Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

19 May 2009

Kaya yang 'tak kaya'

Image
Kek MamaTiara amat bergaya
Nyata Mama memang berbakat
Rasa teringin nak makan kaya
Kaya dibuat tapi tanpa disukat

Masa zaman sekolah-sekolah dulu, selalu tengok Mak Uda umie buat kaya bila dia balik kampung di rumah Wan. Masa itu, langsung tak berminat nak mencubanya, sekadar tengok dan intai-intai bahan dan cara membuatnya.

Bila teringin nak makan 'kaya ball', kaya tak ada pula di rumah. Memandangkan semua bahan asas untuk kaya ada di dapur, maka umie pun mulalah beroperasi - buat kaya sendiri tetapi tanpa sebarang sukatan - malas lah pulak nak surf di internet.

Akhirnya jadi jugalah kaya ni walaupun agak pahit sebab umie terhagitkan 'gula hangus' :(( Bila umie kasi tahu ayah yang 'gula hangus' tu dah terhangit - ayah kata "dah namanya pun gula hangus so betullah tu bila hangus" hehehehehehehe

Bila gula tu dah terhangus, mula2 nak buang je tapi sekali pk, cam ok sebab taklah sampai hitam legam, nampak warnanya cam ok... Bila dah jadi, oklah juga sebab cover dengan tepung (buat kaya ball) dan juga roti dengan butter ;)

Selebih buat kaya ball tu umie simpan dalam esbok - tak ada sesiapa berminat :( kecuali imie sendiri... Bila pulak nak habis kalau dah masing-masing tidak berminat nak makan kaya yang umie buat tu... (Kaya memang tak berapa 'laku' di rumah ni)

Resepi kaya ni boleh didapati dalam internet dan dapur cyber kawan-kawan yang lain... umie tak letak resepi sebab kaya umie ini tanpa sukatan ;)

8 May 2009

Choc Muesli Bars



Image
Telefon CMG dah pukul lapan
Nak tanya jika dia telah sihat
Muesli bars dijadikan sarapan
Sedap dimakan penuh khasiat


Image

Dah siap bakar - nak letak cokelat masak di atasnya

Muesli bars ni salah satu kesukaan umie dan anak-anak pula tak berapa suka makan muesli walaupun dicampur dengan pelbagai kekacang dan buahan kering... Namun yang peliknya, bila dijadikan 'bars' dan diletakkan cokelat di atas muesli tu, bukan main suka lagi mereka makan... Malah nak dijadikan bekal ke sekolah :)

Resepi umie ambil di sini tetapi telahpun dimodified mengikut bahan-bahan yang ada dan juga di-topping dengan cokelat guna cooking choc je :)

Image

Topping dengan choc sebab anak-anak akan lebih suka

2 September 2008

Pulut berkuah durian

Image
Msjbox plan berbuka di hari Sabtu
Rancang adakan di restoran Nailis
Segera berbuka bila masuk waktu
Sunat mulakan dengan yang manis



Pulut bersama kuah durian merupakan kegemaran Adik... Orang lain di rumah ini tidak berapa gemarkannya...

Rasanya tak perlulah umie letakkan resipinya di sini ya sebab senang sangat nak membuatnya...






1 August 2008

Bubur kacang durian

Image
Cik Mat hidangkan mee suah
Rajin memasak juadah harian

Sekarang ini kan musim buah
Bubur kacang pun letak durian


ImageDurian dari kebun yang dibekalkan oleh adik semasa balik ke Melaka


Sekarang ini kan musim buah, macam-macam buah ada... Minggu lalu umie balik Melaka menziarah abang yang dimasukkan ke hospital. Pulang dari ziarah abang, umie singgah di rumah adik. Lama jugalah tidak ke sana, sehinggakan buah pun dah 'di hujung-hujung' :p

Ada rezeki jualah nak merasa durian dari kebun sebab adik umie simpankan mana yang ada bila tahu umie akan ke sana. Buah manggis, rambutan dan duku langsat memang masih banyak cuma tak larat je nak punggah bawa balik hehehehhe

Bila musin buah terutamanya durian, macam-macam juadah dihidangkan berkaitan dengan durian, salah satunya bubur kacang... Senang je nak buatnya tapi umie letak jugalah resepinya di sini, mana tahu esok-esok anak umie nak buat sendiri :D


Bahan

500 gm kacang hijau
250 gm gula merah atau gula melaka
1 liter santan kelapa
2 helai daun pandan
Sedikit garam
Isi durian - ikut suka banyak


Cara

1. Bersihakan dan rendam kacang hijau lebih kurang 2 jam
2. Rebus kacang hijau sampai lembut
3. Masukkan gula merah atau gula melaka dan sedikit garam
4.
Masukkan santan bersama daun pandan
5. Masukkan durian/isi durian dan masak hingga mendidih

15 May 2008

Pengat pisang

Image
Shayz berehat panjang di dalam pantang
Semasa pantang dilarang memakan nenas
Pengat pisang dibuat hidangan waktu petang
Sedap dimakan semasa sejuk ataupun panas


Petang-petang hari sebegini memang enak kalau berhat di verandah sambil memakan pengat pisang :D

Bahan

20 biji pisang
400 ml santan
3 helai daun pandan
2 ketul gula melaka
5 sudu besar sagu
air secukupnya
*tambah gula jika perlukan lebih manis


Cara

1. Rendam sagu dan toskan.
2. Potong pisang ikut suka besar yang dikehendaki
3. Cairkan gula melaka dengan secukup air dan tapis.
4. Campurkan santan, gula melaka, sagu, daun pandan di dalam periuk & masak hingga mendidih.
5. Masukkan pisang ke dalam campuran itu & biarkan pisang agak lembut sebelum diangkat.





