Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel AA

Mengawal Perasaan Tidak Tenang

Cara terbaik untuk mengawal perasaan tidak tenang akibat berlambaknya isu semasa yang menjengkelkan dan menserabutkan kepala adalah dengan berhenti membaca isu, berita dan khabar angin di laman sosial yakni di Facebook, Twitter dan portal-portal berita. Tetapi cara ini pasti boleh disanggah seperti; "Ketinggalan zaman." "Tak ikut peredaran masa." "Tak dapat luaskan pengetahuan dan hal semasa." "Tak up to date dengan perkembangan." Sesetengah berpendapat; Cara terbaik adalah dengan menyelidik dahulu sumber berita sebelum berkongsi pada yang lain-lain. Namun, sedar tak sedar ini tidak dapat menghalang berleluasanya berita dan isu yang berbentuk 'false-news' atau 'exaggerate news'. Termasuk isu yang tidak penting seperti selebriti keguguran atau anak selebriti kena denggi. Belum lagi video-video loyar buruk dan 'konon kelakar' atau bahasa kasarnya, video bangang untuk buat gelak ketawa. Oh, video ku...

Jam Tangan Kanan

Aku memandu dan dia duduk di sebelah. Mata aku melihat tangan kanan dia dan terlihat dia memakai jam tangan di tangan kanan. Terus, aku buka jam tangan aku yang ada pada tangan kiri dan menukarnya ke tangan kanan aku seperti kebiasaan.              "Eh, kenapa awak tukar kat tangan kanan?" tanya dia.             "Oh, saya memang pakai jam kat tangan kanan. Saya pakai jam tangan kiri sebab biasanya makwe sebelum-sebelum ini yang saya keluar ramai yang pakai jam tangan kiri. Karang berlaga" jawab aku             "Elehh, tiru ke apa? Saya pakai jam kat belah kanan sebab nak cover ini.." tunjuk dia pada tangan kanan dia yang ada parut kecil pada pergelangan tangan.             "Eh? Saya pun sebab itu juga. Nah tengok." aku dengan segera tunjuk parut pada tangan kanan aku itu.              Dia tergelak. Dan kami tergelak di d...

Lagu Cinta Hari Ini

Imej
Cinta zaman sekolah jika difikir-fikir semula, sangat seronok dan ada warnanya. Walau sudah dewasa sekalipun, jadi terlalu seriuuuus pun tak boleh juga sebenarnya. Mahukan hubungan yang matang serius atau hubungan matang tapi ada warnanya? I choose love with color. Not black and white like others. "Yes no yes no, itu tak boleh, ini tak boleh. Jangan pergi sana, jangan pergi sini. Keluar dengan kawan ke tempat ini boleh pula, keluar dengan I tak boleh? Kalau nak keluar, kena ada I. U tak boleh keluar dengan kawan kalau takde I." Seriously, kejadah apa seyhh ? Hitam putih gila hubungan macam tu. (weh, dah nak 2013 wey ) Inb4 , "Hidup ini tak bererti, jika tiada cinta dihati" Kau single? HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHHAHHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHHAHAHHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHHAHHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHHAHAHHAHAHAHHAHAHAHAHHAHHAHAHHAHAHHAHA! p/s : Cakap ke diri sendiri nampak yang part single t...

Dilema-dilema

Sekarang baru aku rasa apa yang abang Jamal bagitau aku dulu tapi aku tak percaya. Dan aku dapat rasa perasaan ini kadangkala seronok, tetapi jauh dalam sudut hati ini rasa kurang enaknya, kurang lazatnya. Rasa nak menyumpah pada diri sendiri. Inilah rasa dilema seorang lelaki yang ramai kawan perempuan tapi masih takde calon lagi untuk dibuat bini dan rasa celakanya bila sedara-mara-kawan-kawan asyik tanya ; "Kau bila lagi?" "Sepupu kau dah kahwin, kau bila pulak?" "Kawan kau ni dah kahwin, kau tak nak kahwin?" "Kerja dah sedap. Gaji dah sedap, dah mampu. Perempuan pun ramai. Takkan takde rasa nak kahwin?" Blerghhhh. Tengkorak kau. Kalau memilih perempuan itu seumpama memilih baju baju cotton yang serba menarik kat butik Uniqlo, dah lama aku borong tiga empat bag. Celaka, tak sedap langsung perumpamaan sebegitu. Yelah, takkan aku nak buat perumpamaan, kalau memilih perempuan itu seumpama pilih baju kat Big Bundle, dah lama aku boron...

