikuasai oleh mereka yang menginginkannya tanpa paksaan)

Pastinya perkara ini tidak dapat kita sandarkan pada kerajaan BN kerana terbukti setelah 55 tahun merdeka, BN gagal secara total untuk memartabatkan Bahasa Kebangsaan didalam negara dan menjadikan ianya milik semua (cuba gi ke estet estet dan kampung kampung cina dan berborak dengan diowang .. perghhh .. macam ayam dengan itik).

Jadi, wa tujukan harapan pada Pakatan Rakyat yang memang setiap parti yang bernaung terbuka pada semua bangsa, jadikanlah Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi dalam setiap agenda, mesyuarat dan perbualan sesama rakyat. Kalau Jepun, Korea dan China boleh menjadi negara maju tanpa mengenepikan kepentingan bahasa sendiri apa kurangnya bahasa kebangsaan yang pernah menjadi lingua franca sedikit masa dahulu (berapa ramai orang cina rombongan Laksmana Cheng Ho yang boleh berbahasa melayu dan akhirnya memilih untuk menetap dan menurunkan warisan Baba & Nyonya) .. yeah .. kita boleh .. jalannya cuma dengan mengenepikan retorik perkauman.

Adios ~!! 

Nota : Hanya Islam yang boleh menyatukan bangsa, bukannya melayu. Yeah .. ~!!

Image



Monday, June 4, 2012

BN Atau PR Yang Bakal Bertindak Diluar Demokrasi Jika Kalah ?

Image

KLUANG 4 Jun - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak menolak kemungkinan pembangkang akan mencetuskan huru-hara jika mereka tewas dalam pilihan raya umum ke-13.

"Apabila mereka sanggup memperalat dan memperkuda pelajar, tidak mustahil sekiranya pilihan raya umum tidak memihak mereka, mereka sanggup menghuru- harakan jalanan di atas nama hak, di atas nama kebebasan atau di atas nama hak asasi. Saya tidak tolak kemungkinan perkara ini berlaku," katanya hari ini.

Hishammuddin yang juga Anggota Parlimen Semberong berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Taman Sri Lambak di sini. - BERNAMA.

=================

PAS telah menyertai pilihanraya sejak dari bermulanya sistem demokrasi berpilihanraya di Malaya sehingga ke hari ini. Dalam tempoh itu memang diketahui umum bahawa PAS tidak pernah waima sekali pun memegang tampuk pemerintahan persekutuan, melainkan ketika menjadi parti komponen BN satu ketika dulu. Walaupun berkali kali kalah dalam PRU sebelum ini, belum pernah PAS menyeru supaya ahlinya merusuh dijalanraya. Bermakna kenyataan diatas tidak relevan untuk PAS.

Image
DAP juga menyertai pilihanraya sezaman dengan PAS dan parti itu juga langsung tidak pernah merasa untuk bergelar kerajaan yang memerintah diperingkat pusat. DAP juga tewas diperingkat menguasai majoriti Parlimen secara berturut turut sehingga ke hari ini. Tidak juga berlaku apa yang dikatakan rusuhan seperti yang dikatakan oleh menteri kdn ni. So, kenyataan itu juga tidak relevan.

PKR pula menyertai pilihanraya bermula dari 1999 sebagai PKN,dan telah berjuang untuk menempatkan diri dalam pentadbiran persekutuan sebanyak 3 kali PRU termasuk setelah penggabungan dengan PRM. Berbanding dengan rakan rakan politik didalam Pakatan Rakyat, PKR merupakan parti yang termuda namun ia juga diresapi dengan semangat demokrasi yang tinggi apabila menerima kekalahan dalam PRU tanpa menimbulkan apa apa kekacauan kepada sistem keselamatan negara.

