Showing posts with label Cookies. Show all posts
Showing posts with label Cookies. Show all posts

16 September 2009

Biskut Arab Susu

Image
Watie bersiap untuk lebaran
Semua diperiksa berkali-kali
Biskut Arab jadi kegemaran
Diubah sesuai dari yang asli
Tahun ini merupakan TAHUN PALING MALAS kerana buat biskut raya pun se-ala kadar sahaja. Biskut Arab ini merupakan kegemaran kak e, jadi kak e pun buatlah sekadar memenuhi peruntakan yang telah dicadang.
Resepi biskut Arab ini senang dan umie ubah sesuai mengikut resepi lain. Sesiap nak mencubanya bolehlah ya...
Bahan
250gm minyak sapi
250gm gula halus
500gm tepung
Penyalut:
2 sudu besar tepung susu
1 sudu besar gula icing
* Gaul sebati kedua-duanya (untuk disalut ke atas biskut)
Cara
1. Campur minyak sapi dan gula - kacau sebati
2. Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh yang lembut
3. Buat bulat-bulat (ikut suka) dan letak dalam loyang atau letak dalam mangkuk kertas
4. Bakar hingga masak/kekuningan
5. Bila sudah hampir sejuk, gaulkan dengan tepung susu+gula

9 September 2009

Biskut pertama! Biskut kuaci matahari

Image
Cik Mat Gebu keturunan nyonya
Keluarga Cinanya masih bersama
Ramadhan sudah dipenghujungnya
Kini hari raya pula bakal menjelma


Sekejap sahaja dahpun 19 hari kita berpuasa, tidak terasa bulan Ramadhan yang mulia ini sudah hampir sampai ke penghujungnya... Bagi umie dan keluarga, sambutan Ramadhan tahun ini amat bersederhana, hidangan juadah berbuka seala-kadarnya sahaja.

Sambutan hari raya juga tidaklah beria-ria sangat. Tidak tahulah kenapa tahun ini seperti 'tiada hati' untuk beraya seperti tahun lalu. Tahun ini, nak buat biskut atau kuih raya pun rasa seperti tidak bermaya. Namun dikumpulkan juga semangat untuk beraya dan akhirnya jadilah biskut raya pertama yang umie hasilkan.

Jika tidak teringatkan ibu mertua di kampung, rasanya umie malas nak buat kuih. Sejak 'bergewe' lagi umie pasti megirimkan kuih raya buatan sendiri kepada Ma. Sehinggalah berkahwin dan mempunyai anak, setiap tahun umie akan buat kuih raya sendiri. Pernah juga beberapa tahun dulu umie buat kuih semasa di kampung. Ma terpaksa melayan umie mencari bahan-bahan kuih di pasar hehehehehe (kenangan indah berharai raya).

Tahun ini kalau umie tidak buat sendiri, rasanya umie akan mematikan budaya mengirim kuih hasil air tangan sendiri kepada Ma. Alhamdulillah... kerana Ma umie kumpulkan semangat dan kerajinan untuk beberapa seketika sehingga biskut ini masak. Umie mulakan dengan biskut yang simple dulu. Nanti2 umie buat lagi... cadangnya buat yang mudah-nudah je lah...

Kalau ada yang nak cuba, bolehlah ya...

Bahan

50gm ghee
200ml minyak sayur (minyak masak)
400gm tepung gandum
200gm gula halus
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
1/2 cawan kuaci (sun flower seeds) - simpan sedikit untuk hiasan di atas

Cara

1. Campurkan ghee, minyak dan gula - kacau rata
2. Ayakkan tepung, baking powder dan garam
3. Masukkan tepung kedalam campuran tadi (no.1) - gaul jadikan doh (tak lekat dalam bekas/tangan)
4. Campurkan kuaci dan gaul rata ke dalam doh
5. Canai ikut ketebalan yang sederhana, potong2 ikut suka dan taburkan kuaci sebagai haisan.
5. Bakar pada suhu 180c sehingga kekuningan

3 December 2008

Biskut Dahlia ~ kegemaranku ~

Image
Intan dan Lin pergi cuti bersama
Pergi berkelah di tempat terbuka
Biskut dahlia kategori kuih lama
Walaupun lama tetap umie suka


Biskut dahliah ini merupakan salah satu 'kuih hari raya' yang umie suka. Sempena Aidil Adha yang akan menjelang tidak lama lagi, umie letakkan n3 biskut dahlia kesukaan umie ;)

