Showing posts with label sold. Show all posts
Showing posts with label sold. Show all posts

Monday, December 14, 2015

Citizen AutoDater 7 (SOLD)

Image

Image
Citizen AutoDater 7 Jet...
Jangka hayatnya telah disambung.
Jika jam automatik yg anda pakai mati di tangan atau apabila diletak di atas meja, sedangkan anda sudah memakainya berjam-jam, jangan risau. Bawa ke kedai kerana rotor automatiknya ada masalah.
Sekarang boleh dipakai dengan hati yang gembira.

Sunday, October 12, 2014

Longines 10kgf manual (SOLD)

Image
 Manual winding

Image
10kgf
Image

Image

Image

Longines era 50 dan 60an sering kita pandang sebelah mata, sedangkan pada era itu Longines adalah antara jam yang tidak kurang kehebatannya. Jam-jam pada era tersebut masih menggunakan movement sendiri, tidak sebagaimana sekarang kebanyakannya menggunakan movement eta. Kita tidak mengatakan movement eta ini kurang baik, cuma kekurangan identiti tersendiri..


Baca di bawah tentang untuk menimba ilmu tentang longines


http://forums.watchuseek.com/f20/60s-longine-ultra-vs-60s-om-constellation-better-watch-332501-2.html

Wednesday, October 1, 2014

SEIKO SAMURAI Ti SBDA005 : tiada jodoh antara kita

Seiko Samurai....jam diver yang menjadi aset yang bernilai kepada collector seiko. Pernah memiliki sebiji seiko samurai dial putih pada tahun 2010. Selepas dilepaskan termasuk hampir semua jam-jam diver aku, fokus aku pada jam-jam biasa sahaja.

Tetapi tarikh 26 Sept 2014 mengubah segalanya. Jam OM yang aku simpan sejak 2010 dipinang orang. Entah mengapa mudah sahaja tangan aku melepaskannya pergi. Tapi bak kata pepatah Melayu, patah tumbuh, hilang berganti. Sabtu 27 Sept, sebiji seiko samurai Ti menyerah diri. 

Kalau nak mengetahui sejarah samurai ini baca disini.  http://quartzimodo.com/a-farewell-to-the-last-samurai/#more-2075 . Diceritakan dengan panjang lebar selepas seiko menghentikan pengeluaran samurai pada tahun 2010. ( samurai pertama aku dibeli pada tahun 2010)

Image
pic source : http://forums.watchuseek.com/f21/lets-list-all-seiko-citizen-orient-nicknames-332331.html
Higuchi antara pelopor awal yang mempopularkan jam-jam JDM 

bagaimana pula rupa jam samurai selepas 10 tahun productionnya

Image
Tali baru, bukan design asal.

Image
keluaran awal Januari 2004
(2004-2014)

Image
gigi bezel samurai sememangnya lain daripada kebiasaan diver seiko

Image
design yang mungkin luar biasa10 tahun dahulu

Image
Harga asal 10 tahun dahulu hanya 36750 yen
Dengan kadar tukaran hari ini RM1100
Wow...berapa perlu anda bayar untuk mendapatkannya hari ini

Image
Tingginya nilai jam ini terletak pada perkataan "titanium"

Image
Samurai pertama aku, 


Image
Dalam kenangan

Image
Price tag samurai  serial # 680027

more pics here

http://forum.tz-uk.com/showthread.php?163285-Seiko-Samurai-Titanium-realistic-price-and-technical-issues

update : 26/10/2014 jodoh tak panjang, berpisah jua cara baik.


Tuesday, September 9, 2014

OMEGA DYNAMIC RACING DIAL :SOLD ( dah rujuk semula)

Syukur Alhamdulillah aku diberi kesempatan memiliki jam omega dynamic dengan racing dial.
Aku melalukan percubaan untuk menaikkan lagi seri jam ini. Akutelah memadankannya dengan talikulit warna coklat. Memang padan sekali. Tapi bagaimana jika dipadankan dengan bracelet. Inilah hasilnya.....
Image

Image

Image

update 26/10/14 .  jodoh ku panjang dengan mu...

Tuesday, December 10, 2013

alat main jam NOS

Image


org order....kemudian senyap. dah 2 minggu. Maka saya jual di blog.
Barang terakhir NOS dari kedai....jual "as is"...

RM SOLD nett dengan pos laju. ( lebih berkualiti daripada 16 pcs tools set)

gambor lame kome tengok di sini le, gambar atas guna camera talipon aja

http://jammasa.blogspot.com/2013/09/tools-nos.html

Wednesday, September 18, 2013

Beg Jam - SOLD

Image
 cantik untuk pamerkan jam.

Image

Image

Image

Image
untuk 20 jam tangan saiz kecil atau besarrrr


Tuesday, September 17, 2013

Tools (NOS) - SOLD

Image
 barang ni boleh kira nos...dah berhabuk kat kedai tu
ada satu slot kosong tu tak tau apa bendanya
kotak yang lain pun aku tengok kosong aja.


Image
 ada 9 alat sahaja...boleh lah untuk menukar tali jam, potong bracelet
dan buka caseback
Image
 yang hitam tu kanta pembesar...nak tengok jerawat kat
muka jam boleh le.

Image
 ada ruler pulak...boleh le nak ukur saiz lug

Image
 kanta biasa aja...
Image
 penukui ni dah karat...
Image
habis pakai...tutup kotak


Saturday, September 14, 2013

Kotak Jam 12 X 7 X 3 inci (SOLD)

Saya sekarang ni pakai kotak jam yang kecil, tapi boleh masuk 17 biji jam. Sangat sesuai jika jam-jam bersaiz sehingga 40mm.

Image
 boleh masuk 17 biji jam

Image
 jam saiz paling besar saya ada

Image
 setakat ni tak lagi le jam ni berlaga

Image
yang di gantung diselang seli, kemungkinan berlaga sangat tinggi

Image
 ada kain pemisah

Image
 saya tambah kain buruk sehelai

Image

Image

Image

ini kotak yang nak dijual
kotak baru
RM95 siap pos laju (Semenanjung)
RM105 ( Sabah/Sarawak)
saiz kotak kategori kecil 12 x 7 x 3 in

sms 0194618285

stok: 2 unit sahaja

Friday, May 17, 2013

Kotak jam 12 slot - sold out


Image


Image



item : kotak jam
model : 12 slot
material luar : kayu
material dalam : fabrik
status ; baru
keterangan: warna kayu gelap. permukan atas daripada plastik keras
saiz: 37.5 X22.5 x 8cm
harga cod ipoh : RM190
harga pos laju semenanjung : RM205
harga pos laju sabah sarawak RM215