Begitu juga dengan sepakatan yang pernah terbina seperti Gagasan Rakyat, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan yang terkini Pakatan Rakyat, belum pernah ada tercetusnya gerakan subversif seperti yang diperkatakan, biarpun kalah dalam 12 pusingan PRU kerana ianya dianggotai oleh parti parti yang sudah biasa dengan terma kekalahan dan masih percaya untuk berjuang dalam landasan demokrasi.

Ironinya, jika Hishamuddin maksudkan Pakatan Rakyat yang akan mencetuskan huru hara jika kalah dalam PRU nanti, maka itu adalah perkara yang sangat dangkal kerana BN sangat lemah ketika terjadinya pengharaman umno satu ketika dulu sehinggakan APU berasa amat yakin untuk menerajui kerajaan persekutuan dan menobatkan tengku Razaleigh sebagai PM yang baru namun ternyata jangkaan tersebut meleset kerana peranan media yang dimainkan menjelang hari pilihanraya.

Dengan ketiadaan media baru seperti hari ini, serangan jahat yang dibuat keatas Ku Li ketika itu memang tidak dapat ditepis oleh APU dan hanya berpuas hati dengan kejatuhan Kelantan. Apakah APU merusuh dan mengadakan huru hara jalanan walhal kemenangan sangat dekat dirasa oleh penyokong penyokongnya dan cara kemenangan itu dirampas adalah dengan jalan yang amat busuk ?? Bahkan tidak. Sebabnya mereka mereka ini sangat tinggi semangat demokrasinya biarpun keinginan untuk menjatuhkan BN amat menebal.

Image
Namun, jika sekiranya, ditakdirkan kerajaan yang memerintah selepas PRU 13 nanti adalah terdiri dari kem Pakatan Rakyat, maka mungkin benarlah telahan yang dibuat oleh Dr. M, Muhyiddin & Hishamuddin sendiri.

BN tidak pernah seumur hayatnya menjadi pembangkang diperingkat persekutuan, jadi tidak mustahil mereka mereka inilah orang orang yang tidak dapat menerima kenyataan andai pihak mereka kalah dalam pilihanraya.

Memandangkan aksi aksi ganas dari pihak BN telah pun bermula sejak dari sebelum pilihanraya, maka tidak mustahil aksi barbarik ini akan diteruskan jika mereka gagal untuk menguasai parlimen.

Justeru, sudah bersediakah BN untuk menerima kekalahan secara orang yang bertamaddun memandangkan presidennya sendiri pernah mengeluarkan kata kata akan mempertahankan Putrajaya sehingga titisan darah yang terakhir ?

Image

Saturday, June 2, 2012

TAGGED UNDER: ,

Malam Ini Alor Setar Jadi Punca Pemanasan Global ? .. kah kah kah

Image

Kah kah kah kah
Baekk punya berita

Malam ini juga adalah salah satu malam yang jadi punca pemanasan global
Perhimpunan Hijau dikhabarkan begitu sesak
Bergema takbir di Alor Setar
Berita ini boleh membuatkan Najib dan gerombolannya
Terutama para chai chai penjilatnya seluruh Malaysia
Terkentut kentut untuk spin cerita ....
kah kah kah kah kah


Image
Kedah Pop Beat K-Pop .. yiehhaaaa

Wednesday, May 30, 2012

Labun Jangan Tak Labun RPK Weyh

Image


Kah kah kah 
semua orang ada simpan rahsia 
Ezam ada 6 kotak
Nala ada video baek punya
Tibai ada rahsia jantan jambu
Hasan Akidah ada saksi murtad
Zul Kulim ada bukti bisul
kah kah kah kah 

Sekarang keluar plak RPK 
dengan bukti tentang Azmin 
sumber plak bukan memain .. dari Ex- SPRM
Jumlah plak main juta juta 
Tapi 17 tahun lepas la ..
Masa masih bersekutu dibawah bumbung yang sama..
kah kah kah kah kah 