Bahan-bahan yang digunakan juga murah dan mudah didapati. Bukan itu sahaja, untuk membuatnya juga tidaklah payah... tekan je gunakan acuan yang sesuai untuk jadikan bentuk bunga :p
Di bawah ini umie letakkan resepinya jika ada yang nak cuba ya :)

Bahan

225 gm tepung gandum
85 gm tepung kastard
50 gm tepung ubi
175 gm gula halus
250 gm marjerin / mentega
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Ceri merah untuk hiasan (boleh tukar dengan manik-manik etc)
* tepung extra sekiranya terlembik
Cara

1. Ayak ketiga2 jenis tepung dan ketepikan dulu
2. Pukul gula dan marjerin hingga kembang.
3. Masukkan telur dan pukul lagi.
4. Masukkan esen vanilla hingga sebati.
5. Masukkan adunan tepung ke dlam adunan mentega sedikit demi sedikit (gunakan tangan lagi senang)
6. Setelah adunan lembut dan tidak melekat di mangkok adunan, bolehlah diterap menggunakan acuan kueh dahliah.
7. Bolehlah dihias dengan ceri merah yang telah dipotong kecil2 (boleh beli yang dah siap)
* Jika adunan agak lembik (masih melekat di tangan dan di tepi mangkok adunan, bolehlah tambah dengan sedikit tepung gandum tapi letak sikit dahulu)

8 October 2008

Shortbread Cookies ~ biskut raya ~

Image
Tamu CMG datang bertalu-talu
Dihidangkan juada pelbagai rasa
Hari raya seminggu dah berlalu
Namun suasanan masih terasa

Hari raya kali ini rasa macam cepat sangat berlalu... mungkin kerana hari raya tahun ini jatuh pada tengah-tengah minggu @ hari Rabu. Walaupun begitu bagi umie lebaran kali ini memang istimewa kerana umie dapat beraya bersama ibu-bapa dan adik-adik umie... Terima kasih tak terhingga umie ucapkan buat hb tersayang kerana tanpa pemahaman darinya sudah pasti umie tidak dapat beraya dengan keluarga di Singapura...
Thanks darling sebab melayan kami untuk beraya... Raya tahun ini betul-betul bermakna...
Shortbread cookies di atas tu merupakan salah satu cookies yang umie buat untuk raya tahun ni... Kali ini tak banyak kuih muih yang umie buat disebab kesibukan yang ada...
Resipi untuk shortbread ni boleh didapati di banyak food blog yang lain seperti blog CMG ;)

20 September 2008

Biskut 'Sesuci Hati'

Image
Nano berdoa pada Allah bersujud di sejadah
Minta dimakbul semua cita dan angan-angan
Di hari raya terdapat macam-macam juadah
Biskut Sesuci Hati antara dijadikan hidangan


Bila hari raya menjelang, rasanya seperti tidak lengkap tanpa membuat biskut atau kuih raya... Dari umie kecil sampailah dah ada keluarga sendiri, setiap menjelangnya hari raya, membuat kuih-muih seolah-olah menjadi satu kemestian...

Anak-anak umie selalu bertanya, 'kenapa mesti buat kuih raya?'

Umie kata membuat kuih raya sudah menjadi tradisi umie dan juga kebanyakan orang kita... Namun sedihnya anak-anak umie belum dapat menerima konsep yang umie jelaskan pada mereka.... :(

Masa umie kecil, suasana untuk menyambut hari raya amat terasa malah dapat dirasai hingga kini (di dalam hati @ kenangan) dan jika boleh ingin saja kembali ke zaman itu lagi... Malangnya bagi anak-anak umie, mereka tidak merasai suasana menyambut hari raya, ajak buat kuih pun kalau boleh elak mereka akan mengelak... :(

Betul juga pepatah sekarang... ZAMAN TELAH BERUBAH, DUNIA SUDAH MAJU... Suasana untuk menyambut hari raya sudah tidak seperti zaman umie kecil2... dulu seolah-olah macam wajib untuk membuat kuih bahulu... pukul telor+gula hingga kembang hanya dengan tangan - tak boleh berhenti kerana takut bantut (tak kembang) so kena gilir2 dengan adik-beradik yang lain... masa membakar juga seronok sebab duduk depan bara dan kena pandai control kepanasan atas dan bawah dengan menggunakan sabut kelapa... Sekarang semua itu tidak lagi dilakukan... kuih bahulu kini dibakar dalam oven je dan boleh dibeli di mana-mana...

