Showing posts with label tool. Show all posts
Showing posts with label tool. Show all posts

Monday, January 2, 2012

Digital Vernier Caliper / Angkup Vernier (SOLD)

Image

Image

Masa sekolah dulu sewaktu kelas fizik mungkin ada antara kita biasa guna angkup vernier. Bila dah minat dengan jam ini, aku membeli angkup ni sebab nak buat kerja ukur mengukur. Sebelumnya aku pakai pembaris dan tali tape orang buat baju aja. Mana kelas gitu. Akhirnya aku beli angkup vernier plastik.

Angkup vernier di atas tu saja-saja beli. Sesiapa nak boleh le ambil. Barang baru. Ada manual penggunaannya. Digital. Solid stainlessteel.

RM55 dengan pos.
Mr Kamarozaman, Ganu

Kalau ada kawan-kawan nak alat pengukur ni, sms saya, kita boleh buat "special order".

Tuesday, July 12, 2011

Puncher

Image
Minat terhadap jam menyebabkan adakala kita bertindak diluar batasan. Bagi aku yang bertangan kecil ini, bila memakai starp kulit, jam selalu tergelincir. Maka aku perlu menebuk satu lubang baru. Aku mencari puncher yang kecil, tetapi sukar. Yang ada diinternet tak mahal, tetapi bila campur kos penghantaran, ianya merugikan. Akhir aku beli yang ini, kalau yang murah seperti aku punya ni, kurang daripada RM20. Isteri aku diam tak terkata. Alat ini besar, jika nak tau besar mana click gambar.Jadi kita mesti bijak  mengelak, dengan mengatakan ianya boleh digunakan untuk menebuk lubang pada tali pinggang aku atau anak-anak sebab aku ada 2 anak lelaki. Adakah ini WIS?

Saturday, February 5, 2011

Watch tool for novice

Jika anda mengumpul jam, anda perlu memiliki alat untuk bermain dengan jam. Sekali sekala anda boleh menukar pakaian jam. Seperti jam titoni saya sekarang dah pakai seluar kulit berbanding seluar asalnya ss.

Ada kalanya seluarnya terlalu panjang, maka perlu dipotong. Pergi kedai banyak kosnya, minyak kereta, masa dan upah. Jadi belajar-belajar le buat sendiri. Alat yang saya guna untuk tukar tali jam ialah benda dibawah ini, boleh le di panggil watch band pin remover.

Image

Ini antara cara yang paling mudah. Tiada panduan disediakan. Pandai-pandai le sendiri. Maka saya buat le seperti dibawah.Putarkan handle alat tersebut supaya boleh diletakkan tali jam anda. Pastikan kedudukan pin yang hendak ditanggalkan berada setentang dengan pin pada tool tersebut. Jarum alat tersebut dihalakan ke lubang pin bracelet dan putarkan handle supaya ianya dapat menolah pin bracelet keluar. Video cara penggunaan alat ini boleh dilayari di Internet. Tanya pada pak cik Google.

Image

Alat berbentuk blok di bawah ini juga saya gunakan untuk memotong tali jam. Ianya perlu bebarapa tool lain seperti penukul kecil dan beberapa bilah pin punch ( tak tahu nak panggil apa) ikut saiz yang bersesuaian. Beberapa saat sahaja kerja anda selesai.

Image
Link pin remover

Image

Link pin remover with pin punch set


Image

Selain itu alat dibawah ini juga penting untuk menanggalkan spring bar pada lug supaya dapat ditukar bracelet atau strap jam. Perhatikan mata jarum tu seperti kuku kambing yang dahulu digunakan untuk menanam padi. Jadi saya namakan sahaja alat ini kuku kambing.

Image
Kuku kambing

Untuk membuka case back jenis screw pula anda mesti ada plier/ragum seperti gambar dibawah ini. Maka anda boleh le melihat-lihat movement jam kesayangan. Amaran : jangan buka selalu, nanti dimasuki habuk atau kelembapan.

Image
Cara guna, laraskan skru mengikut saiz case back.

Image
Wajib kepada pengumpul jam antik. Kalau jam baru tak perlu le buka case back sehingga perlu di servis.

Image
Untuk yang berminat memiliki alat permainan ini boleh hubungi saya. Masih ada satu set dalam simpanan saya @ 16 pcs tool set China Made. Jangan malu, mat saleh pun pakai benda China Made ini juga.