17 tahun tu, Anwar masih dalam kabinet
Mahathir masih seorang diktator
Beliau yang memang beria ia nak singkir DSAI
Dengan isu yang begini punya besar ..
Sekali swing je Anwar koyak ..
Dah tentu rakyat akan terima
Dah confirm rakyat akan berbulu
Dah pasti PAS, PRM & DAP bersorak sorai
Apa payah payah nak cipta isu liwat ?
Buang masa mahkamah dan orang ramai
Tapi apsal isu ni tak timbul ??
Sebab nya cuma satu
Masa tu pon dah clear takde kes  la ..bengong
kah kah kah kah kah

Kesian Mahadet
Pening nak memikir jalan
Padahal pegawai kerajaan yang dia kontrol
Simpan rahsia besar sampai 17 tahun
Baru sekarang dapat ilham nak bongkar
Itu pon pakai RPK 
Apsal tak jumpa Najib terus ?
Dah tentu boleh dapat Dato' paling koman 
Dah tentu Rosmah boleh menari sampai pengsan
kah kah kah kah kah 

Ini semua cerita labun RPK
Apa yang luorang dengki sangat dengan Azmin weyh ?
Dia ada ngorat bini lu ke ?
kah kah kah kah kah

Wa pon ada rahsia gak RPK weyh ..
Kengkadang wa dok depan PC tak pakai baju 
kah kah kah kah kah

Thursday, May 24, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Utusan: Sudah Jatuh Ditimpa Tangga, Muka Plak Ketepek Atas Tahi Ayam .. Huishh

Image
Malang yang diundang .. bertimpa timpa kena tang hidung utusan malaysia.

Etika kewartawanan dibawa Utusan Melayu jika dibandingkan pada suatu masa dahulu dengan sekarang seperti langit dan bumi.

Di zaman kemuncaknya, Said Zahari sebagai Ketua Pengarang Utusan dalam tahun 1950-an dan 1960-an berjuang untuk kepentingan rakyat, khususnya membawa isu-isu orang Melayu yang masih hidup miskin dan melarat.

Sejak pengambilalihan kuasa oleh UMNO, Utusan tidak lagi menjadi suara rakyat, sebaliknya ia hanya menjadi penyebar fikiran UMNO.

Reputasi dan kebebasan Utusan menjadi lebih parah lagi apabila tindakan memecat salah seorang wartawannya iaitu Hata Wahari yang juga merupakan presiden Kesatuan Wartawan Malaysia atau National Union of Journalists (NUJ).

Berbeza ketika era Said Zahari, pemogokan Utusan Melayu yang dikepalainya dari bulan Julai hingga Oktober 1961 bukan sahaja sebahagian daripada sejarah penting Utusan Melayu sendiri bahkan juga sejarah persuratkhabaran dan kewartawanan tanah air yang tidak boleh dipadamkan daripada lembaran sejarah.

Kini, Utusan memang berada dalam era yang sangat malap. Kusam dan hapak serta semakin tak dipedulikan.

Image

Image

Foto : Beribu ribu naskah Utusan yang diedarkan secara percuma ketika Karnival Ameno di Bukit Jalil baru baru ini. (Baca : Bagi free pon tak dipeduli) .. untuk bacaan lanjut rujuk UTUSAN PERCUMA PUN TAK LAKU.....??

Image

Image

Foto : Penarikan diri oleh syarikat syarikat pengiklanan dan penajaan yang berpendapat Utusan telah memberi impak buruk pada imej syarikat mereka. Berita lanjut sila baca di BeritaSemasa



Image

Foto : Semakin kerap diberikan secara percuma  melalui usaha ahli politik ameno untuk kembali menaikkan populariti utusan.



Image

Foto : Berubah wacana dari sebuah akhbar harian kepada sebuah tabloid yang menjadi medium fitnah, sensasi yang tiada asas dan penyebaran porno bagaikan taraf Majalah Mangga.