Kalau nak dikenang cerita persiapan untuk menyambut hari raya begitu banyak sekali... nantilah umie sambung lagi di lain n3 ;)

Biskut @ kuih Sesuci Hati ni umie yang pandai2 ubah ikut selera hati... Asalnya kuih ini dinamankan BUNGA CINA - ditekan dengan acuan semperit/dahlia... Umie lebihkan sedikit tepung hingga agak-agak boleh dicanai...

Bahan

100gm butter
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kanji
90gm gula
1 biji telor

Cara

1. pukul butter+ gula hingga sebati
2. masukkan telur - kacau hingga sebati
3. masukkan tepung dan uli (Adunan agak lembik supaya mudah ditekan)
4. masukkan dalam acuan dahlia dan tekan menjadikan bunga
5. bakar dengan api sederhana selama 10-15 mins


* Kalau nak terap ambil sedikit tepung jagung - letak di tangan dan uli adunan sehingga agak-agak boleh dicanai

** Thanks nor smskan pada kak e :)




29 June 2008

Chips choc & almond cookies

Image
Sharihana menonton dengan rakan
Cerita ditonton berjudul Pontianak
Chocolate Chip Cookies dibuatkan
Untuk tunaikan permintaan anak

Jiran umie beri choc chip cookies, anak-anak suka sangat... Umie pun mintalah resepi dari jiran yang baik tu. Buatkan jugalah cookies yang mereka suka sangat tu sebab bahan-bahannya semua dah ada... Malangnya anak-anak kata tak sama seperti yang jiran kami kasi...
* ermmmm sudah pasti tidak akan persis atau sama sebab orang tua-tua kata 'air tangan' berbeza... So janganlah kedekut untuk berkongsi resepi hehehehehehe sebab sure 'tak bolehlawan tokeh' :D
Bahan
½ cawan unsalted butter
1 cawa brown sugar
3 sudu makan gula halus
1 biji telur
2 sudu makan vanilla extract
½ sudu teh bicarbonate soda
½ sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
1 ¾ cawan tepung
1/2 cawan semisweet chocolate chips
1/2 cawan almond cincang
* Boleh gunakan tepung naik sendiri
Cara
1. Pukul butter dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur dan vanilla extract ~> pukul lagi
3. Masukkan semua bahan kering ke dalam adunan.
4. Masukkan choc chipc.
5. Ambil satu sudu besar adunan dan letakkan atas dulang yang beralas kertas minyak.
6. Bakar pada 125 degrees Celcius selama 8-10 minutes, atau 10-12 minutes jika inginkan lebih garing

20 March 2008

Cornflakes Madu

Image

Del dah kurus baju lama pun dah muat
Bolehlah bergaya bila pergi ke Sedenak
Cornflakes rangup yang mudah dibuat
Makanan kesukaan untuk kanak-kanak

Cookies cornflakes madu ni merupakan makanan ringan yang disukai oleh kebanyakan kanak-kanak. Resepi ini umie dah pernah letak di MR http://www.myresipi.com/top/detail/727

Bahan

  • 250gm cornflakes (kotak kecil)
  • 125gm butter (1/2 buku)
  • 1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis)
  • 5 sudu makan madu (saya guna golden syrup masa ni sebab tak ada madu)
  • manik warna warni untuk hiasan


Cara

  1. Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter
  2. (Masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu (masa ni saya guna golden syrup)
  3. Aduk sampai rata
  4. Masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selam 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan (jap je tau)



14 November 2007

Tart Gulong

Image
Raya puasa dah berlalu tapi raya haji tak lama lagi akan mucul hehehehhe


Tart gulong ni merupakan salah satu kueh raya yang sure ada... Resipi dari Jun (MR) http://myresipi.com/top/detail/1131 untuk intinya pula boleh lihat kat resepi inti umie di (MR) http://myresipi.com/top/detail/1134

Bahan
250gm butter
2 biji kuning telur
60-70gm gula aising
350gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
@ jem nenas secukupnya
@kuning telur untuk sapu
Cara
1. Pukul butter dan gula. Masukkan telur dan esen vanila. Sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung, gaul sebati (sampai adunan tak lekat di mangkok/tangan)
3. Masukkan doh kedalam acuan semprit/tart..
4. Isi jem nenas dan gulung. Sapu atasnya dengan kuning telur. Bakar hingga masak (15-20min)