Siri Tafsiran Jantan : Perempuan Twitter

Imej
Sekadar hiasan Perempuan Twitter di sini merujuk kepada perempuan yang menggunakan laman sosial Twitter secara kerap, konsisten dalam kehidupan seharian. A new platform for women to commercial her self in social media medium by using attraction words, beauty and response for certain purpose. Dari tweet jatuh ke hati katanya.  Dunia media sosial telah berkembang dan beralih arah dari Facebook ke Twitter. Perempuan Facebook secara pandangan jujurnya sudah kurang mendapat sambutan berbanding Perempuan Twitter. Perempuan Blogger juga sudah kurang diberi perhatian kerana kehadiran Perempuan Tumblr yang lebih hispter . Berikut adalah contoh streotype Perempuan Twitter; 1. Followers lebih dari 500 orang. Ya, anda adalah Perempuan Twitter kategori junior . Kalau pada range 1000 - 5000 followers , anda adalah kategori  hip . Kalau dah nak cecah 10000 dan ke atas. Anda adalah Tweet Famous. Bawah 500 followers ? Maaf, cuba lagi. 2. Following pul...

Raya Raya Cinta

Lima hari blog ini tak dikemaskini. Maaf sebab kami semua sedang bercuti dan pejabat kami pun bercuti sehingga 29hb ini. Apa apa pun aku mewakili warga kerja Terfaktab mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin. Maaflah sepanjang tahun ini jika kami ada buat kecil hati ke, terasa hati ke, salah dan silap semua itu kami mohon maaf sepuluh jari. Kosong-kosong ya? Aku cuma nak sentuh beberapa perkara tentang cinta yang aku jumpa baru-baru ini; 1. Aku percaya dengan long distance relationship . Tapi aku tak percaya dengan perkahwinan jarak jauh. Perkahwinan jarak jauh are totally sucks dan sila elakkan kalau tak nak bercerai. 2. Setiap lelaki ada prinsip tersendiri dalam relationship . Ada yang guna kaedah best men win , ada yang guna kaedah chill and carry on , dan ada yang guna low risk is the best . Mana-manalah yang ada sekalipun, tapi aku lebih suka dengan cara low risk is the best . Sebab malas nak pening-pening kepala. 3. Kalau teman wanita kau dah m...

Memory is History

Aku masih ingat apa yang dia cakap dalam kereta Proton Gen 2 warna putih, kat depan Mcdonalds Sungai Dua setahun yang lalu. "Saya menyesal bercinta dengan lelaki yang takde masa depan" Terpukul. Macam kena pelempang percuma. Masa itu aku tak tahu nak adu kepada siapa. Nasib baiklah ada kawan baik aku, Asang (pemuisi handalan) dan Man Aziz (jurufoto berpengalaman) menemani aku selepas aku jatuh gila melihat bekas kekasih aku kena sailang dengan lelaki foreigner. Macam-macam kata semangat mereka berdua ini bagi kepada aku selepas aku pulang dari menghadapi situasi sukar. Sampai ke bilik Asang, dia tanya pada aku; "Kau ok ke tak ni?" "Hmm.. tak tahu lah Asang" "Jangan buat teghok lah, cerita sikit" Aku menceritakan segalanya apa yang berlaku dari A sampai ke Z. Ternganga jugaklah bila rasa macam tak percaya yang ex aku buat seperti itu. Tapi Asang tetap cool. Sambil dia petik gitar lagu Fake Plastic Tree, dia cakap; ...

Artikel Pagi

"Nak bercinta, tak perlu rujuk Terfaktab. Waste of time. Just go with the flow. Ada jodoh, ada lah. Takda jodoh, jangan jadi bodoh." Aku sering nampak quote ini di retweet ramai orang kat Twitter . Ia hanya mampu buat aku tersenyum. Tapi bukan semudah senyuman setuju atau senyuman tak setuju. Senyuman yang ada ialah; 'Yarabbi ada jugak orang macam ni?'  Ok. Itu senyuman kurang setuju. Mengaku sajalah Aqram. Sebenarnya aku tak nak bercakap pasal 'bercinta tak perlu rujuk terfaktab' . Ya, dalam mempelajari kehidupan terutamanya hal cinta, tak semestinya kamu semua kena rujuk Terfaktab sahaja. Tapi tidaklah sampai tak perlu rujuk langsung. Setiap orang ada idea dan pandangan tersendiri. Seperti aku, kadangkala aku rujuk pandangan dan nasihat skuad Terfaktab. Kadangkala, rujuk novel dan lirik cinta. Kadangkala rujuk Utusan Malaysia (eh, serius tahu?). Mungkin juga tak salah aku rujuk blog-blog lain sebagai jalan menerima pandangan orang lain. Aku cum...