Image

Foto : Jualan utusan merudum. Jualan akhbar Utusan Malaysia pada hari ini sekitar 120,000 naskah sehari lebih rendah dari akhbar harian bersaiz tabloid lain. Angka itu jauh rendah berbanding dengan akhbar bersaiz sama yang menjangkau 180,000 edaran sehari. Rujuk Sumber



Image

Foto : Seringkali di saman dimahkamah dan berkali kali juga terpaksa membayar akibat kekalahan hujah.

  • Utusan diarahkan membayar pampasan RM200,000 kepada Guan Eng dan RM25,000 sebagai kos mahkamah. - Rujuk Roket Kini
  • Tanah rizab Melayu: Kelantan saman Utusan - Harakahdaily
  • Biseksual : Nalla & Utusan Disaman Anwar RM100 juta - AIDC
  • Komunis: Utusan Malaysia disaman - Harakahdaily
  • Senator Australia cadang turut saman Utusan - Malaysiakini
  • Utusan Disaman Kerajaan Negeri Pulau Pinang - btmmari

dan yang terbaru Mahkamah Rayuan menolak dengan kos rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Utusan membayar gantirugi RM60,000-00 kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad.- Harakahdaily

Begitulah nasib buruk yang menimpa akhbar yang pernah menjadi kebanggaan rakyat malaysia dan orang melayu khasnya apabila diperkudakan untuk menjadi lidah kepada kerajaan semata mata dan melaporkan berita secara berlawanan dengan etika kewartawanan.

Nota Kaki : Ada dua kemungkinan yang mendatang

  • Utusan Malaysia perlu untuk dimerdekakan dari cengkaman politik dan kembali menjadi wacana penyebar maklumat yang telus dan berani tanpa berpihak -  Retorik yang wa rasa takkan mungkin berlaku.
  • Teruskan sebagaimana yang ada hari ini dan Utusan Malaysia bakal menempah tempat dalam arkib sejarah.
Akhir sekali, buat syarikat penerbitan beserta wartawan yang masih berkhidmat sila baca dengan teliti rayuan dan nasihat yang diberikan oleh seseorang yang pernah rapat dengan luorang - Hata Wahari - Surat terbuka kepada Utusan daripada bekas wartawan Utusan

- Karmic Wheel


Sunday, May 20, 2012

TAGGED UNDER: ,

Sudah Tiba Masanya Kita Belajar Cara Budak Ni Dalam Urusan Seharian

Image
cam biasa .. klik untuk tumbesaran

Perghh .. debudak lagi sedar dengan perjanjian hutang .. siap ada saksi lagi .. wa yang dah agak agak dah masuk 2/3 umur pon kengkadang terlupa nak bayar hutang makcik karipap .. lepas seminggu baru ingat .. kalo le masa tu padam sebelum sempat bayar .. isk isk isk ..sekurang kurangnya buat macam budak ni .. ada gak bukti nak tuntut kat waris .. sekali lagi .. isk isk isk

Wednesday, May 16, 2012

Debik : Sakit Kronik Akibat Tersampuk Dengan Ameno

Image

Bila luorang buka pintu rumah pepagi, tetiba ada sekumpulan orang tengah menonggeng tunjuk bontot pada luorang.. apakah perkara pertama yang datang dalam fikiran ?? Mungkin - sekumpulan orang gila terlepas dari wad psikiatri tengah buat tarian poco poco .. kah kah kah

Tapi selepas tu baru luorang tahu, yang kumpulan tadi bukanlah mereka yang terlepas dari wad gila tapi merupakan sekelompok bekas tentera yang dah pencen, maka tanggapan itu pasti akan berubah kepada - macam ni punya teruk la latihan dalam tentera tu, sampai jadi mereng bila dah pencen.. gangguan saraf tahap akut.. kah kah kah kah

Kemudian lagi, setelah dirisik baru luorang tahu yang diowang ni sebenarnya tak mereng tapi benar benar bodoh dan perbuatan mereka tu langsung takde kena ngena ngan latihan semasa dalam tentera, percayalah bahawa mereka itu ketika dalam tugasan mungkin suka tuang kerja dan pergi ke kelab dangdut.. kah kah kah kah 