27 April 2008

Rich Choc Pudding

Image

Nadhirah slim baju lama masih muat
Sering amalkan makan yang berzat
Rich choc pudding resepi jun dibuat
Mudah dan rasanya pula sungguh lazat

Kebelakangan ini sibuk memanjang... entah apa-apa je... Dapur kalau berasap pun sekejap-sekejap sebab masak yang simple je. Anak umie kata, asyik masak yang itu-itu je hehehehe :p

Bila ada luang dan ruang, ambil kesempatan untuk masakan sesuatu untuk anak-anak. Dah lama teringin nak buat resepi dari jun comel :-* muuaahhhhhhhhh tapi tak sempat-sempat. Bila dah buat ni rasa tak puas hati sebab anak umie kata rasanya macam dodol!!!

Bila-bila nak buat lagi... sampai mereka puas hati... errmmmm mesti umie silap kat mana-mana sampaikan pudding glamour ni dikatakan rasanya serupa dodol hehehehehehe Jangan marah eekkk jun sebab kak e silap agaknya...


Resepinya...


Bahan

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 1/4 cawan air
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu besar butter
  • 1 paket serbuk agar2

Cara

  1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
  2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
  3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.



4 April 2008

Tiramisu

Image
Izam tak sabar untuk dipanggil Pak su
Hadiah bakal anak saudara dah disedia
Anak-anak umie suka sangat tiramisu
Senang je nak buat tapi masanya tiada

Tiramusu hidangan yang mudah untuk disediakan. Sebenarnya selalu buat sebab selain senang juga merupakan kesukaan anak-anak umie. Masa seorang teman blogger ke rumah bulan lepas, umie buat juga tiramisu ni sebagai dessert ;)

Resepinya umie pernah letak di MR http://www.myresipi.com/top/detail/957



Bahan
  • 2 bungkus biskut tiramisu/sponge fingers/boudoir
  • 250g cream cheese
  • 250g whipping cream
  • 150g gula (boleh kurang atau tambah ikut suka manis)
  • satu cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula)
  • serbok kok/cokolat utk hiasan

Cara

  1. satukan cream cheese+whipping cream+gula dan pukul hingga kembang
  2. Celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar
  3. Setelah itu letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata. Ulang proses ini sehingga menjadi dua atau tiga lapisan. (ikut suka dan ukuran bekasnya juga)
  4. Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais. Hias kan dengan taburan koko/cokolat di atasnya ikut suka.


24 March 2008

Peach jelly

Image Musim busy camni umie memang kalut
Hendak update entry pun tak sempat
Jelly buah peach untuk pencuci mulut
Letak dalam bekas pemberian cik Mat



Keadaan sibuk dengan kegiatan seharian agak menghalang umie untuk aktif beraktiviti di dapur... sebenarnya umie masuk juga ke dapur tapi hanya dapat menyediakan yang simple-simple sahaja. Kebetulan serbuk agar-agar dan buah peach masih ada dalam simpanan jadi umie buatlah jelly yang senang ni :)


Bahan

1 tin buah peach
4 gm serbuk agar-agar
50 gm gula pasir
400 ml air + 100ml jus dari tin buah peach

Cara-cara
1. Masakkan campuran air, agar-agar, gula dan jus buah peach hingga mendidih.
2. Tuangkan ke dalam bekas yang disukai dan masukkan buah peach. Biarkan sejuk dan mengeras.


* mangkok cupcakes yang nak digunakan biarlah yang agak tebal dan diletakkan ke dalam dulang muffin sebelum dituangkkan agar-agar ke dalamnya - supaya bentuknya dapat dikekalkan.

18 January 2008

Instant caramel pudding

Image
Pandai sungguh KASIH bermadah
Membaca karyanya hati meratap
puding karemel segera sangatlah mudah
buat hidangan selepas bersantap


Bahan:

Instant caramel pudding - ikut suka berapa banyak nak guna


Cara:

1. Ikut aturan yang diberikan di kotak/pack pudding
2. Tuang dalam bekas - ikut suka kecil atau besar
3. Hias ikut suka :)




18 November 2007

ice cream on choc cup cake

Image
Kadang-kadang buat cake pun terbiar camtu je... kalau nak kasi cepat habis nak kenalah modify atau ubah mana-mana yang boleh - agak2 nampak cam luar biasa hehehehehe

So choc cup cakes yang ada tu... nak cepat habis modified dengan ice cream... mak aaaiiiiiiiiiiii masa tu je boleh satu tub besar ice cream dihabiskan :) Alhamdulillah... tak ler membazir kan ;)

Bahan

1 choc cup cake
2 scoops choc ice cream
1 choc bar
manisan manik2 untuk hiasan

Cara

1. Letak satu choc cup cake dalam bekas yang sesuai dan buka dari mangkok kertasnya
2. Ambil 1 scoop choc ice cream dan leak atas cup cake
3. Letak satu lagi scoop cho ice cream dan choc bar serta hias dengan manisan manik2

31 October 2007

Sweet heart kiwi-choc delight

Image
Bila berpuasa walaupun bukan di Bulan Ramadhan, time berbuka puasa lebih kurang sama je... nak ada pencuci mulut@dessert. Semalam dessert untuk anak-anak umie ialah ice-cream choc je tapi ditambah dengan nata de coco untuk menambat selera... biasalah budak2 ni kalau setakat letak ice cream biasa je bukannya diaorang pandang sangat :D
Image
Bahan:
Ice cream chocolate secukupnya
Nata de coco (perasa kiwi) ikut suka banyak
Bahan hiasan (umie guna heart shapes)