Mengorat Makwe Gig

Dunia gig dan konsert sememangnya sudah menjadi sebahagian dari minat aku sejak dari sekolah lagi. Aku masih ingat gig pertama yang aku pergi ialah sewaktu di tingkatan 3. Bertempat di Segamat, aku dan sepupu aku yang menggilai madah haluan Skin Head pergi ke gig dengan kasut Dokmat, seluar kecik, baju ragbi Canterbury All Blacks dan rambut pendek kemas ala-ala fahaman Trad-Skin. Berkobar-kobar hendak menyaksikan band-band Oi apatah lagi sewaktu itu zaman The Suspect A.K.A yang terkenal dengan lagu Kami Yang Disyaki. Malangnya, gig pertama yang aku pergi itulah juga gig pertama yang aku pergi kena raid. Nasib baik dapat lari ikut pintu belakang, lalu tangga spiral dan lompat tingkap. Binatang betul Harian Metro. Ini gig Oi, bukan gig Black Metal lah! Tapi masa tu. Memang takdelah nak ada can mengorat makwe kat gig. Mostly Chelsea girl masih kurang. Kalau ada pun, aku masih budak-budak lagi. Hahaha. Sewaktu aku tingkatan 4 dan 5. Aku kurang pergi ke gig. Tapi, aku menjadi p...

Kosong

T iada lagi sebenarnya ingatan lama itu. Aku hanya berjalan seorang diri apabila melintas suatu tempat yang dinamakan cinta. Ia datang dan pergi. Kau yang lama, entah aku tidak tahu, entah aku tidak ingat. Kau siapa ya? Tiada lagi bintang dan boneka. Aku bukan lagi boneka cinta. Tapi, cinta yang datang pada aku. Cinta aku kawal. Aku maharaja yang melaras cinta dengan keangkuhan. Sesiapa saja akan aku tembak dengan laras cinta ini, peluang untuk rasa nikmat apa itu bercinta sebenarnya. Tiada lagi bintang dan hari. Apatah lagi Sirius mahupun Bellatrix. Semua itu telah aku padam kemas dengan cermat. Aku masih ingat sewaktu kali terakhir terserempak dengan kau. Bukannya rindu yang hadir dalam sanubari aku. Sebaliknya kebencian. Benci semata-mata. Namun, Hati aku pada satu saat rasa kosong. Jiwa dan fizikal aku seakan tidak lengkap. Puas aku isi dengan nur, namun masih kekal sebegitu. Membeku. Lelah aku isi dengan kemodenan, jelas ia bukan penawar. Ini adalah...

Siri Tafsiran Jantan : S.A.I.L.A.N.G

Imej
Anda berani nak sailang? Tak? Bagus. Good boy. Sailang (sebut; sai-lang') merupakan satu perkataan lama yang telah diperbaharui dari perkataan 'si awek hilang' bagi merujuk kepada satu maksud;  Kekasih atau isteri dirampas atau diambil oleh orang lain. Sailang juga digunapakai untuk merujuk kepada mencuri projek saat akhir seperti Projek Nadir Bumi di Kuantan yang telah di sailang saat akhir oleh Lynas dari tangan YTL Corporation. Mungkin. Menurut pakar hal ehwal komunikasi rumah tangga, Dr Hai Wan Kah dari Universiti of Kuching, sailang telah menjadi satu budaya sejak berkurun lagi. Seperti kisah Hang Tuah menyailang bakal isteri Sultan Melaka iaitu Tun Teja lebih kurang empat purnama sebelum menyerahkan kepada sultan. Sebelum itu, Hang Tuah juga telah menyailang Tun Teja dari mak bapak Tun Teja iaitu Raja Inderapura. Nakal rupa-rupanya Hang Tuah. Kini, di abad baru, sailang telah menjadi satu trend. Contoh stereotype 1. Makwe kena sailang dengan p...

Awak Suka Perempuan Macam Mana?