Wa tak tau samada luorang perasan atau tidak, tapi bagi wa ini satu petanda jelas betapa sokongan kepada gerombolan ameno boleh merosakkan saraf pemikiran seseorang. Apabila seseorang diresapi dengan parti saka tersebut, antara simptom simptom yang ketara adalah 

  • hilang perasaan malu dan rela dilihat persis lembu, malah lebih hina dari tu.
  • hilang daya pemikiran rasional
  • hilang pertimbangan kewajaran tindakan 
  • hilang maruah dan harga diri 
  • mudah diperkotak katikkan 
  • jadi bodoh diluar kawalan macam otak tak berfungsi
  • jadi sangat obses pada kelucahan

Banyak dah aksi yang tak masuk akal yang dah dipersembahkan oleh makhluk makhluk ini untuk menjadi mileage pada  teori wa kat atas, dan antaranya 


Image

Berbalik pada cerita aksi tunjuk bontot kat atas, aksi ni memang dah banyak kali dibuat oleh puak puak gerombolan.. sebuah parti yang secara tradisi membela kelucahan. Tak caya luorang nengok perangai 

haruslah diakui betapa aksi atas ni semua dah sampai tahap tak berbeza ngan makhluk kat bawah ..pergh .. cukup sinonim..  kah kah kah kah .. weyh.. sape nak jawab kalo kena bayar royalti ?

Image

Kumpulan 15 orang daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) melakukan gimik demonstrasi yang dinamakan mereka sebagai "senaman punggung" – dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman Ambiga.

Aksi ni bagaimana pun ditempelak oleh Presiden Kelab Kebajikan Veteran Dan Pesara Tentera (KERABAT) dan mengganggap mereka adalah orang orang yang terabai dan dipergunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan dalam BN. Rujuk Berita Penuh

Weyh, PVTM memang dah lama takde kredibiliti sebagai persatuan yang mewakili pesara tentera. Presiden dia plak memang terbukti menipu sebelum ni dengan memakai gelaran 'datuk' yang dibeli dengan harga RM250 ribu untuk mudah dapat kontrak kerajaan, dia sendiri yang terkantoi .. kah kah kah .. luorang boleh baca kat entri wa tahun lepas .. apa punya turrrr

Nota: Teori wa ni bakal menyamai teori lapangan quantum .. kah kah kah

Thursday, April 26, 2012

TAGGED UNDER: ,

Bila Cikgu Kencing Berdiri .. Anak Murid Tak Dan Dahhhh

Awas: Ini Bukan Iklan Kapcai

Image

Image

Image

Image

Ni .. pic ni semua mungkin luorang dah selalu tengok. Tapi wa kasi up sekali lagi untuk refreshment. Dari Timbalan Presiden, Naib Naib Presiden, Ketua Pemuda dan terselit le plak Ketua Gerombolan Penang sama je perangai .. MANGKOK ~!! .. kah kah kah .. Ooppss .. jangan marah ..kepimpinan melalui teladan bhai .. 

Kalo rakyat tak pakai helmet .. pakat kena saman .. konfem. Tapi pemimpin sendiri taknak jadi contoh yang baik, bih tu cemana ? 

Kemudian cuba banding ngan gambar kat bawah dengan gambar kat bawah plak ..

Image

Image

Worang kata (tiru stail Sathia) .. bapak borek anak rintik .. perangai yang atas akan jadi ikutan orang bawahan .. apa nak kata .. contoh dah ada ..

Image
Tu dia aih .. orang bijak vs mangkuk hayun .. kah kah kah

Apa apa pon .. sebagaimana yang dianjurkan Islam, sebaik baik perkara tu elok yang pertengahan ..  semua perkara pon kena sederhana.. tak terkurang dan tak terlebih.

Geng baju hijau yang dalam foto tu dalam konsep yang nak kata ni la, berbanding ngan geng baju merah yang langsung tak pakai helmet kira diowang bawah kategori geng baju hijau.

Tapi geng baju hijau plak kalah kategori ngan mamat kat bawah ni .. haru haru

Image

weyh .. lu apa celup ni ? kah kah kah .. terlebih sudah ..  bersangatan dalam pakai helmet .. tak agak agak .. kah kah kah

Thursday, April 12, 2012

TAGGED UNDER: ,

Kalo Dah Kotor Cemana Plak Nak Join Bersih ??

Image
Sinar Harian

wei wei wei .. apa plak ni ? Takde angin takde ribut tetiba mamat ni boleh bersuara yang puak perkosa tak akan join Bersih .. weyh tak malunya ..sape yang ada jemput puak dia ? ..ceh .. hidung tak mancung, pipi bau mengkarung .. melantung ..kah kah kah kah kah.

Walaweh .. dah lompat sana sini, terjun lurah dan lombong, berselut ngan air limbah .. dah tentu le puak dia takleh nak join Bersih .. segan beb , sebab dah sebati diselaputi ngan kekotoran.

Weyh .. kalo pon nak datang, sila menyamar jadi kodok, orang tak perasan .. tapi kalo terpijak , wa mintak maaf lebih dulu.. kah kah kah kah kah

Akhir sekali , apa wa peduli sama Perkosa ? wa pinjam tagline member blogger merangkap sedara sesakai wa si Madie Kopi Tarik Kaw.. Ada Aku Kesah ? .. kah kah kah kah

Thursday, March 29, 2012

TAGGED UNDER: ,

Debik : Jangan Berlagak Tapi Bodoh Melantun

Image


Wa dah naik jemu dengan omelan dari orang yang dengan sengaja tak nak paham .. weyh .. nak kritik biar masuk ngan isu, kalo tak paham tak yah kritik , pi balik bagi hamster makan, lagi banyak pekdah ..tak pon ajak burung kakak tua lawan cakap .. baru ada akai..

Menda ni bukan isu baru, dah tu yang bercakap plak bukan orang yang tak gi usrah .. tapi ye le .. baru naik jadi naqib dah rasa terer ngalahkan Syeikhul Azhar. Nak kata apa orang yang cenggini ? Mental disorder ke ? Wa dah banyak kali pesan, menda senang jangan bikin susah , jangan bikin ribut, biar nampak bodoh .. asalkan bukan betul betul bodoh. Jangan salah debat nanti kena debik .. 

Isu nya apa ? Tak nak sokong PAS sebab regu ngan DAP ? Nak samakan regu PR ngan regu Gerombolan ? Pala hotak lu (maaf bahasa kasar). Tu lah, dulu mak bapak bagi duit suh belajar elok elok, lu plak melencong gi taman permainan main buaian, challenge sape lagi laju, challenge sape yang hayun lagi tinggi,  dah beso panjang jadi mangkuk hayun .. baham tanah. 

Weyh, wa cakap lagi sekali, gerombolan adalah satu badan persekongkolan yang memang ditubuhkan untuk sama sama mendirikan negara yang berteraskan sekular sebagai teras perundangan .. nak wa ulang ? Mereka tak kan pernah ada tanam cita cita untuk menggubal perlembagaan sebab terjajah ngan sistem Lord Reid yang terus jadi pujaan. Lu pernah baca statut perlembagaan ? Lu tahu apa itu sekular ? aahh .. lu google je la kan senang ..  Berbanding regu PR yang dalam klausa Tahaluf Siyasi, tapi wa rasa .. klausa ni lagi la lu tak paham .. kan .. ? kan .. ? Ok .. lu fikir kan bebaik .. cerna sampai hadam.. lepas tu kalo masih tak paham baik lu mintak kerja sebagai tukang gali tanah kubur, mungkin lu akan dapat sinar keinsafan lepas tu. Ni wa nak bagi hipotesis yang paling mudah ..