Imej
Sejak aku mula bekerja di tempat baru, bekerja sebagai seorang penjaga kualiti barang-barang elektronik yang menjadi pemuas nafsu pengguna gajet berteknologi kini. Aku mulai sedar tentang kualiti seorang perempuan perlu ada benchmark. Ya, dengan kata yang lain, seseorang lelaki perlu ada benchmark (penanda aras) pada wanita yang di ingini. Kalau ada lelaki yang berkata dia tak kisah nak berkahwin dengan siapa. Dia tipu. Kalau ada lelaki kata dia tak hensem. Pun sama, dia tipu. Kaitannya bila bekerja di tempat baru, pastilah aku ditanya oleh sebilangan gadis atau mak gadis yang baru aku kenali tentang;  'Awak suka perempuan macam mana?' Jadi, aku ingin jawab secara peribadi dan jujur. Di sini. Sebab semasa ditanya soalan itu kelmarin. Aku menjawab ' entah ', sambil senyum tersipu-sipu. Kita mula dari segi fizikal dahulu ya? 1. Aku suka atau lebih tertarik pada  perempuan free-hair. Simple potongannya dan tidak berwarna. Paras bahu. Tidak gemar...

Sebuah Tips Dari Abang Aqram Kepada Saudara-Saudara Sekalian.

Saudara-saudara sekalian. Aku ingin berpesan kepada saudara-saudara sekalian. Kalau kita hendak tunjuk gentleman atau hero, biarlah bertempat. Atau lebih tepat, biarlah kena dengan kudrat. Sebab aku nak cerita satu situasi yang mungkin saudara-saudara boleh aplikasi di lain hari. Saudara-saudara kalau sedang memandu. Syok punya syok tengah memandu sambil layan lagu The Smiths - Please please please, let me get I want, sebab saudara baru kehilangan cinta atau sedang mengenangkan kisah-kisah lama yang tak dapat saudara teruskan. Tiba-tiba saudara-saudara sekalian nampak kereta berhenti tepi jalan lebih kurang satu kilometer dari kereta saudara. Saudara-saudara sekalian secara pantas membulatkan mata apabila melihat kereta yang berhenti di tepi jalan itu ropa-ropanya tayar pancit. Yang menyebabkan saudara-saudara membulatkan mata sebab kereta itu dibawa atau yang sedang berdiri sambil buat muka cemas minta tolong ialah seorang perempuan yang cantik dan hot. Memakai skirt paras lutut, s...

Kejap Je

Imej
Sudah lama juga aku tidak menulis di sini. Saban hari mengira duit dan mengira makwe. Eh maaf, mengira duit dan mengira hari untuk mencerahkan masa depan sendiri. Buat aku terlupa pada tanggungjawab di blog yang aku salut ini. Hendak bercerita pasal apa ya? Oh. Pasal ini ; Aku rasa aku lucky person kot. Kehkehkeh. Harapan! Sebenarnya, lebih baik jadi 'forever alone' person dari menjadi 'forever a loan' person ye dak?

Vappy Valentine Vay

Hai semua. Aku di sini mewakili seluruh warga kerja Terfaktab ingin mengucapkan Selamat Hari Kekasih kepada seluruh pembaca Terfaktab khususnya Terfaktab-Lovers di seluruh Malaysia dan di luar negara.  Jika di ingat semula pada Hari Kekasih lepas, kami skuad Terfaktab menganjurkan minggu Single bukan? Malangnya pada bulan Februari ini tidaklah dapat untuk kami mengadakan minggu istimewa kerana seluruh warga kerja sedang gigih menyiapkan karya-karya untuk edisi kedua Kitab Terfaktab yang dijangka akan diterbit pada April nanti. Sebelum itu, aku juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas undi-undi yang kalian telah beri pada anugerah Media Social Week 2012 di mana blog Terfaktab ini telah menjadi finalist untuk merebut anugerah Upcoming Blogger Of The Year. Ya, secara tak semena-mena, aku perlu menghadiri summit dan cocktail party bagi menunjukkan komitmen Terfaktab kepada pihak seketariat terutamanya. Tapi, bagus juga. Ada banyak input yang aku dapat dan boleh di aplikasi ke...

Siri Kalau Kau Nak Pergi Dating 2

Imej
Benda simple aku mintak. Tolong.. Jangan k-pop sangat. Maksud aku pakaian k-pop sangat. dan juga tolong.. Jangan Zahrina Lavocah sangat. Faham? Aku jumpa member-member yang dating pakai macam ni. Aku sebat, aku rejam. Series.

Siri Kalau Kau Nak Pergi Dating

Kalau kau nak pergi dating. Tolong buat perangai elok-elok. Perangai elok-elok kat sini bukan bermaksud kau perlu berpura-pura jadi orang baik. Tak tak. Jadi diri sendiri tapi behave . Jangan buat kerja gila seperti first dating je kau dah berani cium pipi kemaen lagi aku tengok. Kepala horlicks kau! Buatlah perangai elok-elok. Be straight . Bercakap dengan gaya lelaki. Bukan bercakap macam nak kena penendang. Sumpah cakap nak kencang berlagak nauzubillah . Apa nak peduli kalau bapak kau kerja dengan Astro tapi bila makan kau kunyah kalah bunyi speaker 30 watt ? Apa nak peduli kalau kau kerja dengan Sime Darby tapi zip seluar kau tak reti tutup? Cuba tenang, tarik nafas bila pergi dating. Santai dan jangan gelabah sangat. Berpeluh itu biasalah. Lelaki kalau tak berpeluh bermakna dia lelaki yang kurang buat kerja kasar. Paling tidak menaip depan laptop dibawah penghawa dingin. Fancy .  Be gentleman sewaktu berdating. Bukan gentel- men . Itu paling penting. Oh ya. Kalau pergi ...

Kembali Pada Landasan Yang Betul

Berakhirnya minggu poligami pada minggu lepas telah menghamparkan kita pada seribu persoalan dan nukilan pendapat mengenai cakap-cakap poligami yang jika dilihat, masih berada dalam tahap 'tidak dibenarkan' dari 'dibenarkan'. Namun, itu bukanlah masalah pokok yang boleh mengheret kita pada permusuhan kerana di akhirnya, poligami merupakan suatu pilihan, bukan ketetapan. Sesiapa sahaja boleh bercerita dan berpandangan dalam isu poligami kerana kebebasan bersuara di Terfaktab ini adalah mutlak dan fleksibel pada sesuatu kondisi. Kita perlu lihat isu poligami bukan saja pada kaitan keagamaan, bahkan kepada kaitan sejarah, sains-sosial dan juga releven poligami pada suatu masalah dan keadaan. Itulah landasan yang tepat dalam memupuk masyarakat cenderung berfikir secara kritis dan kreatif. Kita tidak mahu masyarakat kita berfikir secara membabi buta seperti yang telah kita lihat di luar sana. Kesimpulan untuk minggu poligami? Tiada kesimpulan. Kerana adakalanya sesuatu per...

Poligami? Apa Senggama.

Imej
Gua bila ditanya pasal poligami ni. Mende apa seyhh? Dia tak tahu ke gua ada bercita-cita nak kahwin dua? Hehehe. Tak. Series weh. Dulu masa gua kecik-kecik, bila bapak gua tanya gua cita-cita gua. Gua pernah cakap yang gua nak kahwin dua. Bukan kahwin dua kali. Tu buat hape. Dua bini lah woi. Dua bini. Baru betul. Pakcik gua sampai geleng kepala dengar jawapan gua. Tapi, dalam geleng tu gua syak dia ada jugak jeling makcik gua macam ada satu isyarat radar yang mahukan cita-cita gua itu menjadi cita-cita dia jugak. Celaka. Gua time tu rasa sedih pulak sebab pakcik gua nak curi cita-cita gua. Biarlah budak-budak lain cita-cita nak jadi astronomi ke, nak jadi amalina ke. Gua dengan kental masa tu, nak jadi apa jadilah. Tetap gua nak kahwin dua. Bini pertama gua masa tu gua target nak Fauziah Latif. Bini kedua pulak macam-macam Sheila Majid. Peh peh peh! Siti Nurhaliza? Apa baranggg. Baik gua dengar lagu Maya Bunga-bunga Matahari. Tu pun lawa jugak apa. Tapi, gua cakap jujurlah. Masa ...

Perutusan Terfaktab 2012

Imej
Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 ya?  Pejam celik pejam celik sudah masuk tahun baru. Pejam celik pejam celik dari ada makwe, dah takde makwe. Pejam celik pejam celik, dari takde makwe-pakwe, tengok-tengok dah nak bernikah. Kehidupan ini semakin singkat. Masa berlalu pantas dengan pelbagai rentetan peristiwa berlaku disekeliling kita. Begitu juga dengan organisasi yang di-salut ini, Terfaktab. Tiga tahun lepas di mana kita berada dan apa status kita? Apakah kita berjaya ataupun masih dalam kegagalan? Masih dihantui kenangan memedihkan hati atau mahu keluar mencari sinar harapan yang mampu menjulang diri kita lebih berdominasi menggapai kejayaan. Ini semua terletak pada tangan kita untuk mengubahnya. Pujangga ada menyatakan; "Nasib dan takdir itu dua perkara berbeda. Nasib boleh diubah, tetapi takdir tidak boleh. Kejarlah nasib yang baik, dan terus berdoa agar takdir sentiasa menyebelahi kita." Sepanjang penubuhan organisasi sejak November...