Ahmad - Kaki surau
Bakir - Mat Ranggi
Ah Leng - Tokey ikan

Dalam hidup seharian, Ahmad suka pada majlis ilmu dan kerja amal, Bakir sentiasa up to date ikut perkembangan sementara Ah Leng plak kalo tak gi pasar, dia mem bz kan diri kat kolam ternakan ikan. So dalam hal ni, memang susah nak nampak diowang akan lepak kat kedai kopi simpang jalan dalam satu group. 

Kalo kolam ternakan Ah Leng kena tuba ngan penyangak, Bakir tepuk tepuk bahu Ah Leng suh dia sabar, Ahmad plak ajak Bakir pakat pakat tolong mana yang patut. Setakat itu . Bila motor Bakir hilang, Ah Leng plak sudi tumpangkan lori dia untuk gi buat repot polis sementara Ahmad lancarkan kutipan derma . Setakat itu. Bila kaki Ahmad terseliuh, Bakir tolong carikan ubat sementara Ah Leng plak bagi Ahmad berhutang bekalan ikan selama dia tak leh kerja ..pon hanya setakat itu. Senario ni semua dinamakan gotong royong .. bantu membantu .. tapi weyh .. ni blom lagi masuk ke bab tahaluf siyasi .. lu paham tak ?

Then, tiba musibah kat kampung tu, pencuri bermaharajalela , rumah Ahmad, Bakir dan Ah Leng masing masing dah kena pecah. Masing masing dah tak boleh buat kerja ngan tenang. Lepas satu satu kecurian berlaku sampai diowang takleh tahan. Lepas berpakat, diowang setuju nak buat rondaan macam rukun tetangga. Setelah tu diowang bertiga memang selalu dok sama sama, minum sama sama, bermesyuarat sama sama, bertukar tukar pendapat dan strategi bertujuan untuk menangkap pencuri sekaligus kembalikan ketenangan kampung .. dan yang ni laa dinamakan Tahaluf Siyasi. 

Then , kalo pencuri tu dah ditangkap atau masalah kecurian dah setel, Ahmad takkan mungkin jadi Mat Ranggi, Bakir takkan mungkin jadi Tokey Ikan sementara Ah Leng takkan mungkin jadi Kaki Surau .. lu paham tak ni ? Diowang ni ada watak dan ciri masing masing .. soal samada rukun tetangga tu nak diteruskan selepas kejadian tu soal lain .. terpulang le dengan keadaan .. Cuma yang wa nak katakan .. DIOWANG BERSATU SEBAB NAK PERBETULKAN KEROSAKAN .

Bab anak anak si Ahmad, Bakir dan Ah Leng saling bercakaran tu .. standard ah .. gurau sekampung .. bapak diowang dah ada mutual understanding. Malah Ah Leng sendiri pon dah banyak faham pasal Ahmad secara langsung padahal sebelum tu dia cuma tahu gitu gitu je ..sebab sebelum ni dia ditakut takutkan dengan imej kaki surau oleh makhluk yang sebenarnya sama bangsa ngan Ahmad gak. Natijah dari mesranya hubungan Ahmad dan Ah Leng plak berjaya membuka mata geng Ah Leng dan jiran dari kampung sebelah si Maniam malah ada yang secara sukarela plak yang gotong royong untuk sesama jaga surau .. pelik tak ? 

Weyh ..cerita ni  mudah je, cuba le tingkatkan daya intelektual skit  asalkan lu tak blok pemikiran lu untuk cari korner..  Insya Allah lu boleh nampak line clear..boleh faham ke idak ni ? .. jangan jadi jumud ..wa dah haus .. kalo lu tak faham gak .. lu ulang baca sampai tertekan ..malas aa nak layan lu lelama .. wa nak gi buat neskepe .. kah kah kah kah 

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top